Apakah Stroke?
Strok atau angin ahmar merupakan satu keadaan di mana serangan otak berlaku disebabkan gangguan pada bekalan darah ke otak. Ia mungkin terjadi disebabkan oleh salur darah yang sempit atau pecah.

- Thrombotic/ischemic stroke :Berlaku apabila saluran darah ke otak sempit atau tersumbat. Ia mungkin diakibatkan oleh sisa kolesterol yang terkumpul di salur darah.
- Haemorrhagic stroke :Sering berlaku apabila saluran darah ke otak pecah, lalu menyebabkan pendarahan berlaku.
Berpandukan keterangan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), terdapat beberapa faktor risiko penyumbang kepada masalah strok.
Berikut adalah punca-punca yang tidak boleh diubahsuai:
- Umur : Semakin meningkat umur hingga 65 tahun ke atas, semakin anda berisiko untuk mendapat serangan.
- Jantina : Lelaki lebih berisiko tinggi dari wanita.
- Sejarah keluarga : Risiko tinggi jika terdapat ahli keluarga anda yang pernah menghidap strok.
- Tekanan darah tinggi
- Kencing manis
- Paras kolesterol tinggi
- Berat badan berlebihan
- Merokok
- Pemakanan tidak sihat

Sebelum mendapat serangan, selalunya tanda-tanda awal akan jelas kelihatan. Jika anda rasa seperti mengalami gejala ini, segera rujuk ke hospital dan dapatkan nasihat doktor. Dapatkan bantuan segera untuk mengelakkan masalah lebih buruk berlaku.
Tanda-tanda awal seperti:
- Rasa kebas secara tiba-tiba di sebelah badan
- Rasa lemah, kebas atau lumpuh di bahagian muka, kaki atau tangan secara tiba-tiba
- Sakit kepala yang kuat tanpa sebab
- Fikiran keliru, susah bertutur atau memahami pertuturan orang lain secara tiba-tiba
- Sukar berjalan, atau hilang imbangan
- Sukar menelan
- Penglihatan kabur secara tiba-tiba pada sebelah atau kedua-dua mata

Apabila seseorang disahkan mendapat serangan angin ahmar, terdapat beberapa jenis rawatan akan diberikan oleh doktor. Ia termasuk:
- Mencairkan darah :Rawatan ini dijalankan untuk mencairkan darah bagi melegakan saluran darah ke otak. Namun, ia bergantung pada hasil keputusan dan perbincangan doktor.
- Pengambilan ubat : Doktor neurologi boleh memberi preskripsi ubat bagi mengurangkan risiko serangan angin ahmar berlaku semula.
Ubat-ubatan juga akan diberikan pada pesakit yang menghidap penyakit kronik yang lain, seperti kencing manis dan tekanan darah tinggi.
- Pembedahan : Terdapat situasi serangan yang memerlukan pembedahan.
Ia dijalankan untuk menghentikan pendarahan otak yang serius. Namun, ia bergantung pada bahagian otak yang terlibat.
- Rawatan fisioterapi : Rawatan terapi fizikal dan rehabilitasi untuk pesakit stroke.
Ia termasuk senaman menguatkan otot yang terkesan, latihan pertuturan dan penyesuaian kepada aktiviti harian.
BAGAIMANA KAPSUL BUAH KULIM INI DAPAT MEMBANTU PESAKIT STROK??
Untuk mendapatkan buah kulim yang fresh ini, anda boleh dapatkannya secara belian online dengan mudah. Click saja NAK BUAH KULIM FRESH, anda akan dibawa terus ke whatsapp penjual buah kulim yang berkualiti dengan mudah.
![]() |
RM40 sebotol (90 kapsul) Sila click pada gambar jika anda ingin membeli produk ini. |