~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
FAKTA YANG PERLU ANDA KETAHUI DAN AMBIL BERAT:
Jika anda seorang pengidap kencing manis pada masa sekarang, anda sebenarnya sangat berisiko tinggi dan mungkin dalam keadaan merbahaya untuk menghadapi:
- Kegagalan fungsi buah pinggang.
- Serangan jantung.
- Tekanan darah tinggi.
- Angin ahmar atau stroke.
- Koma atau tidak sedar diri.
- Penyakit saraf (neuropati)
- Gangren atau mati sebahagian tubuh (kaki jadi hitam)
- Mata kabur dan boleh menyebabkan buta.
- Berisiko tinggi untuk anggota badan dipotong.
AMARAN: Jika paras gula di dalam badan anda lebih daripada paras normal, anda tak boleh biarkan dan berlengah-lengah lagi. Anda kena cari penawar kencing manis dengan segera. Jika anda tidak bertindak sekarang, bersedialah untuk menghadapi risiko yang diterangkan diatas.
KAWALAN AWAL MELALUI KAPSUL BUAH KULIM
(the magic of tradisional herbs)
|
HARGA SEKARANG: RM39.90 SEBOTOL (90 KAPSUL) |
Buah Kulim sememangnya diamalkan oleh orang-orang lama dahulu untuk me-nyah toksin dari dalam badan untuk mendapatkan darah yang lebih baik di kala usia meningkat. Ia juga dikatakan mampu untuk menurunkan paras gula dalam darah.
Makan 1 kapsul pada sebelah pagi dan 1 kapsul lagi pada sebelah malam. Dalam tidak sampai seminggu, anda akan dapati kencing anda menjadi lawas dan warna akan menjadi jernih.
Beberapa pengamal kapsul ini mendapati kandungan gula dalam darah telah menurun sehingga 7 mmol/L dan tahap kesihatan yang dulunya agak lemah (disebabkan kencing manis) telah menjadi lebih baik. Kecergasan badan mulai dirasai dan dapat dirasakan bahawa kapsul buah kulim ini telah memberi impak yang besar dalam kesihatan seseorang sepertimana yang diamalkan oleh orang terdahulu.
sekian, terima kasih.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Testimoni #1
'STAMINA' Seakan Bertambah
Text by Nasir Yusof, Shah Alam, Selangor 14/7/2014 (HP:013-6290666)
Salam sejahtera semua..
Hari ini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman pengguna kapsul buah kulim ini. Sebelum ini memang ada testimoni tentang bagaimana kapsul buah kulim ini membantu menurunkan kandungan gula dalam darah, tetapi amat sukar untuk mereka berkongsi pengalaman itu.
Syukur Alhamdulillah, hari ini saya dapat juga berkongsi dengan para pembaca tentang kebaikannya.. Saya harap selepas ini ramai pengguna tidak teragak-agak untuk menggunakan kapsul buah kulim ini sebagai satu sumber alternative tradisional untuk kebaikan kesihatan anda.
Ini adalah antara message yang saya terima hari ini 14.7.2014.
|
Hari ke-4 setelah makan kapsul buah kulim.
Bacaan Paras Gula Dalam Darah Adalah: 9 mmol/L |
Ini adalah message pertama yang saya terima pada 10.7.2014. Bacaan paras gula adalah 12 mmol/L.
|
Bacaan Paras Gula Dalam Darah Sebelum Guna Kapsul Buah Kulim
Adalah 12 mmol/L |
Setelah 4 hari menggunakan kapsul buah kulim ini, beliau berjaya menurunkan paras gula dalam darah dari 12 mmol/L ke 9 mmol/L. Ini satu perubahan yang sangat baik.
Seorang pengguna lagi adalah dari Shah Alam. Kaki beliau didapati luka dan sudah hampir setahun luka itu tidak mahu kering. Menurut beliau, kini beliau memang ada menggunakan produk lain untuk mengekang perkembangan luka itu.
Hari ini adalah hari ke dua beliau makan kapsul itu. Saya akan update sebulan dari sekarang tentang luka beliau.
Berita yang agak sensitif ialah, biasanya pesakit kencing manis agak kurang 'power' dari segi stamina lelaki nya. Melalui kapsul buah kulim ini, mungkin 'power' itu boleh dikembalikan semula.
|
Saya 'hitam'kan nama dan nombor telefon pengguna ini. Ia adalah rahsia peribadi. |
Terima kasih kepada anda yang sudi berkongsi testimoni dengan saya. Semoga dengan pengalaman anda sebagai pengguna, membuka mata pengguna lain yang kini sedang tercari-cari sumber alternatif merawat kencing manis.
Terima kasih kepada pembaca. Selamat Berpuasa.
Testimoni #2
Luka Pada Kaki Mengering Dengan Pantas
Text by Nasir Yusof, Shah Alam, Selangor 14/8/2014 (HP:013-6290666)
Hari ini saya ingin berkongsi satu testimoni kencing manis peringkat awal.
