Testimoni kali ini datangnya dari Seksyen 19, Shah Alam. Ia hanya bersebelahan dengan Seksyen 20, iaitu tempat dimana saya tinggal.
Saya mengenali En. Wan ini agak sudah lama. Beliau berniaga buah-buahan di pasar-pasar malam dan juga setiap pagi di hadapan Kedai Pasar Segar di Seksyen 19. Pasar Basah itu sering saya kunjungi dan sering juga membeli buah-buahan dari En. Wan yang berniaga di hadapan Pasar Basah tersebut.
Saya sering juga duduk 'melepak' sambil berbual kosong dengan beliau di bawah pokok, tempat dimana beliau meletakkan buah-buahan untuk diperniagakan. Selain saya, ada juga pakcik-pakcik yang sudah pencen berehat dan duduk berbual bersama kami.
Kebanyakan mereka mempunyai pelbagai penyakit. Antaranya kencing manis, darah tinggi, gout dan ramai yang mengadu kebas-kebas ketika sedang solat. Saya ada menceritakan tentang kapsul buah kulim ini kepada mereka. Namun, tiada seorang pun yang berminat untuk mencuba dan saya anggap itu perkara biasa.
Saya menceritakan kepada mereka bahawa kapsul buah kulim ini hanyalah petua lama. Saya tidak menjamin 100% keberkesanannya. Bila saya tidak menjamin keberkesanannya, maka kebanyakan mereka tidak berminat untuk mencubanya.
Bagi saya, ubat-ubatan yang mahal sekalipun, jika tidak serasi dengan penggunanya, ubat mahal itu juga tidak akan dapat mengelokkan sakit yang dialami.
BUAH KULIM ini telah lama digunakan oleh orang terdahulu. Ia dipercayai mampu membersihkan darah dari segala toksin. Ia juga mampu untuk mencairkan darah dan membuang kolesterol. Apabila aliran darah sudah baik, segala kotoran dalam darah juga telah berkurangan, hasilnya badan kita akan sedikit demi sedikit akan berjaya mengurangkan penyakit yang dialami.
Berikutan itu, En. Wan hanya ingin mencuba pada asalnya. Jika tidak dicuba, kita tidak akan tahu bagaimana ia memberi kesan pada sistem badan kita. Beliau membeli 1 botol (90 kapsul), dan berkongsi makan kapsul buah kulim itu bersama isteri beliau.
En. Wan, telah mencuba kerana ingin membuang toksin dari dalam badan mengikut petua lama. Kini beliau dapat rasakan, badan semakin cergas dan seakan-akan bertenaga seperti orang muda. |
Setelah dua minggu, saya berjumpa dengan beliau dan sempat berbual mengenai kesan kapsul buah kulim itu. Saya amat gembira kerana kesannya sangat positive.
Minggu pertama, air kencing seakan keruh. Kencing dirasakan amat lawas. Darah seakan terasa mengalir keseluruh badan. Dan yang paling istimewa, badan dirasakan sangat bertenaga dan terasa kurang letih seperti sebelumnya.
Resdong yang dialami oleh isteri beliau juga telah mula berkurangan. Jika sebelum ini, muka dirasakan gatal dan sentiasa ingin digosok, kini tidak lagi begitu.
Syukur alhamdulillah.. sedikit sebanyak, kapsul buah kulim ini telah memberi khasiatnya kepada mereka.
Bermula dengan En. Wan, kini rakan-rakan beliau juga mula mencuba kapsul buah kulim ini. Kebanyakan dari mereka merasa badan menjadi ringan, badan bertenaga, kencing dirasakan sangat lawas dan kebas-kebas badan kini sudah tiada.
Ekoran itu, kini En. Wan telah mendaftar sebagai Agen Jualan. Beliau boleh ditemui di pasar-pasar malam (menjual buah-buahan) di sekitar Shah Alam.
Tuan/puan yang ingin mencuba Kapsul Buah Kulim ini, tuan/puan boleh menghubungi En. Wan melalui talian 019-318 4599. Ia sangat baik untuk membuang toksin dari badan secara semulajadi, membersihkan dan mencairkan darah dan membuang kolesterol.
InsyaAllah, melalui petua lama ini, anda mungkin akan mendapat kesihatan yang baik.
Sekian, terima kasih.
Nasir Yusof, Shah Alam, Selangor.
013-6290666
Jam 1.11 am (25/3/2016)
No comments:
Post a Comment