BUAH PINGGANG & TESTIMONI
Tahukah Anda???
Testimoni #1
"Tidak lagi merasa kebas-kebas badan, badan menjadi amat ringan dan selesa"
Text by Nasir Yusof, Shah Alam, Selangor 15/12/2013 (HP:013-6290666)
Harapan Baru Untuk Pesakit Buah Pinggang
Kak Liza kini selesa dengan mengamalkan Kapsul Buah Kulim |
Saya ingin berkongsi satu cerita kisah benar yang saya alami sejak menjual kapsul buah kulim ini.
Saya seperti kebanyakan orang lain, menjual produk melalui facebook. Pelbagai produk saya kongsikan dengan kawan-kawan yang sediada dan kawan baru. Pada 5 Nov 2013, saya dihubungi melalui message oleh Kak Liza, bertanyakan tentang istimewa buah kulim ini. Saya tak mampu untuk menerangkan secara terperinci melalui message, lalu saya meminta beliau melayari blog ini, www.buahkulim.blogspot.com.
Seingat saya, beliau sempat meyatakan bahawa setahun yang lalu beliau seolah-oleh dapat merasai sesuatu kelainan terjadi pada tubuh beliau. Beliau dengan tiba-tiba merasa kebas pada bahagian kaki apabila duduk agak lama dalam kereta atau bas. Kaki mula membengkak dan badan terasa seperti kebas-kebas. Beliau telah berjumpa doktor dan dimaklumkan bahawa buah pinggang mempunyai masalah. Buah pinggang telah tercemar dan rosak. Tetapi tidaklah seserius sehingga perlu melakukan rawatan dialisis. Kini penyakit itu berada di Peringkat Dua. Jika buah pinggang itu tidak dijaga dengan baik, penyakit itu mungkin akan menular menjadi Peringkat Tiga dimana beliau terpaksa melakukan rawatan dialisis.
Doktor cuma memberikan ubat yang perlu dimakan selama seminggu untuk menghilangkan bengkak kaki beliau. Namun, rasa sengal dan kebas-kebas badan masih ada menghantui diri menjadikan beliau rasa amat tidak selesa.
Pada 6 Nov 2013, saya berjumpa beliau untuk memberikan kapsul buah kulim yang beliau tempah. Setelah menerangkan cara pemakanan kapsul tersebut, saya pulang ke Shah Alam untuk meneruskan kerja harian saya.
Pada hari ni, 16 Dec 2013, saya berjumpa dengan beliau sekali lagi di Sungai Way, Petaling Jaya, Selangor. Kali ini beliau memesan 3 botol kapsul buah kulim untuk kegunaan sendiri.
Saya amat gembira kerana kapsul buah kulim itu telah memberi kesan positif kepada beliau. Beliau juga gembira kerana setelah mengamalkan memakan kapsul buah kulim itu, kesihatan beliau bertambah baik.
Kesan yang amat ketara setelah memakan kapsul buah kulim itu adalah kini beliau tidak lagi merasa kebas-kebas badan, badan menjadi amat ringan dan selesa. Bengkak dan sakit pada kaki seakan berkurangan walaupun duduk lama dalam bas atau kereta. Jika bengkak pun, ia akan turun dan baik dengan cepat. Mungkin khasiat buah kulim ini telah memberi kesan pada beliau. Kesan positif ini diperolehi dari botol yang pertama. Kini beliau meneruskan untuk botol yang kedua dan seterusnya. Harapan beliau agar suatu hari nanti, penyakit yang dihidapinya akan beransur pulih. Kita doakan beliau agar cepat sembuh.
Beliau seolah-olah dapat merasakan keserasian dengan produk kapsul buah kulim ini dan percaya bahawa kapsul ini sangat bagus untuk diamalkan.
Sekian, terima kasih.
Testimoni #2
Berita Baik!!!.. En. Saleh dari Kluang semakin pulih..
Sakit Buah Pinggang Stage 3 Turun Ke Stage 2 Dalam Masa Seminggu
Sakit Buah Pinggang Stage 3 Turun Ke Stage 2 Dalam Masa Seminggu
Text by Nasir Yusof, Shah Alam, Selangor 1/5/2014 (HP:013-6290666)
Assalamualaikum..
