Saturday, June 27, 2015

Testimoni 23 June 2015: Buah Pinggang Bocor, Badan Jadi Bengkak, Lemah dan Susah Bernafas.

Assalamualaikum.. 

Hari ini hari Sabtu, 27 June 2015, jam 10.00 malam.

Apa yang saya ingin kongsikan pada malam ini ialah testimoni tentang seorang pengguna yang mengalami masalah 'buah pinggang bocor'. 

Testimoni ini saya terima pada 23 June 2015 (4 hari lepas) dan barulah malam ini saya ada kesempatan untuk menulis di dalam blog ini.

Terima kasih kepada En. Kamil dari Besut, Terengganu yang telah sudi menceritakan serba sedikit tentang keberkesanan kapsul buah kulim ini terhadap anak beliau yang mengalami sakit buah pinggang.

Saya menerima pesanan sebanyak 2 botol dari beliau pada 23 June 2015. Sebelum ini pun beliau ada membelinya juga. Oleh kerana nama beliau kerap naik dalam senarai order, saya cuba melihat kembali pesanan yang telah beliau lakukan sebelum ini. Saya bernasib baik kerana pesanan beliau melalui whatsapp masih ada dalam simpanan. 

Melalui rekod whatsapp, pesanan pertama adalah pada 6 Feb 2015. Hingga pesanan terbaru ini, beliau telah memesan 9 botol kapsul ini. Saya menjadi tertarik dan persoalan timbul di dalam minda. Apakah jenis sakit yang dialami oleh beliau sehingga begitu kerap memesan kapsul ini?

Sebelum itu, mari saya kongsikan pesanan melalui whatsapp yang telah beliau lakukan.


Pesanan Pertama dilakukan pada 6 Feb 215 (1 botol)

Pesanan Kedua pada 18 Feb 2015 (1 botol)

Pesanan Ketiga pada 18 Mac 2015 (1 botol)

Pesanan Keempat pada 3 April 2015 (1 botol)

Pesanan Kelima pasa 25 April 2015 (1 botol)

*Owhh patutlah order banyak, anak sepupu pun makan sama.. terima kasih kerana mencuba ya..
InsyaAllah.. jika, serasi dengan badan, ia akan memerikan serba sedikit kebaikan untuk badan.

Pesanan Keenam pada 14 May 2015 (1 botol)

Pesanan ketujuh pada 4 Jun 2015 (1 botol)

Pesanan Kelapan dan Kesembilan pada 23 Jun 2015 (2 botol)

Dari 6 Februari 2015 hingga 23 Februari 2015, beliau telah memesan 9 botol kapsul buah kulim ini. 

Saya terfikir, dengan pesanan yang begitu banyak ini, pastinya kapsul buah kulim ini telah berupaya memberikan impak yang positive kepada penggunanya.

Saya memberanikan diri untuk bertanya kepada En. Kamil bagaimanakah keupayaan kapsul buah kulim ini dalam membantu pengamalnya.

Saya kongsikan disini:








Dari apa yang saya perolehi dari En. Kamil, komen beliau hanyalah 'ok'. 

Namun sebelum itu beliau ada menyatakan bahawa anak beliau mengalami sakit 'buah pinggang bocor'  dalam bahasa kita yang bukan pakar dalam bidang perubatan.

Hasilnya, protein dari dalam badan, ikut keluar bersama dengan air kencing. Badan menjadi bengkak, lemah dan sukar bernafas. Air dalam badan juga dikhabarkan boleh pergi ke hati.. 

Saya akan cuba dapatkan lagi perkembangan tentang anak beliau di masa akan datang.. 

Saya undur diri buat sementara waktu, dan saya akan menulis lagi pada hari hari seterusnya.

Terima kasih kerana sudi membaca blog ini.


Nasir Yusof, Shah Alam, Selangor.
(013-6290666)


Wednesday, June 24, 2015

Testimoni 19 Jun 2015: Bacaan CREATININE menurun dari 1200 ke 880 setelah sebulan pengambilan Kapsul Buah Kulim.

Assalamualaikum dan salah sejahtera.

Hari ini dah masuk hari Khamis (25.6.2015). Jam menunjukkan pukul 2.36 am. Mata sudah mengantuk. Tak apa lah, saya habiskan dulu cerita berkenaan seorang pengguna kapsul buah kulim dari Putrajaya, iaitu Puan Hanizah.

