Saturday, June 20, 2015

Testimoni 10 Jun 2015: Adik Umur 19 Tahun Sakit Buah Pinggang

Assalamualaikum..

Salam Ramadhan 2015 kepada semua umat Islam. Sudah agak lama saya tidak menulis diruangan ini. Seperti biasa, kesibukan kerja seharian membataskan waktu untuk saya berbuat demikian. Hari ini, 21 Jun 2015 (Ahad), sedikit saya luangkan masa untuk berkongsi satu testimoni terbaru yang saya perolehi pada 10 June 2015 dari seorang kakak yang amat mengambil berat tentang adik beliau yang baru dua bulan disahkan oleh doktor bahawa adik itu mengidap sakit buah pinggang dimana kedua-dua buah pinggang adik itu sudah tidak berfungsi dengan baik.

Kesannya, adik beliau berada dalam keadaan lemah dan tiada tenaga. Sekeliling bibir menjadi biru pucat. Bengkak pada anggota badan dan pastinya badan akan terasa sengal sengal dan ada ketikanya terasa sakit seperti jarum mencucuk-cucuk.

Saya dihubungi oleh Pn. Ira Farida pada jam 1.07 petang pada 3 Jun 2015 melalui Whatsapp. Beliau bertanyakan tentang harga kapsul buah kulim ini dan apakah ia boleh memberi tenaga kepada penggunanya.

Harga adalah RM40.00 satu botol (90 kapsul) dan kos Poslaju adalah RM6.00 jika penghantaran untuk Semenanjung Malaysia.

Untuk memberi tenaga kepada pemakannya, saya sendiri KURANG PASTI. Namun, hasil dari pengalaman saya bersama pengguna Kapsul Buah Kulim ini, kebanyakannya akan mengatakan badan terasa ringan dan sedap. Jadi, saya sendiri tidak pasti apakah maksud 'badan terasa ringan dan sedap' itu. Adakah ia telah menambah tenaga kepada mereka?

Persoalan ini juga mungkin dapat diterangkan dengan pengalaman seorang anak kawan saya, En. Raja Ibrahim yang berada di Klang, Selangor. Anak kawan saya ini bekerja di bengkel motosikal yang pastinya bekerja dari pagi sampai petang. Menurut bapanya, anak beliau mencuri-curi makan kapsul buah kulim milik bapanya. Apa yang dapat dirasakan, semasa bekerja di bengkel motosikal tersebut, anak kawan saya ini terasa seperti tidak merasa keletihan sepertimana sebelumnya.

Dua hari lepas, kawan saya Raja Ibrahim memberitahu saya sebegitu dan anak beliau memesan 1 botol kapsul buah kulim itu untuk kegunaannya. 

Semasa menerima Whatsapp dari Pn. Ira Farida, saya tidak boleh membalas secara terus kerana saya sedang memandu kereta. Maka, saya hanya menyuruh beliau melayari website www.buahkulim.blogspot.com

Tanpa perbincangan seterusnya, saya menerima satu lagi Whatsapp dari Pn. Ira Farida, menyatakan bahawa bayaran untuk membeli kapsul buah kulim ini telah dibuat. Terima kasih Pn. Ira Farida dan pesanan beliau saya poskan pada hari yang sama bayaran dibuat iaitu 3 Jun 2015.

Barang pesanan diterima oleh Pn. Ira Farida pada 9 Jun 2015. Terima kasih Puan.

Pada 10 Jun 2015, saya menerima Whatsapp dari beliau. Syukur Alhamdulillah, kapsul buah kulim serba sedikit dapat membantu adik beliau. Saya kongsikan disini whatsapp yang saya terima dari beliau.

























3 Jun 2015
Pertama kali Pn. Ira Farida menghubungi saya bertanyakan tentang kapsul buah kulim ini.
Beliau memesan 1 botol dan penghantaran dilakukan melalui Poslaju Malaysia Berhad.

9 Jun 2015
Pesanan diterima oleh Pn. Ira Farida.
Dos pertama diberikan kepada adik beliau yang mengidap sakit buah pinggang.

10 Jun 2015
Whatsapp dari Pn. Ira Farida:
'Salam.. Alhamdulillah kapsul buah kulim dah sampai semalam'
'Alhamdulillah juga, adik saya dah memang lemah sangat 1 hari sebelum ubat sampai. Memang niat nak bawak pergi hospital, sebab dia pucat dan tak boleh nak bangun. Bila kapsul buah kulim sampai, saya minta adik telan 1 biji kapsul buah kulim itu.
Pagi hari ini, badan dia ada tenaga, boleh bangun sendiri. Allahuakabar, dengan izin Nya.'
'Dia rasa ada tenaga sikit hari ini'
'Biru dikawasan bibir kesan dari sakit buah pinggang semakin pudar'

14 Jun 2015
Check-up kat klinik, doktor bagi tau:
- Darah adik ok
- Air kencing semakin elok
- Bengkak pada anggota badan semua surut
'Adik beritahu, badan terasa ringan dan sedap tidur'


Syukur Alhamdulillah. Sedikit sebanyak, kapsul buah kulim ini dapat membantu adik beliau. 

Saya kongsikan disini pengalaman pengguna kapsul buah kulim ini. Saya hanya kongsikan apa yang saya pelajari tentang petua orang lama ini. Kita berikhtiar dan berdoa, selebihnya akan ditentukan oleh Nya, pencipta kita.

Jika anda mempunyai masalah yang hampir sama dengan adik Pn. Ira Farida ini, jangan cepat berputus asa. Berikhtiarlah dengan walau apa cara sekalipun. InsyaAllah, akan ada jalannya.

Saya doakan agar adik ini segera sembuh dan dapat menjalani kehidupan remaja seperti orang lain. InsyaAllah.

Terima kasih juga kepada Pn. Ira Farida yang sudi berkongsi pengalaman dengan saya.

Saya mohon undur diri terlebih dahulu. Sekian.

Nasir Yusof, Shah Alam, Selangor.
(013-6290666)