Wednesday, September 9, 2020

Kapsul Buah Kulim Membantu Pesakit Buah Pinggang (Dialisis) dan Pesakit Stroke??

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ni: 9.9.2020 (Rabu, Jam 2.15 pm)


Apa khabar semua? Saya doakan agar kesihatan anda sentiasa dalam keadaan baik. Sudah agak lama saya tidak menulis di ruangan blog ini. 

Hari ini saya ingin berkongsi sedikit berita tentang kapsul buah kulim ini. Jika kita google, memang anda akan jumpa khasiat yang tersembunyi dalam buah kulim ini. Antaranya, ia dapat membantu membersihkan darah dengan cara menyingkirkan kolestrol dan kotoran yang berada di dalam darah, ia membantu mengurangkan kepekatan gula di dalam darah, bagus juga untuk membantu mempercepatkan penyembuhan luka bagi pesakit kencing manis, mengeringkan luka bagi pesakit buasir dan pelbagai lagi (anda boleh google).

Apa yang saya ingin kongsikan hari ni adalah tentang seorang ibu yang telah menjalani dialisi (pesakit buah pinggang) selama 9 tahun.

Dalam tempoh itu, cara hidup dan kesihatan sering terganggu. Antaranya, badan menjadi tidak bermaya. Selalu keletihan, dan sedikit sebanyak ia mengganggu emosi.

Hujung 2019, atas ikhtiar anak beliau, ibu ini telah diberikan kapsul buah kulim sebagai supplement tambahan kepada ubat-ubatan dan rawatan hospital. Usaha anak ini amat saya hargai. Anak ini tidak bergantung kepada ubat-ubatan hospital semata mata. 


Pertama kali order, 5 Oktober 2019, 2 botol
Kali kedua order, 18 November 2019, 1 botol
Kali ketiga order, 19 Jun 2020, 1 botol
Kali keempat order, 29 Ogos 2020, 10 botol
Kali kelima, 6 September 2020, 10 botol


"Mak ada sakit buah pinggang, lepas makan ubat (kapsul buah kulim) ni, nampak OK sikit.. Ada kawan dia yang kena stroke, dah ada perubahan, dah tak payah pakai tongkat dah" - Pn. Nordiana, Felda Chemomoi, Triang, Pahang (29.8.2020).



Apakah Stroke?
Strok atau angin ahmar merupakan satu keadaan di mana serangan otak berlaku disebabkan gangguan pada bekalan darah ke otak. Ia mungkin terjadi disebabkan oleh salur darah yang sempit atau pecah.

Berdasarkan statistik, strok merupakan punca kematian terbanyak di Malaysia selepas sakit jantung dan kanser. Otak merupakan organ utama yang mengawal segala aktiviti pada tubuh.

Apabila bekalan darah dan oksigen terganggu, ia boleh menyebabkan tisu otak rosak dan mati. Pelbagai fungsi tubuh akan terganggu, termasuk sistem pernafasan dan keupayaan untuk menelan.

Jenis strok



Menurut Dr Mohd Hisham Mohd Isa, Pakar Kecemasan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), terdapat dua jenis strok iaitu:

  • Thrombotic/ischemic stroke :Berlaku apabila saluran darah ke otak sempit atau tersumbat. Ia mungkin diakibatkan oleh sisa kolesterol yang terkumpul di salur darah.
  • Haemorrhagic stroke :Sering berlaku apabila saluran darah ke otak pecah, lalu menyebabkan pendarahan berlaku.


Punca
 
strok

Berpandukan keterangan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), terdapat beberapa faktor risiko penyumbang kepada masalah strok.

Berikut adalah punca-punca yang tidak boleh diubahsuai:

  • Umur : Semakin meningkat umur hingga 65 tahun ke atas, semakin anda berisiko untuk mendapat serangan.
  • Jantina : Lelaki lebih berisiko tinggi dari wanita.
  • Sejarah keluarga : Risiko tinggi jika terdapat ahli keluarga anda yang pernah menghidap strok.
  • Tekanan darah tinggi
  • Kencing manis
  • Paras kolesterol tinggi
  • Berat badan berlebihan
  • Merokok
  • Pemakanan tidak sihat


Tanda-tanda sebelum serangan strok

stress sebab strok



Sebelum mendapat serangan, selalunya tanda-tanda awal akan jelas kelihatan. Jika anda rasa seperti mengalami gejala ini, segera rujuk ke hospital dan dapatkan nasihat doktor. Dapatkan bantuan segera untuk mengelakkan masalah lebih buruk berlaku.