Hari ini 1 Mei 2014, cuti sempena Hari Pekerja. Selamat Hari Pekerja diucapkan kepada semua penjawat awam dan swasta. Tentunya di hari cuti ini, anda tidak melepaskan peluang untuk berehat bersama keluarga. Mungkin ada juga yang pergi berjalan-jalan dengan rakan-rakan.
Saya juga seperti anda, tidak melepaskan peluang bersantai bersama keluarga. Sekarang jam menunjukkan 5.41 petang. Saya gunakan masa yang agak terhad ini untuk berkongsi cerita baik yang saya terima pada 28hb. April 2014 (hari Isnin) yang baru lepas. Hari ini hari Khamis. Baru 3 hari yang lepas. Cuma sekarang saya ada kesempatan menulis cerita ini. Pastinya berkisar tentang feedback dari pengguna kapsul buah kulim.
Tepat jam 5.41pm, hari Isnin, 28hb. April 2014, saya menerima satu whatsapp dari isteri salah seorang pengguna kapsul buah kulim ini. Saya agak risau juga kerana takut-takut jika kapsul buah kulim tersebut tidak memberi kesan apa-apa pada pengguna. Maklumlah, dalam seni perubatan ni, ada kalanya badan seseorang itu tidak dapat menerima khasiat ubat yang diambil manakala ada orang yang serasi pula dengan ubat tersebut.
Setelah saya menerima message penuh, syukur Alhamdulillah, kapsul buah kulim telah dapat diterima oleh badan pesakit dan seterusnya dapat mengurangkan penderitaan yang dialami oleh pesakit, khususnya kepada En. Saleh dari Kluang, Johor.
Dengan izin Allah, sakit buah pinggang peringkat 3 telah dapat dikurangkan ke peringkat 2 dalam masa 1 minggu sahaja selepas mengamalkan memakan kapsul buah kulim ini.
Saya berterima kasih kepada isteri beliau yang memaklumkan perkara ini kepada saya.
Berikut adalah message (whatsapp) yang saya terima. Bermula pada 10hb. April 2014, tarikh dimana kali pertama En. Saleh menghubungi saya bertanyakan tentang kapsul buah kulim ini, sehingga 28hb. April 2014, tarikh saya menerima berita gembira dari isteri En. Saleh.
10 April 2014: En. Saleh dari Kluang, Johor berminat untuk membeli kapsul buah kulim. |
10 April 2014: En. Saleh membuat bayaran. 11 April 2014: Saya menghantarkan 1 botol kapsul buah kulim via poslaju. |
13 April 2014: Kapsul buah kulim sampai ke destinasi di Kluang, Johor. 28 April 2014: SAYA MENERIMA BERITA GEMBIRA, SYUKUR ALHAMDULILLAH. |
Nombor HP En. Saleh adalah 013-7192120, anda boleh telefon beliau untuk berkongsi pengalaman tentang penggunaan kapsul buah kulim ini. |
Saya berharap En. Saleh terus mengamalkan kapsul buah kulim ini kerana khasiatnya amat serasi dan sesuai dengan badan beliau. Marilah sama-sama kita doakan agar En. Saleh akan pulih sepenuhnya suatu hari nanti. InsyaAllah.
Terima kasih kerana membaca. Ikhlas dari saya Nasir Yusof (013-6290666)
Testimoni #3
Pesakit Buah Pinggang (Dialisis) Kini Lega
"Saya galakkan, sesiapa ada masalah yang sama, cubalah"- En. Anuar
"Saya galakkan, sesiapa ada masalah yang sama, cubalah"- En. Anuar
Text by Nasir Yusof, Shah Alam, Selangor 13/8/2014 (HP:013-6290666)
Salam Sejahtera..
Hari Ahad yang lepas (10.8.2014), saya dihubungi oleh seorang pengguna kapsul buah kulim ini melalui wassapp.. Beliau bernama En. Anuar dari Bukit Goh, Kuantan Pahang.
Beliau ingin membeli 10 botol kapsul buah kulim. Saya memberikan harga istimewa iaitu RM300 untuk 10 botol itu dan memberi lagi 1 botol secara percuma. Jumlah keseluruhan adalah 11 botol dengan harga RM300 sahaja.
Dari rekod wassap yang lepas, baru saya ingat bahawa beliau buat pertama kalinya telahpun membeli kapsul buah kulim ini satu botol pada 10.7.2014 yang lalu. Ini bermakna, ini adalah repeate order iaitu pembelian kali kedua olehnya. Kali ini dengan jumlah yang lebih besar iaitu 10 botol dan percuma 1 botol.
