Tuesday, December 16, 2014

Kak Long: Resdung OK, Semput Mak Pun OK, Luka Pesakit Kencing Manis Elok Kering.

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Rasanya, dah lama saya tidak menulis di dalam blog ini. Kesibukan yang teramat sangat membuatkan saya hampir tiada masa. Masuk hutan keluar hutan untuk mencari bahan mentah untuk produk ini membuatkan saya agak terbatas untuk update blog.

Hari ini saya ingin berkongsi tentang satu testimoni pengguna kapsul buah kulim.

Sebelum ini memang ada pesakit resdung yang baik setelah mengamalkan memakan kapsul buah kulim ini. Tetapi saya tidak dapat berkongsi dengan anda kerana mereka hanya menyatakan melalui lisan sahaja. Kali ini, barulah saya mendapat testimoni secara bertulis dari pengguna terbabit.

Nur Ain adalah kenalan saya yang pernah membeli 4 botol kapsul tersebut untuk kegunaan ibunya yang mengidap kencing manis. Juga untuk kawannya yang berpenyakit darah tinggi.

Beliau juga telah memberikan kepada sahabatnya yang dikenali sebagai Kak Long.

Screenshot dari handphone Nur Ain ini adalah perbualan antara Nur Ain dan Kak Long. Nur Ain telah send picture kepada saya dan saya kongsikan dengan anda.

Saya paparkan screenshot tersebut:

Kak Long : "Semput (asma) ibu Kak Long bertambah baik setelah memakan kapsul buah kulim"

Kak Long : "Ibu makan sekali terus ok"
Kak Long : "Resdung Kak Long OK setelah makan separuh botol"
Nur Ain : "Luka mak boleh kering"

Semoga ibu Kak Long dan ibu Nur Ain bertambah baik.

Ini antara screenshot yang saya terima dari Nur Ain. Syukur Alhamdulillah.

Pelbagai feedback yang saya terima dari pengguna kapsul buah kulim ini. Lain orang lain feedbacknya. Keberkesanan kapsul buah kulim ini juga bergantung kepada keserasian penggunanya.

Namun, jika diamalkan secara teratur dan berterusan, saya percaya ia akan memberikan hasil yang baik. Ini adalah berdasarkan pengalaman saya bersama dengan pesakit yang telah menggunakan kapsul ini.

Sekian, terima kasih.

Nukilan NASIR YUSOF, SHAH ALAM, SELANGOR.
(013-6290666)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Assalamualikum..

Hari ini 4 February 2015 (Rabu, Jam 10.30 malam)

Suka saya ingin kongsikan satu testimoni terbaru berkenaan dengan RESDUNG.

Saya terima testimoni ini dari seorang pengguna yang saya kira baik hati kerana bukan senang untuk mereka dengan rela hati berkongsi testimoni dengan saya kerana dikhuatiri masalah kesihatan mereka akan diketahui ramai. Bagi saya, berkongsi testimoni adalah satu perkara yang baik kerana secara tidak langsung, perbuatan mereka itu adalah juga sebagai satu jalan dan cara dimana masalah kesihatan yang sama dialami oleh mereka dapat diselesaikan.

Saya memilih untuk menyambung posting ini dengan mengutarakan testimoni ini disini kerana ia merupakan masalah kesihatan yang sama iaitu RESDUNG.

Tetsimoni ini datangnya dari Puan Su (Kuala Lumpur). Beliau membeli 3 botol pada 22 January 2015, walaupun ia hanya untuk percubaan sahaja. Pada 28 January 2015, beliau memesan lagi 6 botol dan saya mengirimkan pada beliau pada hari yang sama. Pada 29 January 2015 beliau menerima pesanan kali kedua itu. Terima kasih saya ucapkan.

Pada 3 February 2015, iaitu setelah 12 hari dari tarikh beliau membuat pesanan kali pertama, saya dihubungi oleh beliau melalui wassapp. Berikut adalah petikan ringkas perbualan saya dengan beliau melalui wasapp.


Screenshot wassapp antara saya dengan Puan Su.
Pada 3 February 2015, beliau memberitahu bahawa kapsul buah kulim itu telah berjaya membantu mengurangkan gejala resdung yang dialami oleh beliau. Syukur Alhamdulillah.

Ramai lagi pengguna kapsul buah kulim yang telah berjaya menangani masalah RESDUNG ini. Namun, atas kesibukan yang saya hadapi saban hari, ia membataskan saya untuk berkongsi dengan anda.

Bagi saya, untuk mengatasi masalah resdung ini, pelbagai jenis rawatan sememangnya telah ada di Malaysia ini. Anda boleh mencuba pelbagai jenis rawatan, ada yang mahal dan ada yang murah.

Bagi anda yang ingin mencuba kapsul buah kulim ini dalam merawat RESDUNG, anda boleh menghubungi saya melalui talian 013-6290666 (Nasir Yusof, Shah Alam, Selangor).

Sebelum saya mengakhiri coretan ini, terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada Puan Su dari Kuala Lumpur yang telah sudi berkongsi testimoni beliau setelah beliau mengambil kapsul buah kulim ini sebagai jalan alternative bagi mengatasi masalah RESDUNG yang beliau alami.

Saya doakan agar penyakit resdung Puan Su beransur baik. InsyaAllah.

10.49 pm, 4.2.2015.

Monday, October 13, 2014

Kapsul Buah Kulim kini berada di Setiawangsa, Kuala Lumpur.

