Tuesday, February 25, 2014

Pn. Shima akhirnya lega!!!

Salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya. Hari ini saya ingin berkongsi satu cerita tentang seorang pengguna Kapsul Buah Kulim yang telah menggunakan produk ini hampir 2 bulan.

Dua bulan lepas, saya dihubungi oleh seorang wanita yang bertanyakan tentang produk ini. Soalan pertama yang saya terima adalah 'apa itu buah kulim?'. Ya, saya pasti tidak semua orang tahu apa sebenarnya buah kulim ini kerana buah ini tidak pernah disebut-sebut sebelum ini. Buah ini tidak sepopular buah delima atau tongkat ali. Saya hanya mampu menerangkan serba sedikit sahaja kerana masa tidak banyak untuk saya bercerita lebih. Selanjutnya, saya hanya meminta beliau membaca blog yang saya tulis dan meminta beliau mencari di dalam google.

Saya cuma menegaskan kepada beliau bahawa kapsul buah kulim ini BUKAN UBAT yang mampu merawat penyakit yang dihidapi. Contohnya, jika buah pinggang sudah rosak atau mengecut, tidak mungkin buah kulim ini mampu mengembalikan 100%  buah pinggang ini kepada asal. Lantas, apa yang buah kulim ini mampu lakukan?

Baiklah, kita lihat apa fungsi buah pinggang. Secara umumnya, buah pinggang bekerja sebagai penapis dan pengasing antara darah dan bahan kumuhan (toksin) yang terdapat di dalam saluran darah. Buah pinggang akan memastikan darah yang mengalir di dalam saluran darah badan kita adalah darah yang bebas dari sebarang toksin untuk memastikan seluruh urat saraf dan organ dalaman dapat menerima bekalan oksigen dan bekalan lain yang berkualiti yang diperlukan oleh badan.

Jika buah pinggang yang sudak tidak efektif, maka darah yang mengalir di dalam sistem badan adalah darah yang kurang berkualiti kerana masih terdapat toksin yang terlepas dari tapisan buah pinggang. Ini sering berlaku kepada kita yang semakin berusia dimana buah pinggang juga semakin tua. Toksin di dalam darah itulah yang menjadi punca pelbagai penyakit. Contohnya: resdong, jerawat batu, bengkak kaki, kelesuan badan dan pelbagai penyakit lagi yang berpunca dari DARAH KOTOR.

Disinilah buah kulim dapat membantu kita. Bagaimana? Setiap tumbuhan mempunyai keisitmewaan tersendiri. Pegaga, pucuk betik, kayu pahit, buah tunjuk langit dan yang paling popular adalah tongkat ali adalah sebahagian dari HERBA DARI MALAYSIA yang diamalkan dan dipercayai mengandungi khasiat tersendiri. Ia diamalkan sejak dari dahulu lagi dan hingga sekarang masih diamalkan. Kerana apa ramai yang mengamalkannya? Kerana ia telah memberi kesan positif kepada pengamalnya.

Tahukah anda orang dahulu juga telah mengamalkan memakan BUAH KULIM ini untuk kesihatan? Ramai yang tidak tahu kerana buah ini amat sukar untuk ditemui. Pokoknya tumbuh meliar di dalam hutan belantara sehingga amat susah untuk mendapatkannya. Oleh kerana itu ia tidak berapa popular namun khasiatnya setanding dengan lain-lain herba yang berada di pasaran.

Berbalik kepada bagaimana buah kulim dapat membantu buah pinggang mencuci darah? Sejak turun temurun buah kulim ini dipercayai dapat MENEUTRALKAN TOKSIN yang terlepas dari tapisan buah pinggang. Tidak hairanlah kalau kita tanya pada orang tua dulu-dulu apa faedahnya memakan buah kulim ini. Pasti mereka akan berkata, "ni untuk cuci darah, baik untuk kesihatan, badan rasa sedap dan ringan."

Persoalan bagaimana kapsul buah kulim ini dapat membantu sistem badan sedikit sebanyak telah terjawab. Ya, ia akan meneutralkan toksin di dalam darah. Secara tak langsung, ia juga mempunyai tugas yang hampir sama dengan buah pinggang iaitu membersihkan darah untuk kegunaan sistem badan. 


Petua memakan buah kulim ini yang diperturunkan dari generasi ke genarasi ini bukan sahaja mampu mencuci darah. Ia juga dipercayai menjadi penyumbang dalam membendung beberapa jenis penyakit yang melibatkan darah. Antara khasiat lainnya, ia mampu untuk menurunkan dan menstabilkan darah tinggi, kencing manis, resdong, buasir, kelesuan, bisa dan sengal sengal badan.