12.7.2014 (sabtu) yang lepas, seorang pesakit kencing manis (peringkat awal) telah menemui saya. Beliau menunjukkan satu kesan luka (bahagian atas pergelangan kaki) yang telah hampir setahun tidak mahu sembuh.
Masalahnya ialah luka tersebut tidak mahu kering. Apabila selepas mandi, kulit luka yang keras menjadi lembut dan air badan bercampur dengan darah akan dapat di lihat mula melembapkan bahagian luka itu. Pada mulanya kecil dan kini ia mula merebak menjadi besar seperti yang boleh kita lihat di dalam gambar di bawah.
|
Gambar yang diambil oleh pesakit itu sendiri sebelum memulakan
pengambilan kapsul buah kulim. |
Rasa gatal pada bahagian luka tersebut memang sentiasa ada. Pelbagai krim dan ubat telah dicuba, namun keadaan luka masih begitu.
Kini beliau ingin mencuba kapsul buah kulim. Beliau buat pertama kalinya makan kapsul tersebut pada 12.7.2014 (sabtu).
Malam tadi saya berkesempatan berjumpa dengan beliau dan bertanyakan tentang perkembangan keadaan luka tersebut. Setelah 6 hari beliau mengamalkannya, alhamdulillah, luka tersebut seperti ada perubahan. Gatal mula berkurangan dan luka seolah-olah mula mengering sedikit.
Ini adalah satu berita yang baik buat pesakit kencing manis yang mempunyai luka.
Esok (sabtu) akan cukup seminggu beliau mengamalkan kapsul buah kulim ini. Saya harap sesuatu yang baik akan berlaku.
Saya akan update blog ini dari masa kesemasa.. untuk melihat bagaimana kapsul buah kulim ini boleh membantu pesakit ini.
Sekian, jumpa lagi di minggu depan.
~~~~~~~~~~ cerita di bawah ini di update pada 20.7.2014 (ahad, jam 4.30 pm) ~~~~~~~~~
Salam sejahtera semua.. sekarang jam 4.30 pm.. cuaca kat luar panas sangat... tekak kering.. saya hanya berehat sambil layan facebook.. tengok cerita kawan-kawan sambil nak tau juga cerita pasal MH17 tu..
Seketika tadi dalam jam 3.46 pm, satu msg wassapp masuk.. hmm.. dari pesakit yang berjanji nak update gambar kaki beliau yang luka tu..
Ni saya kongsikan msg beliau :
|
Diterima pada 20.7.2014 (ahad), 8 hari setelah makan kapsul buah kulim. |
Menurut beliau, keadaan luka sudah ada kering sedikit. Pada mulanya saya nampak macam sama saja. Setelah diamati, ya memang ada perbezaan sedikit. Yang pasti gatal-gatal dari luka tu dah semakin kurang dan kini agak selesa.
Jika sebelum ini, pelbagai cream dan ubat-ubatan telah digunakan, namun tidak dapat mengurangkan dan melegakan luka tersebut. Melalui kapsul buah kulim, ia menampakkan hasil yang baik.
Untuk melihat perbezaan dengan lebih ketara, saya sertakan kedua-dua gambar iaitu gambar hari pertama dan gambar hari ke lapan keadaan luka tersebut.
|
Setelah 8 hari makan kapsul buah kulim, luka nampak mengering sedikit.
Kita tunggu minggu depan pula. Harap ia lagi mengering dan tumbuh
kulit baru. |
Terima kasih kepada En. Sham yang sudi berkongsi testimoni ini.
Kita harap toksin yang berada di dalam darah akan dapat dikurangkan dan seterusnya dapat menyembuhkan luka beliau yang telah ditanggung selama hampir setahun.
Ok lah.. saya akan update lagi pada minggu depan.. terima kasih kerana membaca blog ini.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam sejahtera..
Hari ni hari Isnin, 18.8.2014.. jam 2.13 am..
Semalam hari Ahad, amat sibuk dengan open house hari raya.. keletihan dari pada hingga petang.. jam 8.00 malam terlelap... terjaga jam 12 tgh malam..
Baru ni ada kesempatan nak update blog..
Saya cuma nak update tentang luka seorang sahabat yang telah hampir setahun tak mau sembuh..
Beliau telah mengirimkan gambar terbaru kaki beliau yang luka tu pada 14.8.2014 (hari Khamis yang lepas), namun baru ini ada kesempatan nak taip blog.
Ini lah hasilnya setelah sebulan beliau mengamalkan makan kapsul buah kulim. Anda lihat sendiri perubahannya.
|
Bertarikh 14.8.2014 (Khamis), saya menerima wassap dari beliau.
Ini adalah screenshot yang saya buat. |
Gambar seterusnya adalah turutan gambar bertarikh sejak beliau memakan kapsul buah kulim ini.
|
Luka beliau bertambah baik hanya setelah sebulan beliau mengamalkan
memakan kapsul buah kulim. |
Kita doakan agar luka beliau semakin beransur baik.