14 Oktober 2014

BERITA BAIK !!!!

Bagi anda yang berada di Setiawangsa, Kuala Lumpur, kini anda boleh mendapatkan terus Kapsul Buah Kulim ini melalui Agen Jualan TERKINI iaitu En. Khairuddin melalui talian 019-2541962.


Agen Juala di Setiawangsa, Kuala Lumpur.
Buah kulim ini telah dimakan oleh orang terdahulu dan dipercayai mampu memberikan kelegaan kepada beberapa penyakit kronik seperti sakit buah pinggang dan implikasinya, kencing manis, darah tinggi dan pelbagai permasalahan kesihatan yang lain.

Jika kita tanya pada orang-orang tua, ada yang tahu tentang keistimewaan buah ini. Namun, kebanyakannya akan berkata "ia boleh cuci darah!". Ya, orang kampung hanya mampu berkata begitu kerana mereka tiada pengetahuan dan peralatan untuk mengkaji keistimewaan buah ini secara terperinci. Apa yang mereka rasakan, badan akan terasa sedap dan ringan selepas mengamalkan memakan buah ini.

Maka, setelah sekian lama berlalu, ia menjadi ikutan dan perkara baik ini diwarisi oleh orang sekarang dan dikenali sebagai PETUA ORANG TERDAHULU.

Kini, buah kulim telah diproses sebaiknya dan telah dikapsulkan untuk memudahkan pengguna memakannya tanpa rasa janggal. Ini berikutan buah kulim yang asli (sebelum diproses), baunya saja sudah cukup untuk membuatkan kita rasa tidak 'mampu' untuk memakan begitu saja.

Kini, kapsul buah kulim ini semakin diterima kerana keberkesanannya telah diketahui oleh orang ramai, Semoga kesihatan pengguna kapsul buah kulim ini semakin baik.

Coretan Admin, Nasir Yusof (013-6290666)



Saturday, October 11, 2014

Kapsul Buah Kulim di Jakarta, Indonesia.

Salam sejahtera semua..

Syukur Alhamdulillah.. kapsul buah kulim kini telah berada di Jakarta, Indonesia.

Ia bermula pada 9.5.2014, seorang anak Jakarta menghantar SMS bertanyakan bagaimana untuk mendapatkan kapsul ini di Indonesia. Seperti biasa saya menyarankan beliau mendapatkannya melalui 'on-line purchase' berikutan tiada agen jualan lagi di Indonesia pada ketika itu. Setelah SMS di balas, saya tidak menerima apa-apa 'reply' selanjutnya. Saya tidak mengendahkannya kerana sudah biasa dengan SMS seperti itu yang mungkin hanya ingin mengetahui bagaimana untuk menmbelinya.

Saya dikejutkan lagi dengan SMS dari nombor hp yang sama pada 13.8.2014. Beliau bertanyakan perkara yang sama. Namun kali ini beliau menyatakan ingin membeli 3 botol kapsul buah kulim itu secara 'on-line purchase'. Bayaran melalui Western Union Moner Transfer pada 19.8.2014 dan penghantaran barang pada hari yang sama melalui Poslaju Malaysia (POSLAJU NATIONAL COURIER).



Beliau hanya menerima barang yang dikirim pada 25.8.2014 iaitu 6 hari selepas hari pengeposan di buat. Syukur Alhamdulillah, barang selamat diterima dengan baik.

Pada 26.9.2014, iaitu SATU bulan selepas beliau menggunakan Kapsul Buah Kulim itu, saya menerima SMS lagi. Beliau menyatakan ingin ke Kuala Lumpur dan bertemu dengan saya pada 5.10.2014. Beliau ke Kuala Lumpur semata-mata ingin mendapatkan kapsul buah kulim. Terima kasih kepada anak muda yang bernama Andri ini.

Malang sekali, pada 5.10.2014 itu, saya tiada di Shah Alam. Saya pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya Aidiladha. Namun, beliau masih mahu meneruskan hajat ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan kapsul buah kulim itu. Lantas, saya meminta beliau agar menguhubungi rakan saya  di Shah Alam, yang juga merupakan seorang anak kelahiran Indonesia yang bekerja di salah sebuah restoran terkenal di Shah Alam. Pertemuan di atur dan pada 5.10.2014 beliau seperti yang dijanjikan telah datang sendiri ke Shah Alam untuk mengambil kapsul itu dari rakan saya.

Pada 6.10.2014, beliau pulang ke Jakarta dengan membawa stock Kapsul Buah Kulim untuk pasaran di sana. Anak muda yang saya maksudkan adalah Andri. Dengan teredarnya kapsul buah kulim ini di sana, saya berharap sedikit sebanyak ia dapat membantu saudara kita yang berada di sana dalam menangani masalah kesihatan melalui rawatan alternative secara menggunakan ilmu petua orang yang terdahulu. InsyaAllah, semoha Andri berjaya di sana.

Ini lah Andri, anak muda yang cekal dan berusaha untuk membantu
rakan-rakan di sana (Jakarta, Indonesia) dalam menangani beberapa
masalah kesihatan yang dirasakan sesuai dengan menggunakan
Kapsul Buah Kulim ini. Dengan usaha murni ini, saya doakan
agar Andri berjaya di sana. Aminn..

