Tekanan Darah Tinggi
Setiap orang mempunyai tekanan darah. Apabila darah dipamkan melalui arteri, daya tenaga akan terhasil pada dinding dalam saluran darah. Jumlah darah yang dipam oleh jantung dan daya tahan yang diberikan oleh arteri akan menentukan tekanan darah kita.
Tekanan darah dicatatkan dalam 2 angka. Angka di atas (tekanan darah sistolik) mengukur tekanan apabila jantung mengepam darah keluar. Angka yang di bawah pula (tekanan darah diastolik) mengukur tekanan apabila jantung berehat.
Tekanan darah berbeza-beza mengikut masa tertentu dalam sehari dan aktiviti yang kita lakukan. Ia perlu diperiksa beberapa kali untuk menentukan purata tekanan darah tinggi yang tepat.
Apakah itu tekanan darah tinggi?
Apabila anda dikatakan mendapat darah tinggi atau hipertensi, ia bermakna saluran darah anda menjadi sempit dan sesak menyebabkan jantung terpaksa mengepam lebih kuat untuk mengatasi kesempitan itu. Bila ini terjadi darah akan menekan lebih kuat ke dinding saluran darah untuk laluannya ke tisu badan. Lama-kelamaan, mendapan lemak akan tersangkut dan terkumpul pada dinding menyebabkan arteri menjadi keras.
Proses ini dikenali sebagai aterosklerosis. Jantung sekarang terpaksa berkerja lebih kuat untuk menolak darah melalui arteri-arteri yang sempit dan keras ini. Oleh yang demikian,
tekanan darah akan tercatat lebih tinggi atau bersamaan 140mm hg untuk tekanan sistolik dan lebih tinggi atau bersamaan 90mm Hg untuk tekanan diastolik, walaupun dalam masa rehat. Kadang-kala darah beku terjadi di celah-celah saluran arteri yang sempit ini menyebabkan berlakunya serangan jantung atau strok (angin ahmar).
Tanda Dan Gejala
• Tekanan darah tinggi dikenali sebagi "pembunuh senyap" kerana ia tidak menunjukkan sebarang gejala. Ia boleh membawa kepada masalah yang lebih serius dan kadang-kala boleh mengancam nyawa seseorang itu jika tidak dirawat. Bagaimanapun ia sebenarnya boleh dikawal dan diuruskan dengan baik.
• Jadi, bagaimana anda akan tahu yang anda menghidapi tekanan darah tinggi? Cara yang terbaik adalah melakukan pemeriksaan tekanan darah setiap tahun dengan kakitangan kesihatan bagi menentu dan mengesan lebih awal masalah ini.
Kenapa kita perlu memahami tekanan darah tinggi?
Kebanyakan orang yang menghidap tekanan darah tinggi tidak tahu menahu mengenainya. Anda tidak dapat merasainya dan kerana itulah ianya sangat merbahaya.
Pesakit yang menghidap tekanan darah tinggi mempunyai risiko yang lebih besar untuk mendapat penyakit-penyakit kardiovaskular dan kerosakan beberapa jenis organ
tertentu dalam badan.
Didapati antara 20 hingga 50% dari kematian biasa adalah disebabkan oleh tekanan darah tinggi. Bahkan, 20% dari orang dewasa di seluruh dunia menghidapi masalah ini dan 5% dari kanak-kanak juga turut terlibat. Di Malaysia (mengikut Kajian Kesihatan dan Morbiditi 1996) prevalens tekanan darah tinggi adalah sebanyak 24%.
Bagaimanakah tekanan darah diukur?
Doktor atau kakitangan kesihatan akan mengambil tekanan darah anda. Ukurannya perlu dibuat dengan betul sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Terdapat 3 peranti yang biasanya digunakan dan diterima pakai:
• Alat sfigmomanometer, sama ada yang menggunakan lajur raksa atau aneroid.
• Peranti elektronik yang disahkan.
• Peranti tekanan darah ambulatori automatik
Langkah-langkah lain yang perlu dipatuhi untuk mendapat ukuran yang betul ialah:
• Berehat selama 5 minit dan duduk dengan selesa. Tangan hendaklah terdedah dan diampu pada meja atau permukaan yang rata pada paras jantung.
• Jangan mengambil minuman yang mengandungi kafein atau merokok 30 minit sebelum prosedur ini.
• Jangan melakukan aktiviti/kerja yang berat sebelum tekanan darah diambil.
Tekanan darah tinggi tidak boleh didiagnoskan dengan hanya mengambil ukuran sekali sahaja. Ia perlu disahkan dalam masa sebulan. Walau bagaimanapun, jika tedapat
faktor-faktor risiko yang lain seperti penyakit organ tertentu atau diabetes, rawatan hendaklah diberi tanpa berlengah-lengah.