Hanya ini yang ingin saya sampaikan. Dengan kapsul buah kulim, darah kotor menjadi bersih. Toksin dari badan dapat dibuang secara semulajadi. Petua orang lama-lama ini (memakan buah kulim) jangan dibiarkan hilang. Seperti buah tunjuk langit dan pegaga juga, ia mempunyai rahsia yang tersendiri dan sangat baik jika diamalkan.
Sekian, terima kasih.
Testimoni #3
Pertama Kali Makan Kapsul Buah Kulim, Terus Dapat Perubahan.
Text by Nasir Yusof, Shah Alam, Selangor 7/10/2014 (HP:013-6290666)
Alhamdulillah.. kapsul buah kulim serasi dengan beliau.
Admin terima whatsapp dari seorang pengguna kali pertama kapsul buah kulim.. 11.7.2014, jam 9.50am.
|
10 July 2014: Beliau bertanyakan tentang bagaimana nak dapatkan kapsul buah kulim. |
|
10 July 2014: Serba sedikit perbualan dengan pembeli. |
|
11 July 2014: Kali pertama cuba, dah rasa perbezaan pada badan. |
"Rasa darah jalan baik ke kaki"
Itu antara feedback yang saya terima dari seorang pengguna kapsul buah kulim pagi ini.
Syukur Alhamdulillah, mungkin ia serasi dengan tubuh pengguna. Itu saja komen dari saya. Saya tidak berani berjanji bahawa pengguna kapsul buah kulim ini akan sembuh setelah memakannya. Saya hanya menyampaikan petua orang dulu-dulu dan kongsikan bersama-sama untuk kita semua.
Penerimaan badan terhadap ubat adalah berbeza bagi setiap orang. Ada yang merasa feedback nya hanya setelah seminggu mengamalkan kapsul buah kulim ini. Bagi hamba Allah ini, ia secepat satu hari.
Saya telah menjual banyak kapsul buah kulim ini. Feedback nya amat memuaskan. Untuk bengkak, kebas-kebas dan sengal-sengal sendi, biasanya akan pulih dalam masa sehari atau dua hari. Kemudian badan akan merasa ringan dan kelesuan badan mula berkurangan.
Selain dari itu, ia juga sesuai untuk kawalan darah tinggi, kencing manis, membantu buah pinggang mencuci darah dengan lebih efisyen, resdung, buasir, menghilangkan jerawat batu, menghilangkan kelesuan dan menghilangkan rasa bisa dan sengal-sengal badan.
Bagi anda yang ingin mencuba produk kapsul buah kulil asli ini, boleh menghubungi saya melalui talian 013-6290666 (Nasir Yusof Shah Alam).
PETUA DARI RIMBA
11 July 2014.
Testimoni #4
Pesakit Kencing Manis (Pengguna Insulin) Level 17, Kini Turun Ke Angka 7.
Text by Nasir Yusof, Shah Alam, Selangor 16/10/2014 (HP:013-6290666)
16.10.2014 Khamis, Jam 3.24 pm.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Hari ini saya ingin berkongsi satu testimoni yang sangat berguna untuk panduan pesakit kencing manis yang membaca blog ini.
Berita baik ini saya terima semalam, namun semalam saya amat sibuk dan tak sempat nak update blog ini.
Antara kandungan testimoni ini:
- Pesakit Kencing Manis (Pengguna Insulin) telah mendapat manfaat dari kapsul buah kulim ini.
a) Dos insulin telah dikurangkan oleh doktor yang merawat beliau.
b) Level 17 telah turun ke level 7.
c) Darah tinggi menjadi normal.
- Pesakit Darah Tinggi kini beransur kurang mengalami sakit kepala.
Terima kasih kepada Cik Ain yang telah membelikan Kapsul Buah Kulim ini untuk ibu beliau yang tinggal di Kota Kemuning, Shah Alam, Selangor.
Ibu Cik Ain ini adalah seorang pengidap kencing manis dan darah tinggi. Berumur dalam lingkungan 50 tahun. Kencing manis yang dihidapi agak kronik kerana telahpun menggunakan insulin dan bacaan ukuran kencing manis adalah pada angka 17. Sebelum ini, ibu beliau hanya menggunakan ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor, tetapi angka 17 itu tidak berganjak. Perkara ini telah berlarutan hampir 10 tahun.
Pembelian untuk yang pertama kali adalah pada bulan lepas, 22hb. September 2014. Cik Ain hanya membelikan 1 botol Kapsul Buah Kulim sahaja pada ketika itu dan dikongsikan bersama dengan Cik Ain yang ada masalah resdong.
Seminggu selepas itu, Cik Ain menghubungi saya sekali lagi untuk mendapatkan 1 botol kapsul itulagi untuk kawannya yang bernama En. Rizal yang mengidap sakit darah tinggi.