Kepada bapak-bapak, ibu-ibu dan kakek-kakek sekalian, kalian bisa menghubungi Andri di talian yang tertera di atas photo jika ingin mencuba keajaiban Kapsul Buah Kulim ini. Ia sangat baik untuk merawat beberapa penyakit, antaranya:

1. Darah Tinggi
2. Kencing Manis.
3. Jantung (Menurunkan Level Kolesterol)
4. Menghilangkan Bisa dan Bengkak badan akibat sakit buah pinggang.
5. Melawaskan kencing bagi pesakit buah pinggang.
5. Buah Pinggang (peringkat dialisis)
6. Resdong
7. Gout
8. Jerawat di muka
9. Angin Ahmar
10. Membuang toksin dalam badan.
11. Demam panas bagi kanak-kanak.
12. Buasir
13. Penglihatan yang kabur (diperolehi dari testimoni terbaru)

Amalan memakan Kapsul Buah Kulim ini pasti akan dapat mengobati penyakit anda. Ia telah banyak berlaku di Malaysia. Kita berikhtiar untuk mencoba sesuatu yang baru. InsyaAllah, jika diperkenankan oleh Nya, maka ia pasti berjaya mengobati penyakit anda.

"Yang baik sesuangguhnya datang dari Allah dan yang tidak baiknya adalah kerana kelemahan diri kita sendiri". Maka dengan ini, saya Nasir Yusof (admin) mengucapkan terima kasih kepada para pembaca yang sudi meluangkan masa untuk membaca coretan ini.


JUTAAN PENGHARGAAN KEPADA ANDRI, JAKARTA, INDONESIA.

SEMOGA MAJU JAYA, SEKIAN TERIMA KASIH.

Friday, September 26, 2014

Pengedar Kapsul Buah Kulim Jual 60 Botol Sebulan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sudah hampir 2 tahun saya menjual Kapsul Buah Kulim ini kepada sahabat handai, saudara mara dan pengguna yang tahu tentang khasiat yang tersembunyi disebalik buah kulim ini.

Ada antara pengguna yang dilihat sebagai 'serasi' dan ada juga yang tidak serasi. Kebanyakan pengguna yang mengatakan 'serasi' ini adalah pengguna yang benar-benar menggunakannya mengikut dos yang sesuai dan menggunakannya secara berjadual.

Ada yang memakannya ikut kehendak hati. Kadang-kadang makan dan kadang-kadang tidak, Hasilnya, mereka tidak dapat melihat keberkesanan kapsul buah kulim ini dengan baik.

Hari ini, saya ingin berkongsi dengan satu berita yang amat baik. Syabas diucapkan kepada Agen Jualan di Kuantan, iaitu En. Fazil yang telah berjaya menjual hampir 60 botol sebulan kapsul buah kulim ini.

Ini adalah hasil dari usaha beliau yang gigih untuk memperkenalkkan kapsul ini di kawasan kejiranan beliau. Beliau menjadi agen jualan setelah mendapati kapsul ini telah 'serasi' dengan ibu beliau yang menderita akibat sakit buah pinggang, kencing manis dan darah tinggi. Kini kesihatan ibu beliau bertambah baik. Syukur Alhamdulillah.

Ini adalah antara 'wassap' beliau kepada saya suatu ketika dulu.


Beliau menyatakan bahawa ibu beliau mengalami penyakit buah pinggang, kencing manis dan darah tinggi.

Setelah hampir 10 hari ibu beliau mengamalkan memakan kapsul buah kulim ini, kesihatan ibu beliau bertambah baik. Begini lah message yang saya terima dari beliau.




Feedback yang diterima dari pengguna amat meyakinkan kami lagi untuk terus mengedarkan kapsul buah kulim ini.



Screen Print dari Application WeChat En. Fazil

Saya percaya, dengan kerjasama pihak kami yang memuatnaik gambar-gambar PENGEDAR di kawasan masing-masing, ia akan dapat membantu pengedar dalam menjalankan perniagaan ini.

Disamping dapat membantu orang ramai dalam merawat (secara alternatif dan petua) sakit yang dihidapi, dapat juga kita menambah ekonomi dan kewangan semasa untuk keluarga.

Sekian, dari saya, Nasir Yusof (013-6290666)

Thursday, July 10, 2014

Darah Tinggi & Testimoni

DARAH TINGGI & TESTIMONI

Tekanan Darah Tinggi 

Setiap orang mempunyai tekanan darah. Apabila darah dipamkan melalui arteri, daya tenaga akan terhasil pada dinding dalam saluran darah. Jumlah darah yang dipam oleh jantung dan daya tahan yang diberikan oleh arteri akan menentukan tekanan darah kita.

Tekanan darah dicatatkan dalam 2 angka. Angka di atas (tekanan darah sistolik) mengukur tekanan apabila jantung mengepam darah keluar. Angka yang di bawah pula (tekanan darah diastolik) mengukur tekanan apabila jantung berehat. 

Tekanan darah berbeza-beza mengikut masa tertentu dalam sehari dan aktiviti yang kita lakukan. Ia perlu diperiksa beberapa kali untuk menentukan purata tekanan darah tinggi yang tepat. 

Apakah itu tekanan darah tinggi? 

Apabila anda dikatakan mendapat darah tinggi atau hipertensi, ia bermakna saluran darah anda menjadi sempit dan sesak menyebabkan jantung terpaksa mengepam lebih kuat untuk mengatasi kesempitan itu. Bila ini terjadi darah akan menekan lebih kuat ke dinding saluran darah untuk laluannya ke tisu badan. Lama-kelamaan, mendapan lemak akan tersangkut dan terkumpul pada dinding menyebabkan arteri menjadi keras. 

