Tuesday, December 16, 2014

Kak Long: Resdung OK, Semput Mak Pun OK, Luka Pesakit Kencing Manis Elok Kering.

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Rasanya, dah lama saya tidak menulis di dalam blog ini. Kesibukan yang teramat sangat membuatkan saya hampir tiada masa. Masuk hutan keluar hutan untuk mencari bahan mentah untuk produk ini membuatkan saya agak terbatas untuk update blog.

Hari ini saya ingin berkongsi tentang satu testimoni pengguna kapsul buah kulim.

Sebelum ini memang ada pesakit resdung yang baik setelah mengamalkan memakan kapsul buah kulim ini. Tetapi saya tidak dapat berkongsi dengan anda kerana mereka hanya menyatakan melalui lisan sahaja. Kali ini, barulah saya mendapat testimoni secara bertulis dari pengguna terbabit.

Nur Ain adalah kenalan saya yang pernah membeli 4 botol kapsul tersebut untuk kegunaan ibunya yang mengidap kencing manis. Juga untuk kawannya yang berpenyakit darah tinggi.

Beliau juga telah memberikan kepada sahabatnya yang dikenali sebagai Kak Long.

Screenshot dari handphone Nur Ain ini adalah perbualan antara Nur Ain dan Kak Long. Nur Ain telah send picture kepada saya dan saya kongsikan dengan anda.

Saya paparkan screenshot tersebut:

Kak Long : "Semput (asma) ibu Kak Long bertambah baik setelah memakan kapsul buah kulim"

Kak Long : "Ibu makan sekali terus ok"
Kak Long : "Resdung Kak Long OK setelah makan separuh botol"
Nur Ain : "Luka mak boleh kering"

Semoga ibu Kak Long dan ibu Nur Ain bertambah baik.

Ini antara screenshot yang saya terima dari Nur Ain. Syukur Alhamdulillah.

Pelbagai feedback yang saya terima dari pengguna kapsul buah kulim ini. Lain orang lain feedbacknya. Keberkesanan kapsul buah kulim ini juga bergantung kepada keserasian penggunanya.

Namun, jika diamalkan secara teratur dan berterusan, saya percaya ia akan memberikan hasil yang baik. Ini adalah berdasarkan pengalaman saya bersama dengan pesakit yang telah menggunakan kapsul ini.

Sekian, terima kasih.

Nukilan NASIR YUSOF, SHAH ALAM, SELANGOR.
(013-6290666)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Assalamualikum..

Hari ini 4 February 2015 (Rabu, Jam 10.30 malam)

Suka saya ingin kongsikan satu testimoni terbaru berkenaan dengan RESDUNG.

Saya terima testimoni ini dari seorang pengguna yang saya kira baik hati kerana bukan senang untuk mereka dengan rela hati berkongsi testimoni dengan saya kerana dikhuatiri masalah kesihatan mereka akan diketahui ramai. Bagi saya, berkongsi testimoni adalah satu perkara yang baik kerana secara tidak langsung, perbuatan mereka itu adalah juga sebagai satu jalan dan cara dimana masalah kesihatan yang sama dialami oleh mereka dapat diselesaikan.

Saya memilih untuk menyambung posting ini dengan mengutarakan testimoni ini disini kerana ia merupakan masalah kesihatan yang sama iaitu RESDUNG.

Tetsimoni ini datangnya dari Puan Su (Kuala Lumpur). Beliau membeli 3 botol pada 22 January 2015, walaupun ia hanya untuk percubaan sahaja. Pada 28 January 2015, beliau memesan lagi 6 botol dan saya mengirimkan pada beliau pada hari yang sama. Pada 29 January 2015 beliau menerima pesanan kali kedua itu. Terima kasih saya ucapkan.

Pada 3 February 2015, iaitu setelah 12 hari dari tarikh beliau membuat pesanan kali pertama, saya dihubungi oleh beliau melalui wassapp. Berikut adalah petikan ringkas perbualan saya dengan beliau melalui wasapp.


Screenshot wassapp antara saya dengan Puan Su.
Pada 3 February 2015, beliau memberitahu bahawa kapsul buah kulim itu telah berjaya membantu mengurangkan gejala resdung yang dialami oleh beliau. Syukur Alhamdulillah.

Ramai lagi pengguna kapsul buah kulim yang telah berjaya menangani masalah RESDUNG ini. Namun, atas kesibukan yang saya hadapi saban hari, ia membataskan saya untuk berkongsi dengan anda.

Bagi saya, untuk mengatasi masalah resdung ini, pelbagai jenis rawatan sememangnya telah ada di Malaysia ini. Anda boleh mencuba pelbagai jenis rawatan, ada yang mahal dan ada yang murah.

Bagi anda yang ingin mencuba kapsul buah kulim ini dalam merawat RESDUNG, anda boleh menghubungi saya melalui talian 013-6290666 (Nasir Yusof, Shah Alam, Selangor).

Sebelum saya mengakhiri coretan ini, terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada Puan Su dari Kuala Lumpur yang telah sudi berkongsi testimoni beliau setelah beliau mengambil kapsul buah kulim ini sebagai jalan alternative bagi mengatasi masalah RESDUNG yang beliau alami.

Saya doakan agar penyakit resdung Puan Su beransur baik. InsyaAllah.

10.49 pm, 4.2.2015.