Hari ini Jumaat, 25hb. Mac 2016. Syukur alhamdulillah, saya diberikan kesihatan yang baik untuk menulis lagi di dalam blog ini.
Testimoni kali ini datangnya dari En. Ismail, Sungai Buluh, Selangor.
Buat pertama kali beliau menghubungi saya ialah pada 31hb. January 2016.
31hb Januari 2016, En. Ismail menghubungi saya, bertanyakan tentang Kapsul Buah Kulim. |
Saya tidak tahu masalah usus yang bagaimana dihadapi oleh En. Ismail. Tetapi jika anda ada masalah buasir dan sembelit, kapsul ini telah banyak membantu. |
Kebetulan, 31 Januari itu jatuhnya pada hari Ahad. Jadi, saya membuat satu temujanji di sebuah restoran di Seksyen 20, Shah Alam. Tepan jam 4.00 petang seperti yang dijanjikan, En. Ismail tiba.
En. Ismail mendapatkan 1 botol terlebih dahulu untuk percubaan. Jika kesannya positif, beliau mungkin akan terus mengamalkanmya. |
Kesan dari itu, badan beliau terasa lemah dan kurang bermaya. Pelbagai supplement digunakan untuk mendapatkan tenaga tambahan. Ada yang ok dan ada yang tiada kesan.
Selain dari itu, beliau juga mengalami sakit saraf di bahagian kaki. Beliau tidak boleh berdiri lama. Jika berdiri lama, kaki akan merasa sakit dan terasa seperti ada jarum yang mencucuk kaki. Perkara ini berlaku sejak sekian lama dan ia berpunca dari kecederaan sendi ibu jari kaki ketika sedang bersukan. Tulang sendi ibu jari kaki dirasakan seperti retak dan sakit apabila ditekan.
Beliau ingin menggunakan Kapsul Buah Kulim ini semata-mata untuk membuang toksin dan kolesterol dalam darah. Saya juga tidak mengharapkan sakit yang dialami oleh beliau akan sembuh seperti sediakala. Ini berikutan amalan memakan kapsul buah kulim ini hanyalah petua lama yang biasanya hanya diamalkan oleh orang kampung sahaja.
Perbualan berakhir satu jam kemudian. Saya hanya mampu berdoa agar kapsul buah kulim ini serba sedikit dapat memberikan khasiatnya pada En. Ismail.
Repeat Order yang pertama, 13 hari selepas beliau membeli botol percubaan.
Pada 13bh. February 2016, saya menerima panggilan telefon dari En. Ismail. Beliau ingin 2 botol lagi. Saya agak terkejut kerana tidak mungkin botol yang pertama itu sudah habis. Pada kebiasaannya, satu botol itu adalah untuk kegunaan antara satu bulan hingga satu bulan setengah.
Kebetulan pada hari yang sama, saya ingin berjumpa kawan di Sungai Buluh, Selangor. Oleh itu, saya meminta agar dapat berjumpa di kawasan Kompleks Sungai Buluh.
Menurut En. Ismail, botol yang pertama itu mempunyai 90 biji kapsul. Beliau telah memberikan kepada rakan baik beliau yang berumur dalam lingkungan 55 tahun dan mempunyai penyakit kencing manis.
Setelah seminggu kawan beliau menggunakan kapsul buah kulim itu, kawan beliau dapati badan seperti bertambah segar dan cergas. Air kencing menjadi sangat lawas. Oleh kerana itu, kawan beliau inginkan kapsul buah kulim ini.
Repeat Order seterusnya: 1 March (4 botol), 6 March (4 botol), dan hari ini 25 Mac (4 botol). Jumlah repeat order bulan Mac : 12 botol |
Repeat Order ini adalah untuk kegunaan kawan-kawan beliau dan beliau sendiri. Terima kasih kepada En. Ismail kerana telah menceritakan tentang keistimewaan kapsul buah kulim ini.
Dari 31 January 2016 hingga 25 Mac 2016, beliau telah membeli 15 botol kapsul buah kulim ini. Menurut beliau, ia untuk kegunaan beliau dan rakan-rakan.
Hari ini, jam 10 pagi En. Ismail datang menemui saya untuk mengambil 4 botol kapsul buah kulim itu. Kami sempat minum bersama di salah sebuah restoran di Seksyen 20, Shah Alam.
Menurut beliau, hingga setakat ini, beliau sangat berpuas hati tentang keberkesanan kapsul buah kulim ini. Badan menjadi agak cergas, kencing sangat lawas dan yang paling beliau bersyukur adalah tentang kaki beliau yang dahulunya sakit kini sudah baik. Kini beliau boleh berdiri lama tanpa sebarang kesakitan. Tidur malam juga sangat lena dan darah dirasakan seperti berjalan keseluruh tubuh.
Saya sangat bersyukur dengan apa yang berlaku. Kesihatan En. Ismail kini dirasakan bertambah baik, alhamdulillah.
Bagi anda yang ingin mencuba, silalah message atau whatsapp saya, Nasir Yusof di talian 013-6290666.
Kapsul ini dipercayai mampu membuang toksin dan mencuci darah. Jika darah sudah baik, tiada halangan untuk sakit yang anda alami akan bertambah baik dan badan menjadi sihat.
Saya akhiri dengan jutaan terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca blog ini.
Nukilan:
Nasir Yusof, Shah Alam, Selangor.
013-6290666