Tanda-tanda awal seperti:

  • Rasa kebas secara tiba-tiba di sebelah badan
  • Rasa lemah, kebas atau lumpuh di bahagian muka, kaki atau tangan secara tiba-tiba
  • Sakit kepala yang kuat tanpa sebab
  • Fikiran keliru, susah bertutur atau memahami pertuturan orang lain secara tiba-tiba
  • Sukar berjalan, atau hilang imbangan
  • Sukar menelan
  • Penglihatan kabur secara tiba-tiba pada sebelah atau kedua-dua mata


Rawatan awal strok
rawatan strok


Apabila seseorang disahkan mendapat serangan angin ahmar, terdapat beberapa jenis rawatan akan diberikan oleh doktor. Ia termasuk:

  • Mencairkan darah :Rawatan ini dijalankan untuk mencairkan darah bagi melegakan saluran darah ke otakNamun, ia bergantung pada hasil keputusan dan perbincangan doktor.
  • Pengambilan ubat : Doktor neurologi boleh memberi preskripsi ubat bagi mengurangkan risiko serangan angin ahmar berlaku semula.

    Ubat-ubatan juga akan diberikan pada pesakit yang menghidap penyakit kronik yang lain, seperti kencing manis dan tekanan darah tinggi.

  • Pembedahan : Terdapat situasi serangan yang memerlukan pembedahan.

    Ia dijalankan untuk menghentikan pendarahan otak yang serius. Namun, ia bergantung pada bahagian otak yang terlibat.

  • Rawatan fisioterapi : Rawatan terapi fizikal dan rehabilitasi untuk pesakit stroke.

    Ia termasuk senaman menguatkan otot yang terkesan, latihan pertuturan dan penyesuaian kepada aktiviti harian.



BAGAIMANA KAPSUL BUAH KULIM INI DAPAT MEMBANTU PESAKIT STROK??

Antara penyumbang utama kepada hadirnya masalah strok ini adalah idividu tersebut sudah sediada mempunyai sakit kencing manis, darah tinggi dan kolestrol tinggi.

Antara cara untuk meredakannya adalah dengan cara mencairkan darah dan membuang kolestrol.

Meminum air rebusan buah kulim adalah petua orang terdahulu yang telah diamalkan sejak puluhan tahun. Bahan aktif di dalam buah kulim itu dipercayai mampu untuk mencairkan darah, membuang kolestrol dan seterusnya membersihkan darah secara semulajadi. Ia hanya petua lama, tapi keberkesannya sangat bagus. 


Untuk mendapatkan buah kulim yang fresh ini, anda boleh dapatkannya secara belian online dengan mudah. Click saja NAK BUAH KULIM FRESH, anda akan dibawa terus ke whatsapp penjual buah kulim yang berkualiti dengan mudah. 

Anda boleh mencuba petua lama ini. Ramai yang telah mengamalkannya dan menaiktaraf kesihatan mereka.

Namun, untuk menyediakan air rebusan buah kulim ini, ia agak mudah, tetapi tak semua orang mempunyai masa yang cukup untuk menyediakannya.


Walaupun begitu, anda masih boleh mendapatkan khasiat bahan aktif di dalam buah kulim ini dengan mudah. Anda boleh mendapatkan produk Kapsul Buah Kulim. Khasiatnya sama sahaja dengan amalan meminum air rebusan buah kulim. 

Saya mencadangkan anda membeli produk ini (rujuk gambar dibawah) kerana ia adalah produk asli yang telah dijual sejak 2014. Produk ini adalah produk pertama yang dihasilkan di Malaysia. Ia telah terjual ribuan botol dan mempunyai repeat order yang tinggi. 


RM40 sebotol (90 kapsul)
RM40 sebotol (90 kapsul)
Sila click pada gambar jika anda ingin membeli produk ini.


Anda juga boleh membeli kapsul buah kulim ini melalui LAZADA dengan mudah. Sila click gambar dibawah untuk membawakan anda terus kepada kedai kami di Lazada iaitu POWER MART.







ANTARA TESTIMONI DARI PENGGUNA KAPSUL BUAH KULIM

Dari Pesakit Buah Pinggang




Dari Pesakit Buah Pinggang Dan Batu Karang


Anda boleh melihat keseluruhan info dan testimoni berkaitan dengan kapsul buah kulim ini di  http://www.buahkulim.blogspot.com

Jika anda ingin mendapatkan kapsul buah kulim ini, anda boleh click NAK KAPSUL BUAH KULIM, anda akan dibawa terus ke whatsapp penjual kapsul buah kulim original ini dan anda akan diberikan maklumat lanjut.

Saya berhenti di sini buat seketika, saya akan update lagi nanti.

Kepada anda yang telah mengamalkan kapsul buah kulim atau mengamalkan meminum air rebusan buah kulim ini, ia hanyalah petua lama. Saya doakan agar kesihatan anda akan bertambah baik dari masa ke semasa, insyaAllah.

Terima kasih.


1 comment:

  1. Casinos Near Foxwoods Casino, Foxwoods - Mapyro
    Foxwoods Resort Casino 안산 출장마사지 and 전라북도 출장샵 Hotel · Foxwoods Resort Casino · Foxwoods Resort Casino · Foxwoods 상주 출장안마 Resort Casino 포항 출장안마 · Foxwoods 남양주 출장샵 Casino · Foxwoods Casino · Foxwoods

    ReplyDelete