Whatsapp beliau saya terima pada 19 Jun 2015, jam 5.20 pm. Dengan rasa syukur, beliau menyatakan bahawa setelah mengamalkan kapsul buah kulim ini selama 1 bulan, level bacaan creatinie beliau telah menurun dari 1200 ke 880. Ini bukanlah perkara baru bagi saya kerana sebelum ini pun ramai pengguna ada menyatakan perkara seumpama ini. Apapun, saya amat gembira menerima berita baik ini. 

Sebelum itu, apakah creatinine? Saya juga tidak tahu apa benda ni sebelum ini. Jadi, saya kongsikan di sini. Saya cari kat google.
  1. 'Creatine is a chemical made by the body and is used to supply energy mainly to muscles. This test is done to see how well your kidneys work.Creatinine is removed from the body entirely by the kidneys. If kidney function is not normal, creatinine level increases in your blood.'
Apa yang saya amat terkesan dan seumpama terasa keperitan beliau apabila membaca whatsapp beliau yang seterusnya,"Doktor suruh saya buat dialisis, saya menangis tak mahu, saya kuat semangat dan saya percaya ada keajaiban daripada Allah, syukur Alhamdulillah".

Saya terdiam seketika dan meletakkan diri saya menjadi diri beliau. Berhadapan dengan doktor yang menyatakan saya perlu menjalani rawatan secara dialisis. Uhh.. jika begitu, saya juga mungkin menangis. Terpandang kegelapan dan kesukaran menanti dihadapan perjalanan hidup ku. 

Namun, Pn. Hanizah mengambil jalan untuk berikhtiar sementara menunggu appointment seterusmya.

Maka ditemukan dengan Kapsul Buah Kulim. Dalam sebulan ini, tanda-tanda positive telah ada. Saya harapkan akan berlaku keajaiban lagi pada bulan depan. 

Sebelum terlupa, saya kongsikan whatsapp yang saya terima dari Pn. Hanizah. 












Ringkas saja testimoni ini. Saya akan cuba dapatkan berita selanjutnya dari Pn. Hanizah pada bulan hadapan dan kongsikan dengan anda.

Hmm.. dah jam 3.01 am.. saya undur diri dulu.. kejap lagi nak sahur.

Terima kasih kerana sudi membaca nukilan ini. 


NASIR YUSOF, SHAH ALAM, SELANGOR.
(013-6290666)

Saturday, June 20, 2015

Testimoni 10 Jun 2015: Adik Umur 19 Tahun Sakit Buah Pinggang

Assalamualaikum..

Salam Ramadhan 2015 kepada semua umat Islam. Sudah agak lama saya tidak menulis diruangan ini. Seperti biasa, kesibukan kerja seharian membataskan waktu untuk saya berbuat demikian. Hari ini, 21 Jun 2015 (Ahad), sedikit saya luangkan masa untuk berkongsi satu testimoni terbaru yang saya perolehi pada 10 June 2015 dari seorang kakak yang amat mengambil berat tentang adik beliau yang baru dua bulan disahkan oleh doktor bahawa adik itu mengidap sakit buah pinggang dimana kedua-dua buah pinggang adik itu sudah tidak berfungsi dengan baik.

Kesannya, adik beliau berada dalam keadaan lemah dan tiada tenaga. Sekeliling bibir menjadi biru pucat. Bengkak pada anggota badan dan pastinya badan akan terasa sengal sengal dan ada ketikanya terasa sakit seperti jarum mencucuk-cucuk.

Saya dihubungi oleh Pn. Ira Farida pada jam 1.07 petang pada 3 Jun 2015 melalui Whatsapp. Beliau bertanyakan tentang harga kapsul buah kulim ini dan apakah ia boleh memberi tenaga kepada penggunanya.

Harga adalah RM40.00 satu botol (90 kapsul) dan kos Poslaju adalah RM6.00 jika penghantaran untuk Semenanjung Malaysia.

Untuk memberi tenaga kepada pemakannya, saya sendiri KURANG PASTI. Namun, hasil dari pengalaman saya bersama pengguna Kapsul Buah Kulim ini, kebanyakannya akan mengatakan badan terasa ringan dan sedap. Jadi, saya sendiri tidak pasti apakah maksud 'badan terasa ringan dan sedap' itu. Adakah ia telah menambah tenaga kepada mereka?