Bagi saya, ini adalah perkembangan yang baik. Pertama, jika kapsul buah kulim tersebut tidak memberi apa-apa kesan terhadap kesihatan beliau, tidak mungkin beliau akan membeli lagi untuk kali kedua.
Saya sempat bertanya kepada beliau jika beliau ingin turut serta dalam bisnes kecil ini. Disamping dapat menjana ekonomi, beliau juga boleh berkongsi manfaat dan khasiat kapsul buah kulim ini dengan orang lain yang mempunyai masalah kesihatan yang sama dengan beliau.
Beliau menyatakan 'Ya' dan saya sangat berterima kasih kepada beliau kerana sudi menjadi sebahagian dari keluarga bisnes kecil ini. Bagi saya, apa yang terpenting sekali ialah, dengan kehadiran beliau, mungkin orang yang mempunyai masalah kesihatan seperti beliau dapat satu lagi sumber alternative bagi rawatan semasa.
En. Anuar dari Bukit Goh, Kuantan, Pahang (HP: 011-36639948), Kini selesa dengan mengamalkan memakan kapsul buah kulim sebagai makanan tambahan yang mampu menaikkan taraf kesihatan beliau. |
Bertarikh pada 13.8.2014, beliau menasihatkan agar anda mencuba kapsul buah kulim ini kerana khasiatnya sangat baik untuk badan. |
Bagi sesiapa yang berada di Kuantan dan cuba untuk mendapatkan Kapsul Buah Kulim ini, anda boleh menghubungi beliau dan berkongsi cerita bagaimana kapsul ini mampu membantu anda.
Anda juga boleh terus menghubungi saya, Nasir Yusof (013-6290666), lokasi di Seksyen 20, Shah Alam untuk mendapatkan kapsul buah kulim ini.
Dijual dengan harga RM39.90 sebotol (90 kapsul), tambah belanja kos POSLAJU RM6 (semenanjung) atau RM10 (sabah sarawak).
Saya akhiri coretan ini dengan mendoakan agar kesihatan En. Anuar bertambah baik dari masa ke semasa. Ameennn...
Sekian, terima kasih kerana membaca.
NASIR YUSOF, SHAH ALAM, SELANGOR.
Testimoni #4
Pesakit Buah Pinggang Temui Penawar Yang Serasi
"Saya sangat berterima kasih kerana perubahan ketara"- Pn. Zaina, Miri, Sarawak.
"Saya sangat berterima kasih kerana perubahan ketara"- Pn. Zaina, Miri, Sarawak.
Text by Nasir Yusof, Shah Alam, Selangor 27/11/2014 (HP:013-6290666)
Assalamualaikum..
Apa khabar para pembaca semua. Saya harap anda semua dalam keadaaan yang baik dan sihat. Agak sudah lama saya tidak menulis dalam blog ini. Hari ini saya sempatkan juga kerana ingin berkongsi satu testimoni bagi pesakit buah pinggang tahap 1.
Ia datangnya dari Miri, Sarawak. Pengguna kapsul buah kulim yang dimaksudkan adalah Makcik Chinta bt. Ik @ Zaina bt. Ik.
Pada 18.11.2014 saya menerima message yang bertanyakan tentang harga kapsul buah kulim ini. Beliau ada menyatakan bahawa beliau adalah pesakit buah pinggang tahap 1. Rasa tidak selesa, kebas-kebas, kembung kaki dan sakit dibahagian pinggang dirasakan setiap hari akibat pengakit yang dialaminya. Beliau juga menyatakan bahawa sudah 3 tahun beliau menderita akibat sakit buah pinggang ini.
Pada 20.11.2014, saya mengeposkan 1 botol kapsul buah kulim ke Miri, Sarawak.
21.11.2014, Makcik Chinta@Zaina telah menerima kapsul buah kulim itu. Pada ketika ini saya berharap agar kapsul ini dapat memberi manfaat kepada beliau. InsyaAllah.
Pada 23.11.2014 (Setelah 2 hari memakan kapsul buah kulim ini), saya menerima 1 message ringkas dari beliau. Saya baca berulangkali kerana beliau menggunakan 'tulisan ringkas' sahaja. Namun, apa yang saya dapat fahami, beliau bersyukur dengan penemuan kapsul buah kulim ini.