Proses ini dikenali sebagai aterosklerosis. Jantung sekarang terpaksa berkerja lebih kuat untuk menolak darah melalui arteri-arteri yang sempit dan keras ini. Oleh yang demikian, 
tekanan darah akan tercatat lebih tinggi atau bersamaan 140mm hg untuk tekanan sistolik dan lebih tinggi atau bersamaan 90mm Hg untuk tekanan diastolik, walaupun dalam masa rehat. Kadang-kala darah beku terjadi di celah-celah saluran arteri yang sempit ini menyebabkan berlakunya serangan jantung atau strok (angin ahmar). 

Tanda Dan Gejala

• Tekanan darah tinggi dikenali sebagi "pembunuh senyap" kerana ia tidak menunjukkan sebarang gejala. Ia boleh membawa kepada masalah yang lebih serius dan kadang-kala boleh mengancam nyawa seseorang itu jika tidak dirawat. Bagaimanapun ia sebenarnya boleh dikawal dan diuruskan dengan baik. 
• Jadi, bagaimana anda akan tahu yang anda menghidapi tekanan darah tinggi? Cara yang terbaik adalah melakukan pemeriksaan tekanan darah setiap tahun dengan kakitangan kesihatan bagi menentu dan mengesan lebih awal masalah ini. 

Kenapa kita perlu memahami tekanan darah tinggi? 

Kebanyakan orang yang menghidap tekanan darah tinggi tidak tahu menahu mengenainya. Anda tidak dapat merasainya dan kerana itulah ianya sangat merbahaya. 

Pesakit yang menghidap tekanan darah tinggi mempunyai risiko yang lebih besar untuk mendapat penyakit-penyakit kardiovaskular dan kerosakan beberapa jenis organ 
tertentu dalam badan. 

Didapati antara 20 hingga 50% dari kematian biasa adalah disebabkan oleh tekanan darah tinggi. Bahkan, 20% dari orang dewasa di seluruh dunia menghidapi masalah ini dan 5% dari kanak-kanak juga turut terlibat. Di Malaysia (mengikut Kajian Kesihatan dan Morbiditi 1996) prevalens tekanan darah tinggi adalah sebanyak 24%. 

Bagaimanakah tekanan darah diukur?
Doktor atau kakitangan kesihatan akan mengambil tekanan darah anda. Ukurannya perlu dibuat dengan betul sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Terdapat 3 peranti yang biasanya digunakan dan diterima pakai: 

• Alat sfigmomanometer, sama ada yang menggunakan lajur raksa atau aneroid. 
• Peranti elektronik yang disahkan. 
• Peranti tekanan darah ambulatori automatik 

Langkah-langkah lain yang perlu dipatuhi untuk mendapat ukuran yang betul ialah: 

• Berehat selama 5 minit dan duduk dengan selesa. Tangan hendaklah terdedah dan diampu pada meja atau permukaan yang rata pada paras jantung. 
• Jangan mengambil minuman yang mengandungi kafein atau merokok 30 minit sebelum prosedur ini. 
• Jangan melakukan aktiviti/kerja yang berat sebelum tekanan darah diambil. 

Tekanan darah tinggi tidak boleh didiagnoskan dengan hanya mengambil ukuran sekali sahaja. Ia perlu disahkan dalam masa sebulan. Walau bagaimanapun, jika tedapat 
faktor-faktor risiko yang lain seperti penyakit organ tertentu atau diabetes, rawatan hendaklah diberi tanpa berlengah-lengah.

Kenapa seseorang itu mendapat tekanan darah tinggi?
Anda boleh mendapat tekanan darah tinggi sekiranya anda merupakan seorang lelaki atau seseorang yang mempunyai latar belakang keluarga mengalami serangan jantung 
atau angin ahmar (strok) pada usia muda. Faktor lainnya mungkin disebabkan keturunan seperti kecenderungan menghidap darah tinggi atau kegemukan. 

Bagaimanapun sesetengah faktor risiko ini merupakan sesuatu yang anda sendiri lakukan (pilihan) seperti merokok, suka memakan makanan yang tinggi lemak atau berminyak dan tidak bersenam secukupnya. 

Terdapat beberapa faktor yang boleh dikawal dan ada juga faktor yang di luar kawalan anda. Perhatikan senarai yang tercatat di bawah ini dan lakukan sesuatu untuk 
menurunkan tekanan darah anda. 

Faktor Yang Anda Boleh Kawal 

  • Berhenti merokok- untuk mencegah penyempitan saluran darah anda. 
  • Senaman: boleh membantu menurunkan berat badan dan mengurangkan tekanan darah.
  • Memakan makanan rendah lemak dan seimbang - untuk mengawal berat badan.
  • Kurangkan pengambilan alkohol: Alkohol meningkatkan tekanan darah anda.
  • Kurangkan pengambilan garam: Natrium boleh meningkatkan tekanan darah.
  • Kurangkan stres: tekanan mental atau stres boleh meningkatkan tekanan darah.
  • Pil perancang keluarga (sering dikaitkan dengan tekanan darah tinggi)
  • Memakan makanan rendah lemak dan seimbang- untuk mengawal berat badan.
  • Kurangkan pengambilan alkohol- alkohol meningkatkan tekanan darah anda.
  • Kurangkan pengambilan garam- natrium boleh meningkatkan tekanan darah.
  • Kurangkan stres- tekanan mental atau stres boleh meningkatkan tekanan darah. 
  • Pil perancang keluarga- sering dikaitkan dengan tekanan darah tinggi. 