Dos yang diambil pada mulanya ialah 1 kapsul pagi dan 1 kapsul pada sebelah malam. Selepas 3 hari penggunaan, pengguna boleh menambahkan dos kepada 1 pagi dan 2 malam jika badan pengguna boleh menerima kapsul buah kulim ini dengan baik. Dan diteruskan kepada 2 pagi dan 2 malam jika badan boleh menerima dos sebelum ini dengan baik.
Dos 2 biji kapsul pada sebelah pagi dan 2 biji kapsul lagi pada sebelah malam telah digunakan oleh Ibu Cik Ain dan En. Rizal.
Semalam (Hari Rabu 15hb. Oktober 2014), saya menerima feedback yang baik dari Cik Ain. Ibu beliau telah berjaya mengubah angka 17 kepada angka 7 untuk sakit kencing manis dan bacaan normal untuk darah tinggi.
Manakala, kawan beliau, En. Rizal pula kini sudah kurang mendapat sakit kepala.
Berikut adalah antara message (wassap) Cik Ain kepada saya:
|
Ini adalah wassapp En. Rizal kepada Cik Ain. Cik Ain telah forward kepada saya dan saya kongsikan dengan anda. Tq Cik Ain. |
|
Screenshots: Wassap Cik Ain kepada saya, Nasir Yusof. |
Perubahan ini berlaku hanya dalam 3 minggu sahaja. Syukur Alhamdulillah, kapsul buah kulim ini benar benar serasi dengan ibu Cik Ain dan kawan beliau En. Rizal.
Diharapkan testimoni ini dapat menjadi panduan kepada anda yang ingin mencuba Kapsul Buah Kulim ini. Ia hanya merupakan PETUA yang pernah digunakan oleh orang terdahulu.
Saya akan cuba untuk menemui ibu Cik Ain dan berkongsi cerita tentang keberkesanan Kapsul Buah Kulim ini. Dan pastinya saya akan update cerita itu nanti untuk kita kongsikan bersama-sama.
Dengan ini, saya mengundurkan diri.. terima kasih kerana membaca..
Admin: Nasir Yusof, Shah Alam, Selangor (013-6290666).
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
TARIKH: 23.12.2014
|
Wassapp yang saya terima dari Nur Ain.. Alhamdulillah.
|
Admin: Nasir Yusof, Shah Alam, Selangor (013-6290666).
Testimoni #5
Kencing Manis En. Hamdan Sudah Mulai Turun Dari 15 ke 10. Syukur Alhamdulillah.
Text by Nasir Yusof, Shah Alam, Selangor 16/11/2014 (HP:013-6290666)
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Hari ini 3hb. November 2014.
Seperti biasa, pada sebelah pagi, jam 8.30am saya akan bersarapan di sekitar Shah Alam. Kadang-kadang di Seksyen 20 dan kadang-kadang di Seksyen 23.
Sedang saya menikmati hidangan, satu menerima satu panggilan dari pengguna kapsul buah kulim. Beliau ialah En. Hamdan dari Pontian, Johor.
Perbualan amat ringkas. Mungkin kerana beliau juga sibuk di awal pagi. Ringkasnya, beliau ingin meminta kepastian, berapakah harga yang perlu dibayar jika beliau mahukan 2 botol kapsul buah kulim, dan dihantar ke Pontian melalui khidmat Poslaju.
Sebotol RM39.90. Dua botol RM39.80. Kos poslaju adalah RM6.00 sahaja. Jumlah keseluruhan adalah RM85.80
Beliau cuma menyatakan akan membuat bayaran melalui Maybank2u sebentar lagi dan saya ada bertanyakan bagaimana kesihatan beliau sekarang. Beliau ada berbicara, tetapi oleh kerana 'line' hp tidak begitu bagus, saya hanya antara mendengar dan tidak.
Saya melihat rekod belian beliau. Beliau pertama sekali membeli kapsul ini pada 1 September yang lalu. Ini bermakna sudah sebulan beliau menggunakan kapsul ini sebagai makanan tambahan untuk tubuh beliau.
Lantas saya menghubungi beliau dengan menggunakan 'wassapp'. Saya cuma bertanyakan tentang sakit yang dihadapinya. Adakah kapsul ini memberi kesan seperti yang diharapkan.
Ini adalah perbualan saya dengan beliau menerusi 'wassapp'.
Testimoni kali ini tidak sehebat testimoni yang lalu. Kencing manis beliau hanya turun ke paras bacaan 10 sahaja, dari 15.
Lain corak pemakanan individu mempengaruhi keputusan bacaan. Ada pesakit yang telah menggunakan insulin dan bacaan 16, telah turun ke bacaan 7 dan dos insulin juga telah dikurangkan.
Kini, En. Hamdan meneruskan untuk botol ke-2 dan botol ke-3. Kita harapkan agar kesihatan En. Hamdan beransur baik. InsyaAllah.