Persoalan ini juga mungkin dapat diterangkan dengan pengalaman seorang anak kawan saya, En. Raja Ibrahim yang berada di Klang, Selangor. Anak kawan saya ini bekerja di bengkel motosikal yang pastinya bekerja dari pagi sampai petang. Menurut bapanya, anak beliau mencuri-curi makan kapsul buah kulim milik bapanya. Apa yang dapat dirasakan, semasa bekerja di bengkel motosikal tersebut, anak kawan saya ini terasa seperti tidak merasa keletihan sepertimana sebelumnya.

Dua hari lepas, kawan saya Raja Ibrahim memberitahu saya sebegitu dan anak beliau memesan 1 botol kapsul buah kulim itu untuk kegunaannya. 

Semasa menerima Whatsapp dari Pn. Ira Farida, saya tidak boleh membalas secara terus kerana saya sedang memandu kereta. Maka, saya hanya menyuruh beliau melayari website www.buahkulim.blogspot.com

Tanpa perbincangan seterusnya, saya menerima satu lagi Whatsapp dari Pn. Ira Farida, menyatakan bahawa bayaran untuk membeli kapsul buah kulim ini telah dibuat. Terima kasih Pn. Ira Farida dan pesanan beliau saya poskan pada hari yang sama bayaran dibuat iaitu 3 Jun 2015.

Barang pesanan diterima oleh Pn. Ira Farida pada 9 Jun 2015. Terima kasih Puan.

Pada 10 Jun 2015, saya menerima Whatsapp dari beliau. Syukur Alhamdulillah, kapsul buah kulim serba sedikit dapat membantu adik beliau. Saya kongsikan disini whatsapp yang saya terima dari beliau.

























3 Jun 2015
Pertama kali Pn. Ira Farida menghubungi saya bertanyakan tentang kapsul buah kulim ini.
Beliau memesan 1 botol dan penghantaran dilakukan melalui Poslaju Malaysia Berhad.

9 Jun 2015
Pesanan diterima oleh Pn. Ira Farida.
Dos pertama diberikan kepada adik beliau yang mengidap sakit buah pinggang.

10 Jun 2015
Whatsapp dari Pn. Ira Farida:
'Salam.. Alhamdulillah kapsul buah kulim dah sampai semalam'
'Alhamdulillah juga, adik saya dah memang lemah sangat 1 hari sebelum ubat sampai. Memang niat nak bawak pergi hospital, sebab dia pucat dan tak boleh nak bangun. Bila kapsul buah kulim sampai, saya minta adik telan 1 biji kapsul buah kulim itu.
Pagi hari ini, badan dia ada tenaga, boleh bangun sendiri. Allahuakabar, dengan izin Nya.'
'Dia rasa ada tenaga sikit hari ini'
'Biru dikawasan bibir kesan dari sakit buah pinggang semakin pudar'

14 Jun 2015
Check-up kat klinik, doktor bagi tau:
- Darah adik ok
- Air kencing semakin elok
- Bengkak pada anggota badan semua surut
'Adik beritahu, badan terasa ringan dan sedap tidur'


Syukur Alhamdulillah. Sedikit sebanyak, kapsul buah kulim ini dapat membantu adik beliau. 

Saya kongsikan disini pengalaman pengguna kapsul buah kulim ini. Saya hanya kongsikan apa yang saya pelajari tentang petua orang lama ini. Kita berikhtiar dan berdoa, selebihnya akan ditentukan oleh Nya, pencipta kita.

Jika anda mempunyai masalah yang hampir sama dengan adik Pn. Ira Farida ini, jangan cepat berputus asa. Berikhtiarlah dengan walau apa cara sekalipun. InsyaAllah, akan ada jalannya.

Saya doakan agar adik ini segera sembuh dan dapat menjalani kehidupan remaja seperti orang lain. InsyaAllah.

Terima kasih juga kepada Pn. Ira Farida yang sudi berkongsi pengalaman dengan saya.

Saya mohon undur diri terlebih dahulu. Sekian.

Nasir Yusof, Shah Alam, Selangor.
(013-6290666)