Faktor Di Luar Kawalan Anda.
• Jantina- kaum lelaki lebih mudah mendapat tekanan darah tinggi. 
• Umur- darah tinggi meningkat mengikut umur. 
• Bangsa- kajian telah menunjukkan sesetengah kaum/bangsa lebih mudah mendapat penyakit ini. 
• Keturunan- risiko mendapat tekanan darah tinggi adalah lebih tinggi.
• Diabetes- bagaimana diabetes membawa kepada sakit jantung masih belum jelas, tetapi kita tahu bahawa diabetes mencetuskan pembentukan aterosklerosis yang boleh meningkatkan risiko serangan jantung, angin ahmar dan 
mengurangkan peredaran darah ke bahagian kaki.


credit to:
http://jknselangor.moh.gov.my/documents/pdf/infopdf/infopdf/Tekanan_Darah_Tinggi.pdf

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Testimoni #1

En. Ah Chai Mengamalkan Kapsul Buah Kulim Untuk Mengawal Darah Tinggi
Text by Nasir Yusof, Shah Alam, Selangor 11/7/2014 (HP:013-6290666)


"Kepala selalu sakit-sakit, kini tidak lagi setelah
mengamalkan memakan kapsul buah kulim ini"

Berita baik untuk pesakit darah tinggi. 

Dua bulan berlalu, malam tadi baru dapat pujuk Ah Chai untuk diambil gambar. Kebanyakan orang tidak mahu ceritanya dikeluarkan di web, mungkin terasa malu. 

Ini adalah botol yang ketiga yang di ambil oleh Ah Chai. Mungkin dia rasa seronok dengan kesihatannya yang bertambah baik, lalu beliau mengizinkan saya untuk mengambil gambarnya.

Beliau bekerja sebagai tukang masak di salah satu restoran terkenal di Shah Alam. Kerja sebagai tukang masak ni memerlukan tenaga yang banyak. Maklumlah, pelanggang inginkan pesanan mereka dengan cepat. Pening kepala jangan ceritalah, dengan bunyi bising di dapur, dan longgokan order yang menunggu, pastinya kalau kita sendiri pun diletakkan di tempat tukang masak itu, kita sendiri mungkin terus berhenti kerja tak sampai sebulan.

Beliau adalah seorang pesakit darah tinggi. "Sakit kepala ini sudah lama. Badan terasa lemah-lemah. Apabila terasa 'tension' sikit, bahagian belakang kepala akan terasa sakit" luahan beliau kepada saya dua bulan yang lalu. Tambahan pula beliau bekerja sebagai tukang masak, selalu 'test' masakan yang dimakan tahap kemasinannya. Bila dah terlalu banyak rasa 'masin' masuk, kepala terasa stress dan sakit.

Sebelum ini beliau menggunakan produk lain, memang bagus juga katanya. Tapi harga agak mahal. Hampir RM300 digunakan setiap bulan untuk menanggung kos ubat bagi mengatasi masalah yang beliau hadapi.

Saya memperkenalkan kapsul buah kulim ini kepada beliau. Saya menyatakan bahawa ada seorang makcik yang mengalami masalah yang sama dengan beliau dan akhirnya kapsul ini serasi dengan badan makcik tu. Kini makcik tu dah hampir 6 bulan mengamalkan kapsul buah kulim ini dan sangat berpuashati dengan tahap kesihatannya sekarang.

Ah Chai mencuba kapsul ini dan dalam sebulan mengamalkannya, beliau dapati ia berfungsi dengan baik. Sakit kepada apabila stress atau tersalah makan sudah berkurangan. 

Beliau mengamalkan makan 1 bijik kapsul pada sebelah pagi dan 2 bijik kapsul pada sebelah malam. Dengan pengambilan 3 bijik pada satu hari, beliau memerlukan 1 botol sahaja pada satu bulan dengan kos RM39.90 sahaja. Air kencing mulai jernih. Badan terasa segar dan tidur dirasakan amat puas sekali.

Ini adalah botol ke-tiga dan untuk penggunaan bulan ke-tiga. Malam tadi dapat jumpa beliau untuk memberikan ubat yang dipesan. Beliau gembira tetapi muka nampak keletihan kerana pelanggan tak henti-tenti mengunjungi premis di tempat beliau bekerja.

Diharapkan agar sakit beliau beransur baik.

Kini, bagi pesakit darah tinggi, anda juga boleh mencuba produk ini. Dan diharapkan ia serasi dengan anda. Ubat ini adalah petua turun temurun, 100% pure buah kulim. 



Testimoni #2

Tiada Rasa Pening Dan Sakit Kepala Akibat Darah Tinggi
"Syukur Alhamdulillah.. keajaiban berlaku lagi.. dengan izin Nya."

Text by Nasir Yusof, Shah Alam, Selangor 24/8/2014 (HP:013-6290666)

Pada jam 8.10pm (13.8.2014) saya telah dihubungi oleh En. Fazil dari Kuantan dan bertanyakan dimana beliau boleh mendapatkan kapsul buah kulim ini.