Untuk info, anda boleh melayari blog ini atau terus menghubungi saya, Nasir Yusof ditalian 013-6290666.
Sekian untuk kali ini, Terima kasih.
Testimoni #6
Dulu Pengguna, Kini Pengedar.. Kesihatan Bertambah Baik.
Text by Nasir Yusof, Shah Alam, Selangor 7/11/2014 (HP:013-6290666)
Assalamualaikum...
Jam kini menunjukkan pukul 10.21 malam, Apa khabar anda semua? Diharap berada dalam keadaan yang sihat.
Tanjuk posting kali ini adalah, "Dulu Pengguna, Kini Pengedar". Ya, mungkin anda sudah boleh agak apa yang saya ingin bicarakan malam ini.
Masihkah anda ingat dengan saudara kita ini? (Rujuk gambar dibawah)
|
Wak Misro pertama kali membeli Kapsul Buah Kulim,
untuk kegunaan peribadi, mengubati Kencing Manis (Level 14),
pada Bulan Julai 2014. |
Beliau adalah Wak Misro, dari Puncak Alam, Selangor. Beliau adalah seorang pesakit Kencing Manis Level 14. Kadang-kadang mencecah 17. Beliau hanya menggunakan ubat-ubatan yang diperolehi dari hospital.
Seakan jemu dengan ubat-ubatan dari hospital, beliau juga telah mencuba pelbagai ubat-ubatan tradisional yang dipercayai mampu menurunkan Level 14 nya itu. Memang ada yang berjaya. Namun, kadang-kadang, level kencing manis itu naik kembali walaupun ubat tradisional itu masih diamalkannya. Jadi, beliau mencuba ubat tradisional yang lain.
Sehinggalah, beliau ditemukan dengan Kapsul Buah Kulim ini. Belumpun habis 1 botol beliau menggunakan kapsul ini, khasiat dari buah kulim ini terus sampai ke badan beliau. Keletihan dan kelesuan badan mula berkurangan. Badan terasa ringan dan bertenaga.
Pada mulanya beliau hanya memakan 1 biji kapsul pada sebelah pagi dan 1 biji kapsul lagi pada sebelah malam. Beliau menyatakan bahawa tiada kesan pada tubuh. Lantas, beliau menambah dos penggunaan kepada 2 biji kapsul (pagi) dan 2 biji kapsul (malam). Dengan dos yang sebegini, ia seakan serasi dengan badannya. Dos ini memberikan beliau keselesaan dan kesan yang baik untuk badan beliau.
Setelah habis botol yang pertama, beliau meneruskan dengan botol yang kedua dan seterusnya. Beliau amat menyukainya kerana kapsul buah kulim ini telah memberikan kesan yang ama baik. Level 14 terus turun hingga ke Level 6 dan 7 sehingga kini.
Dengan apa yang beliau rasakan, ada baiknya jika khasiat ini dikongsikan dengan rakan-rakan yang lain. Pada mulanya, beliau hanya membelikan beberapa botol daripada saya untuk kegunaan rakan-rakan beliau. Apabila perkara ini berterusan, beliau memikirkan ada baiknya jika beliau terus menjadi agen jualan. Selain dapat membantu rakan-rakan dalam memperbaiki masalah kesihatan, dapat juga beliau menambahkan pendapatan sampingan.
Kini, 6.11.2014, secara rasminya Wak Misro telah menjadi agen jualan untuk Kawasan Puncak Perdana dan Meru (tempat beliau tinggal).
Maka dengan ini, jika anda ingin mencuba Kapsul Buah Kulim ini, anda boleh menguhubungi beliau melalui talian 016-2720331 (Wak Misro).
Anda boleh berkongsi pendapat tentang khasiat buah kulim ini dengan Wak Misro (nama manja nie)..
Kini kesihatan beliau amat baik, Kencing Manis yang beliau hadapi kini bertambah baik juga. Tiada lagi rasa mengantuk selepas makan, tiada lagi keletihan badan. Bangun pagi juga dirasakan fresh. Kencing juga dirasakan amat lawas. Badan terasa ringan dan beliau amat berpuas hati dengan mengamalkan kapsul buah kulim ini sebagai makanan tambahan untuk kesihatan beliau.
Admin mohon berhenti disini. Waktu untuk tidur.
Sekian, terima kasih.
Nasir Yusof, Shah Alam, Selangor.
7.11.2014 (Jam 10.48 pm)
Testimoni #7
Luka Akibat Terpijak Tulang Ayam Kini Sembuh Sepenuhnya.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pengunjung blog.
Sudah agak lama saya tidak menulis di dalam blog ini. Hari ini saya ingin berkongsi satu testimoni yang telah lama saya perolehi, tetapi tiada kesempatan untuk kongsikan dengan anda.
Testimoni ini saya perolehi pada 25.11.2015. Pada tarikh itu, saya sendiri berjumpa dengan pengguna Kapsul Buah Kulim yang bernama En. Bahrom dari Teluk Intan, Perak.