Sakit yang beliau tanggung, serta merta memberikan kesan positive kepada beliau. Syukur alhamdulillah. Ia dapat mengurangkan bebanan Makcik Chinta@Zaini.
Berikut adalah message yang saya terima dari Makcik Chinta@Zaini. Saya kongsikan disini.
Sangat tidak selesa, kebas-kebas, kembung kaki dan sakit pada bahagian pinggang. |
Sudah 3 tahun menderita akibat sakit buah pinggang ini. |
Barang pesanan di pos menggunakan Poslaju Malaysia. |
Pesanan sampai ke Sabah dalam masa 1 hari. Syukur Alhamdulillah, barang sampai dengan selamat. |
Ia serasi dengan Makcik Chinta@Zaina. |
Kita berikhtiar dan berusaha, InsyaAllah akan diberi pertolongan oleh Nya. Syukur Alhamdulillah. |
Ini adalah screenshot yang saya uploadkan untuk perkongsian bersama. Alhamdulillah, kini Makcik Chinta@Zaina telah temui penawar yang serasi dengannya.
Diharap, sakit buah pinggang yang dialami akan beransur baik dan sakit-sakit sendi, kebas-kebas yang dialami oleh beliau dapat dikurangkan dengan amalan memakan kapsul buah kulim ini.
Sekian, terima kasih.
Sampai disini saja ya.. Assalamualaikum..
Dari: Nasir Yusof. Shah Alam, Selangor. (013-6290666)
Testimoni #5
LEVEL CREATININE 170 umol/L TURUN KE 136 umol/L.
Text by Nasir Yusof, Shah Alam, Selangor 18/1/2015 (HP:013-6290666)
Testimoni ke 4 pada hari ini datangnya dari Plentong, Johor. Orang yang dimaksudkan ialah En. Zanil.
Beliau mempunyai sakit buah pinggang dimana level bacaan creatinine nya adalah 170 umol/L. Beliau seorang yang tabah dan amat sabar dalam menangani masalah kesihatan buah pinggang yang dialami sekian lama.
Kesan dari sakit buah pinggang ini, beliau mengalamai sakit-sakit sendi dan bisa-bisa badan. Pada mulanya, beliau memakan kapsul buah kulim ini, hanya untuk menghilangkan rasa sakit dan bisa badan tersebut. Ternyata, seawal seminggu sahaja dari hari pertama beliau memakan kapsul ini, rasa bisa dan sakit badan telah mula menurun.
Jika kapsul ini tidak dimakan, beliau akan terasa sakitnya. Beliau dapat merasakan, khasiat dari kapsul buah kulim ini telah berjaya membantu beliau dalam meredakan bisa dan sakit-sakit badan yang beliau alami ini. Dengan itu, beliau membuat keputusan untuk meneruskan sahaja memakan kapsul ini sebagai supplement tambahan.
Pada hari ini, 18 Jan 2015, saya sengaja bertanyakan tentang kesihatan beliau setelah hampir 6 bulan mengamalkan memakan kapsul buah kulim ini.
Saya kongsikan dengan anda:
1. Level creatinine menurun. 2. Sakit dan bisa badan telah kurang. |
Apakah 'creatinine' itu?
Creatinine adalah produk sisa daripada sel-sel otot di badan kita. Buah pinggang yang sihat boleh mengeluarkan creatinine daripada darah dan menyingkirannya melalui air kencing. Apabila buah pinggang tidak berfungsi dengan baik,creatinine akan tersimpan dalam darah.
Creatinine digunakan untuk mengira GFR (glomerular filtration rate). GFR adalah penilaian fungsi buah pinggang menapis bahan buangan daripada darah. Jika GFR adalah terlalu rendah, ia mungkin bermakna buah pinggang tidak mampu membuang sisa dan cecair berlebihan daripada darah.
Level creatinine yang sihat adalah 100 umol/L
Rujukan:http://www.myhealth.gov.my/index.php/my/hipertensi-dan-penyakit-buah-pinggang
Harapan En. Zanil adalah paras creatinine nya akan turun lagi ke bacaan 120 umol/L. Ya, saya berdoa agar beliau berjaya mencapai target itu.
Nukilan,
Nasir Yusof, Shah Alam, Selangor.
(013-6290666)
Testimoni #6
Testimoni 10 Jun 2015: Adik Umur 19 Tahun Sakit Buah Pinggang
Assalamualaikum..