Menjumpai penawar yang sesuai dengan ibu beliau.

Saya meminta agar beliau menghubungi En. Anuar, Agen Jualan yang berada di Bukit Goh, Kuantan.

14.8.2014 (jam 7.35 pm) beliau beritahu saya bahawa beliau telah membeli 2 botol kapsul buah kulim dari En. Anuar (Agen Jualan). Beliau menyatakan juga bahawa ibu beliau ada mengidap sakit buah pinggang, kencing manis dan darah tinggi. (Barulahsaya tahu yang kaspul ini adalah untuk ibu beliau).

21.8.2014 (Jam 9.39 pm) (7 hari pengambilan kapsul buah kulim):
Beliau memberitahu saya bahawa kesihatan ibu beliau bertambah baik. Kaki yang bengkak akibat sakit buah pinggang sudah pun surut. Beliau juga menyatakan bahawa pening dan sakit kepala ibu beliau akibat darah tinggi telah tiada.

Ini antara message (Wassapp) yang saya terima dari En. Fazil.













"Dah tak rasa pening dan sakit kepala akibat darah tinggi"

BAGI SAYA (ADMIN PAGE INI), SEMUA YANG BAIK INI DATANGNYA DARI ALLAH, KITA HANYA CUBA BERIKHTIAR. SYUKUR ALHAMDULILLAH KESIHATAN IBU BELIAU KINI BERTAMBAH BAIK.

ADMIN TERFIKIR, KADANG-KADANG UBAT YANG BERHARGA RATUSAN RINGGIT JUGA KADANG-KADANG TIDAK MENDATANGKAN KESAN POSITIF PADA PENGGUNA. DALAM HAL INI, BUKANLAH UBAT ITU TIDAK BAGUS, MUNGKIN IA TIADA KESERASIAN UNTUK TUBUH KITA.

KITA HARUS TERUS BERUSAHA MENCUBA DAN MENCUBA SEGALA PETUA ORANG LAMA. KADANG-KADANG HASILNYA POSITIF DAN MUNGKIN PETUA INI SERASI DENGAN BADAN PENGGUNA.

TERIMA KASIH KEPADA EN. FAZIL YANG TELAH MEMBELI 2 BOTOL KAPSUL BUAH KULIM INI.

SALAM DARI ADMIN,
NASIR YUSOF, SHAH ALAM, SELANGOR (013-6290666)



Testimoni #3

Pakcik Arshad Temui Penawar Yang Serasi.
Text by Nasir Yusof, Shah Alam, Selangor 25/10/2014 (HP:013-6290666)

Assalamualaikum..

Terima kasih kepada pembaca yang setia mengikuti blog ini dari awal lagi hingga kini.

Testimoni terkini saya adalah berkenaan dengan seorang PESAKIT DARAH TINGGI dan juga seorang PESAKIT BUAH PINGGANG (Peringkat 3).

Orang yang dimaksudkan ialah Pakcik Arshad, 58 tahun dan berasal dari Bagan Datoh, Perak. Beliau membesar di Sungai Besar, Selangor.

Dikhabarkan, sudah 5 tahun beliau menderita akibat sakit darah tinggi ini. Beliau pernah hampir pitam akibat gara-gara tekanan di tempat kerja. Tiga tahun lepas, berita buruk menjelma lagi apabila beliau disahkan oleh doktor bahawa beliau telah mendapat sakit buah pinggang.

Sejak itu, beliau mengamalkan ubat yang diberikan oleh doktor. Kesannya adalah positif dan beliau berpuashati dengan ubat doktor. Tetapi, dalam lubuk hati, terdetik juga ingin mencuba herba-herba tradisional atas nasihat dari kawan-kawan yang mengalami nasib yang sama. Manakan tidak, ada sesetengah kawan beliau yang telah pulih dari sakit yang ditanggung hanya dengan melalui rawatan tradisional dan ubat-ubatan tradisional berbentuk herba.

Mulai saat itu, beliau ada mencuba herba-herba yang disyorkan oleh kawan-kawan. Sehingga kini masih mencari jika ada yang lebih baik. Namun, ubat doktor masih diteruskan.

Semasa saya berjumpa beliau (24.10.2014), sakit buah pinggang beliau sudah berada di peringkat 3.



Pakcik Arshad, 58 tahun, dari Puchong Perdana, Selangor.
Seorang Pesakit Darah Tinggi dan Pengidap Sakit Buah Pinggang (Peringkat 3)

Ini adalah pertemuan pertama saya dengan Pakcik Arshad. Orangnya agak peramah. Soalan pertama yang saya tanya adalah "Dimana Pakcik tahun tentang Kapsul Buah Kulim ini"?

Beliau bercerita, "Tiga minggu yang lepas, saya diberikan sedikit, dalam 20 biji kapsul oleh kawan saya yang juga berada di Puchong Perdana. Dia juga pesakit buah pinggang seperti saya."

Hmm.. saya tidak pasti beliau diberikan oleh siapa, kerana ramai pembeli yang datang dari Puchong Perdana itu. Bagi saya itu tidak penting sangat. Yang penting, apakah kesan kapsul buah kulim itu terhadap Pakcik Arshad yang telah membawa beliau berjumpa saya untuk membeli lagi kapsul ini.