Beliau merupakan seorang PESAKIT KENCING MANIS. Bacaan gula agak tinggi iaitu sekitar 16 mmol/L hingga 18 mmol/L.
Badan terasa seperti tidak bertenaga. Kerisauan sentiasa ada di dalam hati. Segala makan dan minum terpaksa berhati-hati agar bacaan gula tidak akan menjadi tinggi.
Pada suatu hari, dalam Bulan Mac 2015, beliau terpijak sisa tulang ayam yang telah pecah dan mengakibatkan kaki kiri beliau luka. Hari demi hari, luka itu bertambah besar. Beliau merawat luka tersebut di Hospital Daerah Teluk Intan, Perak.
Namun begitu, luka tersebut tidak mahu sembuh, malah ia semakin membesar. Rawatan yang diberikan oleh doktor yang terlibat hanyalah memcuci dan memotong kulit dan daging yang telah busuk di sekitar luka tersebut.
Setelah dipotong dan dibersihkan, luka tersebut dibalut semula sebaiknya. Seminggu selepas itu, luka semakin membesar dan beliau kembali ke hospital untuk melakukan perkara yang sama. Hasilnya, luka semakin membesar dan tiada harapan untuk sembuh.
En. Bahrom mengambil langkah bijak. Ia mencuba Kapsul Buah Kulim. Walaupun ia hanya petua lama, baginya tiada halangan untuk mencuba.
Pada Bulan Julai 2015, beliau membeli 2 botol Kapsul Buah Kulim ini. Urusan jualbeli ini mudah kerana saya juga berasal dari Teluk Intan, Perak. Iaitu satu daerah dengan En. Bahrom ini.
Beliau bercerita tentang perubahan luka dan bacaan gula dalam darah dari masa ke semasa sejak beliau mengambil Kapsul Buah Kulim ini.
Hanya selepas seminggu sahaja dari tarikh beliau mula menggunakan kapsul ini, beliau dapati bacaan gula mula menurun ke sekitar 10 mmol/L. Perubahan ini menjadikan beliau semakin bersemangat dan yakin dengan petua lama ini. Pada ketika itu, luka pada kaki belum menunjukkan ada sebarang perubahan ketara.
Hanya selepas 2 minggu penggunaan, luka dirasakan seperti mengering dengan sendiri. Apabila balutan dibuka, nanah seperti mula berkurangan dan kesan membusuk seperti terhenti.
Menurut beliau, dalam tempoh sebulan sahaja, luka mulai mengecut dan tiada lagi nanah dan berair seperti sebelumnya. Beliau terus yakin dengan perubahan itu, suatu hari nanti, luka beliau itu akan sembuh sepenuhnya.
Syukur Alhamdulillah, setelah dua bulan, luka tersebut mula baik dan sembuh. Tiada lagi kesan pembusukan baru yang berlaku. Ia kering dan hanya menunggu masa untuk kulit baru tumbuh.
Kini, pada 25.11.2015, beliau menunjukkan kesan kaki yang terpijak tulang ayam dan mengizinkan saya untuk ambil foto dan kongsikan dengan pembaca blog yang mungkin mengalami situasi yang sama dengan beliau.
|
Kini kaki yang luka akibat terpijak tulang ayam telah sembuh sepenuhnya. |
Menurut beliau, walaupun kaki telah sembuh sepenuhnya, beliau masih lagi mengamalkan Kapsul Buah Kulim ini sebagai SUPPLEMENT tambahan untuk badan beliau. Kini, bacaan gula dalam darah sekitar 6 mmol/L. Badan dirasakan amat cergas dan sihat. Syukur Alhamdulillah.
Nota: Bagi pihak Blogger (KAPSUL BUAH KULIM), kami ingin memberitahu tuan/puan bahawa Kapsul Buah Kulim ini bukan sahaja digunakan untuk merawat Kencing Manis, Darah Tinggi, Buah Pinggang, Resdong, Gout, Asma, Kebas Badan, Cramp dan lain lain penyakit yang berkaitan dengan DARAH, ia juga dimakan sebagai SUPPLEMENT untuk badan.
Anda yang sihat juga boleh mengamalkan kapsul ini. Ia sangat bagus untuk mengaktifkan badan, badan akan terasa seperti bertenaga. Ia juga dipercayai mampu membuang kolesterol yang berlebihan dalam badan,
|
En. Bahrom, Teluk Intan, Perak. |
"Saya menyarankan agar tuan/puan yang mempunyai masalah yang sama dengan saya agar mencuba kapsul buah kulim ini. Walaupun ia hanya petua lama, mungkin ia dapat membantu anda. Harganya amat berpatutan, hanya RM40 sebotol yang mempunyai 90 kapsul. Amalkanlah untuk kesihatan badan yang baik, insyaAllah" - En. Bahrom, Teluk Intan, Perak.