Salam Ramadhan 2015 kepada semua umat Islam. Sudah agak lama saya tidak menulis diruangan ini. Seperti biasa, kesibukan kerja seharian membataskan waktu untuk saya berbuat demikian. Hari ini, 21 Jun 2015 (Ahad), sedikit saya luangkan masa untuk berkongsi satu testimoni terbaru yang saya perolehi pada 10 June 2015 dari seorang kakak yang amat mengambil berat tentang adik beliau yang baru dua bulan disahkan oleh doktor bahawa adik itu mengidap sakit buah pinggang dimana kedua-dua buah pinggang adik itu sudah tidak berfungsi dengan baik.
Kesannya, adik beliau berada dalam keadaan lemah dan tiada tenaga. Sekeliling bibir menjadi biru pucat. Bengkak pada anggota badan dan pastinya badan akan terasa sengal sengal dan ada ketikanya terasa sakit seperti jarum mencucuk-cucuk.
Saya dihubungi oleh Pn. Ira Farida pada jam 1.07 petang pada 3 Jun 2015 melalui Whatsapp. Beliau bertanyakan tentang harga kapsul buah kulim ini dan apakah ia boleh memberi tenaga kepada penggunanya.
Harga adalah RM40.00 satu botol (90 kapsul) dan kos Poslaju adalah RM6.00 jika penghantaran untuk Semenanjung Malaysia.
Untuk memberi tenaga kepada pemakannya, saya sendiri KURANG PASTI. Namun, hasil dari pengalaman saya bersama pengguna Kapsul Buah Kulim ini, kebanyakannya akan mengatakan badan terasa ringan dan sedap. Jadi, saya sendiri tidak pasti apakah maksud 'badan terasa ringan dan sedap' itu. Adakah ia telah menambah tenaga kepada mereka?
Persoalan ini juga mungkin dapat diterangkan dengan pengalaman seorang anak kawan saya, En. Raja Ibrahim yang berada di Klang, Selangor. Anak kawan saya ini bekerja di bengkel motosikal yang pastinya bekerja dari pagi sampai petang. Menurut bapanya, anak beliau mencuri-curi makan kapsul buah kulim milik bapanya. Apa yang dapat dirasakan, semasa bekerja di bengkel motosikal tersebut, anak kawan saya ini terasa seperti tidak merasa keletihan sepertimana sebelumnya.
Dua hari lepas, kawan saya Raja Ibrahim memberitahu saya sebegitu dan anak beliau memesan 1 botol kapsul buah kulim itu untuk kegunaannya.
Semasa menerima Whatsapp dari Pn. Ira Farida, saya tidak boleh membalas secara terus kerana saya sedang memandu kereta. Maka, saya hanya menyuruh beliau melayari website www.buahkulim.blogspot.com
Tanpa perbincangan seterusnya, saya menerima satu lagi Whatsapp dari Pn. Ira Farida, menyatakan bahawa bayaran untuk membeli kapsul buah kulim ini telah dibuat. Terima kasih Pn. Ira Farida dan pesanan beliau saya poskan pada hari yang sama bayaran dibuat iaitu 3 Jun 2015.
Barang pesanan diterima oleh Pn. Ira Farida pada 9 Jun 2015. Terima kasih Puan.
Pada 10 Jun 2015, saya menerima Whatsapp dari beliau. Syukur Alhamdulillah, kapsul buah kulim serba sedikit dapat membantu adik beliau. Saya kongsikan disini whatsapp yang saya terima dari beliau.
3 Jun 2015
Pertama kali Pn. Ira Farida menghubungi saya bertanyakan tentang kapsul buah kulim ini.
Beliau memesan 1 botol dan penghantaran dilakukan melalui Poslaju Malaysia Berhad.
9 Jun 2015
Pesanan diterima oleh Pn. Ira Farida.
Dos pertama diberikan kepada adik beliau yang mengidap sakit buah pinggang.
10 Jun 2015
Whatsapp dari Pn. Ira Farida:
'Salam.. Alhamdulillah kapsul buah kulim dah sampai semalam'
'Alhamdulillah juga, adik saya dah memang lemah sangat 1 hari sebelum ubat sampai. Memang niat nak bawak pergi hospital, sebab dia pucat dan tak boleh nak bangun. Bila kapsul buah kulim sampai, saya minta adik telan 1 biji kapsul buah kulim itu.