Kenapa seseorang itu mendapat tekanan darah tinggi?
Anda boleh mendapat tekanan darah tinggi sekiranya anda merupakan seorang lelaki atau seseorang yang mempunyai latar belakang keluarga mengalami serangan jantung
atau angin ahmar (strok) pada usia muda. Faktor lainnya mungkin disebabkan keturunan seperti kecenderungan menghidap darah tinggi atau kegemukan.
Bagaimanapun sesetengah faktor risiko ini merupakan sesuatu yang anda sendiri lakukan (pilihan) seperti merokok, suka memakan makanan yang tinggi lemak atau berminyak dan tidak bersenam secukupnya.
Terdapat beberapa faktor yang boleh dikawal dan ada juga faktor yang di luar kawalan anda. Perhatikan senarai yang tercatat di bawah ini dan lakukan sesuatu untuk
menurunkan tekanan darah anda.
Faktor Yang Anda Boleh Kawal
- Berhenti merokok- untuk mencegah penyempitan saluran darah anda.
- Senaman: boleh membantu menurunkan berat badan dan mengurangkan tekanan darah.
- Memakan makanan rendah lemak dan seimbang - untuk mengawal berat badan.
- Kurangkan pengambilan alkohol: Alkohol meningkatkan tekanan darah anda.
- Kurangkan pengambilan garam: Natrium boleh meningkatkan tekanan darah.
- Kurangkan stres: tekanan mental atau stres boleh meningkatkan tekanan darah.
- Pil perancang keluarga (sering dikaitkan dengan tekanan darah tinggi)
- Memakan makanan rendah lemak dan seimbang- untuk mengawal berat badan.
- Kurangkan pengambilan alkohol- alkohol meningkatkan tekanan darah anda.
- Kurangkan pengambilan garam- natrium boleh meningkatkan tekanan darah.
- Kurangkan stres- tekanan mental atau stres boleh meningkatkan tekanan darah.
- Pil perancang keluarga- sering dikaitkan dengan tekanan darah tinggi.
Faktor Di Luar Kawalan Anda.
• Jantina- kaum lelaki lebih mudah mendapat tekanan darah tinggi.
• Umur- darah tinggi meningkat mengikut umur.
• Bangsa- kajian telah menunjukkan sesetengah kaum/bangsa lebih mudah mendapat penyakit ini.
• Keturunan- risiko mendapat tekanan darah tinggi adalah lebih tinggi.
• Diabetes- bagaimana diabetes membawa kepada sakit jantung masih belum jelas, tetapi kita tahu bahawa diabetes mencetuskan pembentukan aterosklerosis yang boleh meningkatkan risiko serangan jantung, angin ahmar dan
mengurangkan peredaran darah ke bahagian kaki.
credit to:
http://jknselangor.moh.gov.my/documents/pdf/infopdf/infopdf/Tekanan_Darah_Tinggi.pdf
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Testimoni #1
En. Ah Chai Mengamalkan Kapsul Buah Kulim Untuk Mengawal Darah Tinggi
Text by Nasir Yusof, Shah Alam, Selangor 11/7/2014 (HP:013-6290666)
"Kepala selalu sakit-sakit, kini tidak lagi setelah mengamalkan memakan kapsul buah kulim ini" |
Berita baik untuk pesakit darah tinggi.
Dua bulan berlalu, malam tadi baru dapat pujuk Ah Chai untuk diambil gambar. Kebanyakan orang tidak mahu ceritanya dikeluarkan di web, mungkin terasa malu.
Ini adalah botol yang ketiga yang di ambil oleh Ah Chai. Mungkin dia rasa seronok dengan kesihatannya yang bertambah baik, lalu beliau mengizinkan saya untuk mengambil gambarnya.
Beliau bekerja sebagai tukang masak di salah satu restoran terkenal di Shah Alam. Kerja sebagai tukang masak ni memerlukan tenaga yang banyak. Maklumlah, pelanggang inginkan pesanan mereka dengan cepat. Pening kepala jangan ceritalah, dengan bunyi bising di dapur, dan longgokan order yang menunggu, pastinya kalau kita sendiri pun diletakkan di tempat tukang masak itu, kita sendiri mungkin terus berhenti kerja tak sampai sebulan.
Beliau adalah seorang pesakit darah tinggi. "Sakit kepala ini sudah lama. Badan terasa lemah-lemah. Apabila terasa 'tension' sikit, bahagian belakang kepala akan terasa sakit" luahan beliau kepada saya dua bulan yang lalu. Tambahan pula beliau bekerja sebagai tukang masak, selalu 'test' masakan yang dimakan tahap kemasinannya. Bila dah terlalu banyak rasa 'masin' masuk, kepala terasa stress dan sakit.