Untuk mendapatkan Produk Kapsul Buah Kulim ini, sila WhatsApp/Msg : 'NAK BK' ke 013-6290666 (Nasir Yusof) atau sila hubungi Agen Jualan yang terdekat dengan tempat anda tinggal.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Tulisan Nasir Yusof, Shah Alam, Selangor.
Jam 8.50 am, 25.1.2016 (Isnin)
HP: 013-6290666
Testimoni #8
Berita Baik Buat Pesakit Kencing Manis Yang Mempunyai Luka
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Alhamdulillah, hari ni saya agak ada kelapangan masa sedikit dan dapatlah saya tulis sesuatu untuk kita kongsikan bersama.
Lihat pada tajuk posting ini, "Berita Baik Buat Pesakit Kencing Manis Yang Mempunyai Luka".
Ya, sering kita dengar tentang pesakit kencing manis yang mempunyai luka. Tidak kira dibahagian mana. Pastinya luka tersebut akan lambat baiknya, itu pun jika bernasib baik. Kebanyakannya pasti akan bertambah buruk. Luka akan semakin membesar dan akhirnya bahagian anggota badan yang mendapat luka itu akhirnya terpaksa di potong. Ia agak mengerikan untuk kita dengar. Tetapi, itulah hakikat yang terpaksa di tempuh oleh pesakit kencing manis yang mempunyai luka.
Saya ingin kongsikan satu tentimoni tentang pengguna Kapsul Buah Kulim yang mempunyai kencing manis dan luka dibahagian kaki. Agak mengerikan juga apabila melihat keadaan luka yang agak besar.
Dengan IzinNya, luka tersebut semakin baik setelah menggunakan kapsul buah kulim ini.
Makcik Midah (bukan nama sebenar) yang berada di Felda Lepar Hilir, Pahang telah mengidap sakit kencing manis sekian lama. Paras gula di dalam badan amat tinggi.
Beliau mempunyai luka dibahagian kaki, yang semakin hari semakin membesar dan seakan tidak mahu sembuh. Pelbagai ubat dicuba dan ia tidak berhasil untuk menyembuhkan kaki beliau. Bukan kerana ubat yang digunakan tidak bagus. Mungkin kerana ia kurang keserasian dengan Makcik Midah.
Sehinggalah beliau mencuba Kapsul Buah Kulim ini. Setelah diamalkan hampir SATU BULAN, beliau mendapati paras gula menurun dan luka dibahagian kaki agak mengering.
|
Keadaan kaki Makcik Midah di awal penggunaan Kapsul Buah Kulim |
|
Luka yang semakin baik.. kaki akan dibersihkan sebelum luka tersebut ditampal dengan serbuk buah kulim. |
|
Luka yang telah dibersihkan akan ditampal dengan serbuk buah kulim. |
|
Beliau menggunakan Kapsul Buah Kulim untuk merawat luka akibat kencing manis yang beliau hadapi. |
|
Kapsul Buah Kulim |
Setelah dua bulan mengamalkan memakan Kapsul Buah Kulim ini ( 2 biji pagi dan 2 biji malam), dan di samping itu, serbuk buah kulim itu di taburkan dibahagian luka, Alhamdulillah, luka semakin baik dan paras gula dalam badan sudah kembali normal.
Sehingga kini, beliau terus mengamalkan memakan kapsul buah kulim ini dan kesihatan beliau semakin hari semakin baik. Syukur Alhamdulillah.
Bagi anda yang berada di Daerah Felda Lepar Hilir dan persekitarannya, anda boleh mendapatkan produk ini melalui En. Halim (019-764 7549)
Nukilan:
Nasir Yusof, Shah Alam (013-6290666)
Shah Alam, Selangor.
Jam 11.41 am (23.2.2016)
Terima Kasih.
Testimoni #9
Kaki Luka Nampak Tulang Akibat Kencing Manis Kini Beransur Baik.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Jam menunjukkan jam 8.56 pagi, hari Rabu, 24.2.2016.
Saya ingin kongsikan cerita ini sudah lama. Bahan cerita ini pun sudah lama saya simpan. Kesibukan kerja seharian membuatkan saya tertangguh untuk kongsikan. Syukur alhamdulillah, pagi ni kurang sibuk dan saya sempatkan juga menulis di blog ini.
Cerita ini saya perolehi pada 25 Dec 2015 lagi. Ia berkenaan seorang Pesakit Kencing Manis yang luka di kaki sampai nampak tulang. Sekian lama menanggung derita itu dan luka semakin hari semakin teruk. Tiada perubahan malah bertambah teruk.
En. Azman (Felda Lepar Hilir, Pahang), seorang pengidap kencing manis dan membuat kerja-kerja kampung. Suatu hari beliau terpijak ranting kayu dan mengakibatkan luka dibahagian kaki. Luka tersebut semakin hari semakin membesar. Ia seperti tidak akan sembuh. Pelbagai cara dilakukan untuk mengubati luka tersebut, namun gagal.
|
Luka akibat terpijak ranting kayu, semakin hari semakin membesar. |
Pada bulan 10, tahun 2015, beliau mencuba Kapsul Buah Kulim ini. Paras gula setinggi 22, dapat diturunkan sedikit demi sedikit. Badan menjadi segar dan bertenaga.