Pagi hari ini, badan dia ada tenaga, boleh bangun sendiri. Allahuakabar, dengan izin Nya.'
'Dia rasa ada tenaga sikit hari ini'
'Biru dikawasan bibir kesan dari sakit buah pinggang semakin pudar'
14 Jun 2015
Check-up kat klinik, doktor bagi tau:
- Darah adik ok
- Air kencing semakin elok
- Bengkak pada anggota badan semua surut
'Adik beritahu, badan terasa ringan dan sedap tidur'
Syukur Alhamdulillah. Sedikit sebanyak, kapsul buah kulim ini dapat membantu adik beliau.
Saya kongsikan disini pengalaman pengguna kapsul buah kulim ini. Saya hanya kongsikan apa yang saya pelajari tentang petua orang lama ini. Kita berikhtiar dan berdoa, selebihnya akan ditentukan oleh Nya, pencipta kita.
Jika anda mempunyai masalah yang hampir sama dengan adik Pn. Ira Farida ini, jangan cepat berputus asa. Berikhtiarlah dengan walau apa cara sekalipun. InsyaAllah, akan ada jalannya.
Saya doakan agar adik ini segera sembuh dan dapat menjalani kehidupan remaja seperti orang lain. InsyaAllah.
Terima kasih juga kepada Pn. Ira Farida yang sudi berkongsi pengalaman dengan saya.
Saya mohon undur diri terlebih dahulu. Sekian.
Nasir Yusof, Shah Alam, Selangor.
(013-6290666)
Testimoni 19 Jun 2015: Bacaan CREATININE menurun dari 1200 ke 880 setelah sebulan pengambilan Kapsul Buah Kulim.
Assalamualaikum dan salah sejahtera.
Hari ini dah masuk hari Khamis (25.6.2015). Jam menunjukkan pukul 2.36 am. Mata sudah mengantuk. Tak apa lah, saya habiskan dulu cerita berkenaan seorang pengguna kapsul buah kulim dari Putrajaya, iaitu Puan Hanizah.
Whatsapp beliau saya terima pada 19 Jun 2015, jam 5.20 pm. Dengan rasa syukur, beliau menyatakan bahawa setelah mengamalkan kapsul buah kulim ini selama 1 bulan, level bacaan creatinie beliau telah menurun dari 1200 ke 880. Ini bukanlah perkara baru bagi saya kerana sebelum ini pun ramai pengguna ada menyatakan perkara seumpama ini. Apapun, saya amat gembira menerima berita baik ini.
Sebelum itu, apakah creatinine? Saya juga tidak tahu apa benda ni sebelum ini. Jadi, saya kongsikan di sini. Saya cari kat google.
Saya terdiam seketika dan meletakkan diri saya menjadi diri beliau. Berhadapan dengan doktor yang menyatakan saya perlu menjalani rawatan secara dialisis. Uhh.. jika begitu, saya juga mungkin menangis. Terpandang kegelapan dan kesukaran menanti dihadapan perjalanan hidup ku.
Namun, Pn. Hanizah mengambil jalan untuk berikhtiar sementara menunggu appointment seterusmya.
Maka ditemukan dengan Kapsul Buah Kulim. Dalam sebulan ini, tanda-tanda positive telah ada. Saya harapkan akan berlaku keajaiban lagi pada bulan depan.
Sebelum terlupa, saya kongsikan whatsapp yang saya terima dari Pn. Hanizah.
Ringkas saja testimoni ini. Saya akan cuba dapatkan berita selanjutnya dari Pn. Hanizah pada bulan hadapan dan kongsikan dengan anda.
Hmm.. dah jam 3.01 am.. saya undur diri dulu.. kejap lagi nak sahur.
Terima kasih kerana sudi membaca nukilan ini.
NASIR YUSOF, SHAH ALAM, SELANGOR.
(013-6290666)
Testimoni #8
Testimoni 23 June 2015: Buah Pinggang Bocor, Badan Jadi Bengkak, Lemah dan Susah Bernafas.
Assalamualaikum..
Hari ini hari Sabtu, 27 June 2015, jam 10.00 malam.
Apa yang saya ingin kongsikan pada malam ini ialah testimoni tentang seorang pengguna yang mengalami masalah 'buah pinggang bocor'.
Testimoni ini saya terima pada 23 June 2015 (4 hari lepas) dan barulah malam ini saya ada kesempatan untuk menulis di dalam blog ini.