AWASSS!!! ia bukan ubat. IA HANYALAH MAKANAN TAMBAHAN (SUPPLEMENT) yang diamalkan oleh orang dahulu dan dipercayai dapat meningkatkan kualiti kesihatan pengamalnya. Ia sama saja dengan amalan memakan herba lain untuk tujuan sesuatu. Contohnya, amalan memakan buah tomato untuk mendapatkan kulit yang cantik, amalan meminum air rebusan kayu pahit untuk menstabilkan darah tinggi, amalan memakan pegaga, buah tunjuk langit, manjakani, tongkat ali dan lain-lain tumbuhan hutan untuk tujuan kesihatan yang baik. Ini semua adalah petua orang lama-lama dan sesetengahnya telah dibuktikan dengan kajian saintifik.


PN. SHIMA MENCUBA DAN AKHIRNYA LEGA

Pn. Shima tidak mempunyai apa-apa penyakit, tetapi atas tekanan kerja dan kerjarumah yang agak banyak, beliau merasakan badan selalu lenguh-lenguh kepenatan dan kadang-kadang terasa seperti tidak bertenaga. Beliau juga merasakan ada saja yang tidak kena berlaku pada badan. Seolah-olah terasa tidak selesa.

Sebelum mengambil kapsul buah kulim ini, beliau sememangnya ada mengambil pelbagai jenis supplement yang dirasakan dapat mengatasi masalah ini tetapi seolah-olah tidak memberi kesan apa-apa. Pendapat saya, supplement yang diambilnya tu agak bagus, tetapi mungkin ia TIDAK SERASI dengan badan pemakannya.

Mungkin rezeki saya sudah tiba, Pn. Shima ingin membeli dan mencuba 1 botol buah kulim yang mengandungi 90 kapsul. Saya meminta agar beliau menghubungi Pn. Hanim di Merlimau, Melaka melalui talian 012-5933109 untuk mendapatkan kapsul buah kulim ini. Secara kebetulan, Pn. Shima ini juga tinggal di daerah yang berdekatan dengan Merlimau.

Beliau cuma memakan 1 kapsul pada sebelah pagi dan 1 kapsul lagi pada sebelah malam sebelum tidur setiap hari pada 2 minggu yang pertama. Beliau mendapati perubahan kesegaran pada tubuh mula berlaku, umpamanya apabila bangun pagi, beliau dapat rasakan seolah-olah mendapat tidur yang cukup dan lena sedangkan beliau sebenarnya tidur hanya beberapa jam sahaja. Teruja dengan perubahan itu, beliau menambahkan dos kapsul dari 1 kapsul kepada 2 kapsul pada sebelah malam. Beliau sebenarnya cuba untuk menghabiskan 1 botol kapsul (90 kapsul) itu dalam masa sebulan. Jadi, mengikut pengiraan beliau senang untuk budget. Sebotol sebulan..

Apa yang berlaku setelah habis 1 botol itu (selama sebulan mengikut penggunaan beliau sendiri) beliau rasa seperti SERASI dengan supplement yang dikeluarkan dari BUMI MALAYSIA ini. Kini beliau meneruskan dengan botol ke dua.

Pn. Shima amat berpuashati dengan khasiat kapsul buah kulim
ini dan menganggap ia serasi dengan dirinya. 
Beliau juga mendapati tahap pening kepala mula berkurangan bila beliau dibebankan dengan kerja yang banyak. Ini mungkin disebabkan beliau mendapat bekalan darah yang agak baik dan berkualiti dari sebelumnya. Beliau mampu menjalankan tugas dengan baik jika dibandingkan dengan dulu, sering mengeluh.

Khasiat buah kulim ini juga membantu beliau mengurangkan rasa gatal-gatal pada hidung dan wajah apabila tersalah makan, terutama jika termakan sotong dan udang. Ini amat menggembirakan beliau.

Jerawat kecil yang kadang-kadang ada tumbuh sebijik dua kini seolah oleh sudah tidak mahu tumbuh. Setakat ini cuma ini saja perubahan yang beliau alami. Tapi, ternyata beliau amat gembira dengan perubahan yang berlaku dan menganggap kapsul buah kulim ini sangat serasi dengannya. Beliau pasti akan meneruskan memakan kapsul buah kulim ini dan akan berkongsi tentang khasiatnya.

Terima kasih juga kepada Pn. Hanim dari Merlimau yang telah menemui Pn. Shima untuk membekalkan kapsul buah kulim ini.

(26.2.2014)