Sebelum ini beliau menggunakan produk lain, memang bagus juga katanya. Tapi harga agak mahal. Hampir RM300 digunakan setiap bulan untuk menanggung kos ubat bagi mengatasi masalah yang beliau hadapi.
Saya memperkenalkan kapsul buah kulim ini kepada beliau. Saya menyatakan bahawa ada seorang makcik yang mengalami masalah yang sama dengan beliau dan akhirnya kapsul ini serasi dengan badan makcik tu. Kini makcik tu dah hampir 6 bulan mengamalkan kapsul buah kulim ini dan sangat berpuashati dengan tahap kesihatannya sekarang.
Ah Chai mencuba kapsul ini dan dalam sebulan mengamalkannya, beliau dapati ia berfungsi dengan baik. Sakit kepada apabila stress atau tersalah makan sudah berkurangan.
Beliau mengamalkan makan 1 bijik kapsul pada sebelah pagi dan 2 bijik kapsul pada sebelah malam. Dengan pengambilan 3 bijik pada satu hari, beliau memerlukan 1 botol sahaja pada satu bulan dengan kos RM39.90 sahaja. Air kencing mulai jernih. Badan terasa segar dan tidur dirasakan amat puas sekali.
Ini adalah botol ke-tiga dan untuk penggunaan bulan ke-tiga. Malam tadi dapat jumpa beliau untuk memberikan ubat yang dipesan. Beliau gembira tetapi muka nampak keletihan kerana pelanggan tak henti-tenti mengunjungi premis di tempat beliau bekerja.
Diharapkan agar sakit beliau beransur baik.
Kini, bagi pesakit darah tinggi, anda juga boleh mencuba produk ini. Dan diharapkan ia serasi dengan anda. Ubat ini adalah petua turun temurun, 100% pure buah kulim.
Testimoni #2
Tiada Rasa Pening Dan Sakit Kepala Akibat Darah Tinggi
"Syukur Alhamdulillah.. keajaiban berlaku lagi.. dengan izin Nya."
Text by Nasir Yusof, Shah Alam, Selangor 24/8/2014 (HP:013-6290666)
Pada jam 8.10pm (13.8.2014) saya telah dihubungi oleh En. Fazil dari Kuantan dan bertanyakan dimana beliau boleh mendapatkan kapsul buah kulim ini.
Menjumpai penawar yang sesuai dengan ibu beliau. |
Saya meminta agar beliau menghubungi En. Anuar, Agen Jualan yang berada di Bukit Goh, Kuantan.
14.8.2014 (jam 7.35 pm) beliau beritahu saya bahawa beliau telah membeli 2 botol kapsul buah kulim dari En. Anuar (Agen Jualan). Beliau menyatakan juga bahawa ibu beliau ada mengidap sakit buah pinggang, kencing manis dan darah tinggi. (Barulahsaya tahu yang kaspul ini adalah untuk ibu beliau).
21.8.2014 (Jam 9.39 pm) (7 hari pengambilan kapsul buah kulim):
Beliau memberitahu saya bahawa kesihatan ibu beliau bertambah baik. Kaki yang bengkak akibat sakit buah pinggang sudah pun surut. Beliau juga menyatakan bahawa pening dan sakit kepala ibu beliau akibat darah tinggi telah tiada.
Ini antara message (Wassapp) yang saya terima dari En. Fazil.
"Dah tak rasa pening dan sakit kepala akibat darah tinggi" |
BAGI SAYA (ADMIN PAGE INI), SEMUA YANG BAIK INI DATANGNYA DARI ALLAH, KITA HANYA CUBA BERIKHTIAR. SYUKUR ALHAMDULILLAH KESIHATAN IBU BELIAU KINI BERTAMBAH BAIK.
ADMIN TERFIKIR, KADANG-KADANG UBAT YANG BERHARGA RATUSAN RINGGIT JUGA KADANG-KADANG TIDAK MENDATANGKAN KESAN POSITIF PADA PENGGUNA. DALAM HAL INI, BUKANLAH UBAT ITU TIDAK BAGUS, MUNGKIN IA TIADA KESERASIAN UNTUK TUBUH KITA.
KITA HARUS TERUS BERUSAHA MENCUBA DAN MENCUBA SEGALA PETUA ORANG LAMA. KADANG-KADANG HASILNYA POSITIF DAN MUNGKIN PETUA INI SERASI DENGAN BADAN PENGGUNA.
TERIMA KASIH KEPADA EN. FAZIL YANG TELAH MEMBELI 2 BOTOL KAPSUL BUAH KULIM INI.
SALAM DARI ADMIN,
NASIR YUSOF, SHAH ALAM, SELANGOR (013-6290666)
Testimoni #3
Pakcik Arshad Temui Penawar Yang Serasi.