"Saya hanya makan 1 biji kapsul pada sebelah pagi, dan 1 biji kapsul lagi pada sebelah malam. Perubahan ketara yang berlaku pada diri saya adalah kini saya dapat kencing dengan lawas dan banyak. Bisa-bisa badan dan sakit sendi yang saya alami kini mula berkurangan. Bengkak-bengkak pada bahagian tangan dan kaki juga seakan-akan telah tiada".

"Sakit kepala akibat sakit darah tinggi yang saya alami juga kini mula berkurangan" tambahnya lagi.


Ya, syukur Alhamdulillah. Saya rasa, ia telah serasi dengan badan Pakcik Arshad. Beliau juga rasa selesa dengan amalan memakan kapsul buah kulim ini. Maka, dengan itu, beliau berusaha menemui kawan beliau yang memberikan 20 biji kapsul untuk dicuba, dan meminta untuk ditemukan dengan saya.



Saya, Nasir Yusof (Shah Alam) bersama dengan Pakcik Arshad.

Tepat jam 10 malam, seperti yang dijanjikan, Pakcik Arshad datang bersama dengan kawan beliau yang juga telah mengamalkan kapsul buah kulim ini.

Pakcik Arshad telah membeli 2 botol kapsul tersebut dengan harga RM39.90 sebotol (90 kapsul). Terima kasih saya ucapkan kepada Pakcik Arshad.

Saya juga mendoakan agar kapsul ini serasi dengan beliau dan dapat membantu meningkatkan kesihatan beliau.

Saya akhiri nukilan ini... dan saya akan sambung pada masa akan datang cerita ini.

Kita akan lihat bagaiman kapsul ini mampu membantu Pakcik Arshad.

Sekian, terima kasih.


Nasir Yusof, Shah Alam, Selangor.
(013-6290666)


"PETUA LAMA ORANG KAMPUNG"

Tuesday, February 25, 2014

Pn. Shima akhirnya lega!!!

Salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya. Hari ini saya ingin berkongsi satu cerita tentang seorang pengguna Kapsul Buah Kulim yang telah menggunakan produk ini hampir 2 bulan.

Dua bulan lepas, saya dihubungi oleh seorang wanita yang bertanyakan tentang produk ini. Soalan pertama yang saya terima adalah 'apa itu buah kulim?'. Ya, saya pasti tidak semua orang tahu apa sebenarnya buah kulim ini kerana buah ini tidak pernah disebut-sebut sebelum ini. Buah ini tidak sepopular buah delima atau tongkat ali. Saya hanya mampu menerangkan serba sedikit sahaja kerana masa tidak banyak untuk saya bercerita lebih. Selanjutnya, saya hanya meminta beliau membaca blog yang saya tulis dan meminta beliau mencari di dalam google.

Saya cuma menegaskan kepada beliau bahawa kapsul buah kulim ini BUKAN UBAT yang mampu merawat penyakit yang dihidapi. Contohnya, jika buah pinggang sudah rosak atau mengecut, tidak mungkin buah kulim ini mampu mengembalikan 100%  buah pinggang ini kepada asal. Lantas, apa yang buah kulim ini mampu lakukan?

Baiklah, kita lihat apa fungsi buah pinggang. Secara umumnya, buah pinggang bekerja sebagai penapis dan pengasing antara darah dan bahan kumuhan (toksin) yang terdapat di dalam saluran darah. Buah pinggang akan memastikan darah yang mengalir di dalam saluran darah badan kita adalah darah yang bebas dari sebarang toksin untuk memastikan seluruh urat saraf dan organ dalaman dapat menerima bekalan oksigen dan bekalan lain yang berkualiti yang diperlukan oleh badan.

Jika buah pinggang yang sudak tidak efektif, maka darah yang mengalir di dalam sistem badan adalah darah yang kurang berkualiti kerana masih terdapat toksin yang terlepas dari tapisan buah pinggang. Ini sering berlaku kepada kita yang semakin berusia dimana buah pinggang juga semakin tua. Toksin di dalam darah itulah yang menjadi punca pelbagai penyakit. Contohnya: resdong, jerawat batu, bengkak kaki, kelesuan badan dan pelbagai penyakit lagi yang berpunca dari DARAH KOTOR.

Disinilah buah kulim dapat membantu kita. Bagaimana? Setiap tumbuhan mempunyai keisitmewaan tersendiri. Pegaga, pucuk betik, kayu pahit, buah tunjuk langit dan yang paling popular adalah tongkat ali adalah sebahagian dari HERBA DARI MALAYSIA yang diamalkan dan dipercayai mengandungi khasiat tersendiri. Ia diamalkan sejak dari dahulu lagi dan hingga sekarang masih diamalkan. Kerana apa ramai yang mengamalkannya? Kerana ia telah memberi kesan positif kepada pengamalnya.

Tahukah anda orang dahulu juga telah mengamalkan memakan BUAH KULIM ini untuk kesihatan? Ramai yang tidak tahu kerana buah ini amat sukar untuk ditemui. Pokoknya tumbuh meliar di dalam hutan belantara sehingga amat susah untuk mendapatkannya. Oleh kerana itu ia tidak berapa popular namun khasiatnya setanding dengan lain-lain herba yang berada di pasaran.

Berbalik kepada bagaimana buah kulim dapat membantu buah pinggang mencuci darah? Sejak turun temurun buah kulim ini dipercayai dapat MENEUTRALKAN TOKSIN yang terlepas dari tapisan buah pinggang. Tidak hairanlah kalau kita tanya pada orang tua dulu-dulu apa faedahnya memakan buah kulim ini. Pasti mereka akan berkata, "ni untuk cuci darah, baik untuk kesihatan, badan rasa sedap dan ringan."