Bulan pertama, luka yang berair dirasakan seperti mengering. Rasa gatal pada sesetengah bahagian badan mula mengurang. Ini membuatkan beliau terus berusaha dengan menggunakan Kapsul Buah Kulim ini.
Syukur Alhamdulillah, dengan izin Nya, setelah 2 bulan beliau mengamalkan kapsul ini, luka beliau mula menunjukkan tanda-tanda pemulihan.
|
SEBELUM GUNA KAPSUL BUAH KULIM : Luka agak teruk hingga menampakkan tulang kaki. |
|
SELEPAS GUNA KAPSUL BUAH KULIM : Daging mulai tumbuh dan menutupi tulang yang kelihatan sebelumnya. |
Kini, syukur alhamdulillah, luka pada kaki En. Azman terus bertambah baik dan paras gula juga boleh dikatakan stabil iaitu antara 6 hingga 7 sahaja.
Bagi anda yang sedang tercari-cari ubat untuk mengubati luka akibat kencing manis, saya syorkan Kapsul Buah Kulim ini kerana mungkin ia dapat membantu anda seperti En. Azman.
Tulisan:
Nasir Yusof, Shah Alam, Selangor.
013-6290666
Terima Kasih.
Testimoni #10
"Kencing Manis Stabil, Gout Kurang Bengkak, Badan Rasa Cergas" - Pn. Aslina, Singapura.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Hari ini Ahad, 20 Mac 2016 adalah hari terakhir cuti sekolah. Saya mengambil kesempatan ini untuk berkongsi satu lagi testimoni tentang penggunaan kapsul buah kulim ini.
Kali ini datangnya dari jauh. Terima kasih Pn. Aslina dari Singapura kerana telah menggunakan kapsul ini sebagai makanan tambahan untuk keluarga beliau dan sudi berkongsi testimoni dengan saya.
Buat pertama kali nya beliau menggunakan produk keluaran saya ini pada 31.10.2015. Beliau membeli 10 botol pada ketika itu.
4 bulan selepas itu, pada 29.2.2016 beliau inginkan 10 botol lagi. Saya menyarankan agar beliau mengambil pakej bisnes terus kerana ia lebih murah. Beliau bersetuju untuk membeli 15 botol kapsul buah kulim dengan harga RM420.00 sahaja.
Selama 4 bulan beliau menggunakan kapsul buah kulim ini, saya kongsikan apa yang membuatkan Pn. Aslina memesan lagi untuk keluarga beliau. Saya kongsikan whatsapp beliau.
Setakat ni bagaimana puan? Kapsul kulim tu ada kesan baik pada puan?
"Saya makan tak selalu, buat supplement. Tapi, mak dan ayah saya makan setiap hari.
Mak saya kencing manis stabil antara 6 -7.
Ayah saya gout ada kurang bengkaknya.
Abang saya baru juga makan dalam sebulan, katanya gout kurang dan badan rasa segar.
Kawan saya kata badan rasa cergas." - Pn. Aslina.
"Ayah saya dah lama makan kapsul kulim ni, cuma pembekal lama dah tak buat sebab sakit. Tu saya cari pengedar/pembekal baru. Sebelum ini ada satu lagi pembekal, tapi kata kawan saya, ubatnya macam lain" - Pn. Aslina.
Terima kasih kepada Pn. Aslina dari Singapura yang sudi berkongsi testimoni kapsul buah kulim ini. Ini akan membuka jalan kepada para pembaca yang ingin mencuba petua lama untuk mengubati sakit yang dihidapi sekarang.
Satu botol hanya RM40.00 (90 kapsul) dan ia boleh digunakan antara 1 hingga 1 bulan setengah. Anda boleh menghubungi saya melalui talian 013-6290666 (Nasir Yusof) untuk mendapat bekalan kapsul buah kulim ini.
Sekian, terima kasih.
DENGAN TERSIARNYA TESTIMONI RINGKAS INI, BAGI ANDA YANG SEDANG TERCARI-CARI RAWATAN ALTERNATIVE UNTUK MENGUBATI PENYAKIT KENCING MANIS, ANDA BOLEH MENCUBA KAPSUL BUAH KULIM INI. IA HANYA PETUA LAMA. NAMUN, KEBERKESANANNYA TELAH BERJAYA MENGURANGKAN PENDERITAAN RAMAI ORANG. IA SANGAT BAGUS KERANA DIPERBUAT DARI 100% BUAH KULIM. TIADA SEBARANG CAMPURAN KIMIA. BUATAN BUMIPUTERA.
NASIR YUSOF, SHAH ALAM, SELANGOR.
(O13-6290666)
SEKIAN, TERIMA KASIH.