Text by Nasir Yusof, Shah Alam, Selangor 25/10/2014 (HP:013-6290666)
Assalamualaikum..
Terima kasih kepada pembaca yang setia mengikuti blog ini dari awal lagi hingga kini.
Testimoni terkini saya adalah berkenaan dengan seorang PESAKIT DARAH TINGGI dan juga seorang PESAKIT BUAH PINGGANG (Peringkat 3).
Orang yang dimaksudkan ialah Pakcik Arshad, 58 tahun dan berasal dari Bagan Datoh, Perak. Beliau membesar di Sungai Besar, Selangor.
Dikhabarkan, sudah 5 tahun beliau menderita akibat sakit darah tinggi ini. Beliau pernah hampir pitam akibat gara-gara tekanan di tempat kerja. Tiga tahun lepas, berita buruk menjelma lagi apabila beliau disahkan oleh doktor bahawa beliau telah mendapat sakit buah pinggang.
Sejak itu, beliau mengamalkan ubat yang diberikan oleh doktor. Kesannya adalah positif dan beliau berpuashati dengan ubat doktor. Tetapi, dalam lubuk hati, terdetik juga ingin mencuba herba-herba tradisional atas nasihat dari kawan-kawan yang mengalami nasib yang sama. Manakan tidak, ada sesetengah kawan beliau yang telah pulih dari sakit yang ditanggung hanya dengan melalui rawatan tradisional dan ubat-ubatan tradisional berbentuk herba.
Mulai saat itu, beliau ada mencuba herba-herba yang disyorkan oleh kawan-kawan. Sehingga kini masih mencari jika ada yang lebih baik. Namun, ubat doktor masih diteruskan.
Semasa saya berjumpa beliau (24.10.2014), sakit buah pinggang beliau sudah berada di peringkat 3.
Pakcik Arshad, 58 tahun, dari Puchong Perdana, Selangor. Seorang Pesakit Darah Tinggi dan Pengidap Sakit Buah Pinggang (Peringkat 3) |
Ini adalah pertemuan pertama saya dengan Pakcik Arshad. Orangnya agak peramah. Soalan pertama yang saya tanya adalah "Dimana Pakcik tahun tentang Kapsul Buah Kulim ini"?
Beliau bercerita, "Tiga minggu yang lepas, saya diberikan sedikit, dalam 20 biji kapsul oleh kawan saya yang juga berada di Puchong Perdana. Dia juga pesakit buah pinggang seperti saya."
Hmm.. saya tidak pasti beliau diberikan oleh siapa, kerana ramai pembeli yang datang dari Puchong Perdana itu. Bagi saya itu tidak penting sangat. Yang penting, apakah kesan kapsul buah kulim itu terhadap Pakcik Arshad yang telah membawa beliau berjumpa saya untuk membeli lagi kapsul ini.
"Saya hanya makan 1 biji kapsul pada sebelah pagi, dan 1 biji kapsul lagi pada sebelah malam. Perubahan ketara yang berlaku pada diri saya adalah kini saya dapat kencing dengan lawas dan banyak. Bisa-bisa badan dan sakit sendi yang saya alami kini mula berkurangan. Bengkak-bengkak pada bahagian tangan dan kaki juga seakan-akan telah tiada".
"Sakit kepala akibat sakit darah tinggi yang saya alami juga kini mula berkurangan" tambahnya lagi.
Ya, syukur Alhamdulillah. Saya rasa, ia telah serasi dengan badan Pakcik Arshad. Beliau juga rasa selesa dengan amalan memakan kapsul buah kulim ini. Maka, dengan itu, beliau berusaha menemui kawan beliau yang memberikan 20 biji kapsul untuk dicuba, dan meminta untuk ditemukan dengan saya.
Saya, Nasir Yusof (Shah Alam) bersama dengan Pakcik Arshad. |
Tepat jam 10 malam, seperti yang dijanjikan, Pakcik Arshad datang bersama dengan kawan beliau yang juga telah mengamalkan kapsul buah kulim ini.
Pakcik Arshad telah membeli 2 botol kapsul tersebut dengan harga RM39.90 sebotol (90 kapsul). Terima kasih saya ucapkan kepada Pakcik Arshad.
Saya juga mendoakan agar kapsul ini serasi dengan beliau dan dapat membantu meningkatkan kesihatan beliau.
Saya akhiri nukilan ini... dan saya akan sambung pada masa akan datang cerita ini.
Kita akan lihat bagaiman kapsul ini mampu membantu Pakcik Arshad.
Sekian, terima kasih.
Nasir Yusof, Shah Alam, Selangor.
(013-6290666)
"PETUA LAMA ORANG KAMPUNG"