Persoalan bagaimana kapsul buah kulim ini dapat membantu sistem badan sedikit sebanyak telah terjawab. Ya, ia akan meneutralkan toksin di dalam darah. Secara tak langsung, ia juga mempunyai tugas yang hampir sama dengan buah pinggang iaitu membersihkan darah untuk kegunaan sistem badan. 


Petua memakan buah kulim ini yang diperturunkan dari generasi ke genarasi ini bukan sahaja mampu mencuci darah. Ia juga dipercayai menjadi penyumbang dalam membendung beberapa jenis penyakit yang melibatkan darah. Antara khasiat lainnya, ia mampu untuk menurunkan dan menstabilkan darah tinggi, kencing manis, resdong, buasir, kelesuan, bisa dan sengal sengal badan.

AWASSS!!! ia bukan ubat. IA HANYALAH MAKANAN TAMBAHAN (SUPPLEMENT) yang diamalkan oleh orang dahulu dan dipercayai dapat meningkatkan kualiti kesihatan pengamalnya. Ia sama saja dengan amalan memakan herba lain untuk tujuan sesuatu. Contohnya, amalan memakan buah tomato untuk mendapatkan kulit yang cantik, amalan meminum air rebusan kayu pahit untuk menstabilkan darah tinggi, amalan memakan pegaga, buah tunjuk langit, manjakani, tongkat ali dan lain-lain tumbuhan hutan untuk tujuan kesihatan yang baik. Ini semua adalah petua orang lama-lama dan sesetengahnya telah dibuktikan dengan kajian saintifik.


PN. SHIMA MENCUBA DAN AKHIRNYA LEGA

Pn. Shima tidak mempunyai apa-apa penyakit, tetapi atas tekanan kerja dan kerjarumah yang agak banyak, beliau merasakan badan selalu lenguh-lenguh kepenatan dan kadang-kadang terasa seperti tidak bertenaga. Beliau juga merasakan ada saja yang tidak kena berlaku pada badan. Seolah-olah terasa tidak selesa.

Sebelum mengambil kapsul buah kulim ini, beliau sememangnya ada mengambil pelbagai jenis supplement yang dirasakan dapat mengatasi masalah ini tetapi seolah-olah tidak memberi kesan apa-apa. Pendapat saya, supplement yang diambilnya tu agak bagus, tetapi mungkin ia TIDAK SERASI dengan badan pemakannya.

Mungkin rezeki saya sudah tiba, Pn. Shima ingin membeli dan mencuba 1 botol buah kulim yang mengandungi 90 kapsul. Saya meminta agar beliau menghubungi Pn. Hanim di Merlimau, Melaka melalui talian 012-5933109 untuk mendapatkan kapsul buah kulim ini. Secara kebetulan, Pn. Shima ini juga tinggal di daerah yang berdekatan dengan Merlimau.

Beliau cuma memakan 1 kapsul pada sebelah pagi dan 1 kapsul lagi pada sebelah malam sebelum tidur setiap hari pada 2 minggu yang pertama. Beliau mendapati perubahan kesegaran pada tubuh mula berlaku, umpamanya apabila bangun pagi, beliau dapat rasakan seolah-olah mendapat tidur yang cukup dan lena sedangkan beliau sebenarnya tidur hanya beberapa jam sahaja. Teruja dengan perubahan itu, beliau menambahkan dos kapsul dari 1 kapsul kepada 2 kapsul pada sebelah malam. Beliau sebenarnya cuba untuk menghabiskan 1 botol kapsul (90 kapsul) itu dalam masa sebulan. Jadi, mengikut pengiraan beliau senang untuk budget. Sebotol sebulan..

Apa yang berlaku setelah habis 1 botol itu (selama sebulan mengikut penggunaan beliau sendiri) beliau rasa seperti SERASI dengan supplement yang dikeluarkan dari BUMI MALAYSIA ini. Kini beliau meneruskan dengan botol ke dua.

Pn. Shima amat berpuashati dengan khasiat kapsul buah kulim
ini dan menganggap ia serasi dengan dirinya. 
Beliau juga mendapati tahap pening kepala mula berkurangan bila beliau dibebankan dengan kerja yang banyak. Ini mungkin disebabkan beliau mendapat bekalan darah yang agak baik dan berkualiti dari sebelumnya. Beliau mampu menjalankan tugas dengan baik jika dibandingkan dengan dulu, sering mengeluh.

Khasiat buah kulim ini juga membantu beliau mengurangkan rasa gatal-gatal pada hidung dan wajah apabila tersalah makan, terutama jika termakan sotong dan udang. Ini amat menggembirakan beliau.

Jerawat kecil yang kadang-kadang ada tumbuh sebijik dua kini seolah oleh sudah tidak mahu tumbuh. Setakat ini cuma ini saja perubahan yang beliau alami. Tapi, ternyata beliau amat gembira dengan perubahan yang berlaku dan menganggap kapsul buah kulim ini sangat serasi dengannya. Beliau pasti akan meneruskan memakan kapsul buah kulim ini dan akan berkongsi tentang khasiatnya.

Terima kasih juga kepada Pn. Hanim dari Merlimau yang telah menemui Pn. Shima untuk membekalkan kapsul buah kulim ini.

(26.2.2014)