Terima kasih kepada En. Kamil dari Besut, Terengganu yang telah sudi menceritakan serba sedikit tentang keberkesanan kapsul buah kulim ini terhadap anak beliau yang mengalami sakit buah pinggang.
Saya menerima pesanan sebanyak 2 botol dari beliau pada 23 June 2015. Sebelum ini pun beliau ada membelinya juga. Oleh kerana nama beliau kerap naik dalam senarai order, saya cuba melihat kembali pesanan yang telah beliau lakukan sebelum ini. Saya bernasib baik kerana pesanan beliau melalui whatsapp masih ada dalam simpanan.
Melalui rekod whatsapp, pesanan pertama adalah pada 6 Feb 2015. Hingga pesanan terbaru ini, beliau telah memesan 9 botol kapsul ini. Saya menjadi tertarik dan persoalan timbul di dalam minda. Apakah jenis sakit yang dialami oleh beliau sehingga begitu kerap memesan kapsul ini?
Sebelum itu, mari saya kongsikan pesanan melalui whatsapp yang telah beliau lakukan.
Pesanan Pertama dilakukan pada 6 Feb 215 (1 botol) |
Pesanan Kedua pada 18 Feb 2015 (1 botol) |
Pesanan Ketiga pada 18 Mac 2015 (1 botol) |
Pesanan Keempat pada 3 April 2015 (1 botol) |
Pesanan Keenam pada 14 May 2015 (1 botol) |
Pesanan ketujuh pada 4 Jun 2015 (1 botol) |
Pesanan Kelapan dan Kesembilan pada 23 Jun 2015 (2 botol) |
Dari 6 Februari 2015 hingga 23 Februari 2015, beliau telah memesan 9 botol kapsul buah kulim ini.
Saya terfikir, dengan pesanan yang begitu banyak ini, pastinya kapsul buah kulim ini telah berupaya memberikan impak yang positive kepada penggunanya.
Saya memberanikan diri untuk bertanya kepada En. Kamil bagaimanakah keupayaan kapsul buah kulim ini dalam membantu pengamalnya.
Saya kongsikan disini:
Dari apa yang saya perolehi dari En. Kamil, komen beliau hanyalah 'ok'.
Namun sebelum itu beliau ada menyatakan bahawa anak beliau mengalami sakit 'buah pinggang bocor' dalam bahasa kita yang bukan pakar dalam bidang perubatan.
Hasilnya, protein dari dalam badan, ikut keluar bersama dengan air kencing. Badan menjadi bengkak, lemah dan sukar bernafas. Air dalam badan juga dikhabarkan boleh pergi ke hati..
Saya akan cuba dapatkan lagi perkembangan tentang anak beliau di masa akan datang..
Saya undur diri buat sementara waktu, dan saya akan menulis lagi pada hari hari seterusnya.
Terima kasih kerana sudi membaca blog ini.
Nasir Yusof, Shah Alam, Selangor.
(013-6290666)
Testimoni #9
"Badan mula bertenaga, kebas dan bisa badan mula berkurangan.. dan kini, buah pinggang dah OK" - En. Khalid
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Jam menunjukkan 12.00 malam, 12/9/2015 (Sabtu).
Kesempatan ini, saya ingin berkongsi satu testimoni yang datangnya dari Kota Bharu, Kelantan.
Sudah hampir 3 minggu saya mendapat perkongsian cerita ini dari pengguna kapsul buah kulim ini, hanya malam ini saya ada kelapangan masa untuk berkongsi dengan tuan dan puan.
22/7/2015, En. Khalid dari Kota Bharu, memesan 1 botol kapsul buah kulim ini. Beliau tidak menyatakan apakah keperluan beliau mencuba kapsul ini. Saya hanya menerima pesanan dan keesokannya saya mengirimkan 1 botol kapsul buah kulim ini. Dalam hati tertanya-tanya, apakah sakit yang dihidapi oleh beliau.
Sebulan selepas itu, beliau memesan lagi 1 botol. Ketika itu saya bertanya bagaimana kesan kapsul buah kulim sebotol yang pertama itu. Jawapan beliau adalah seperti ini..
Sebenarnya saya tidak tahu apa itu 'Renal Failure'. Lalu saya google. Jika tuan ingin tahu apa itu Renal Failure, tuan juga boleh google.
Apapun, sedikit sebanyak kapsul ini telah berupaya mengurangkan derita sakit yang dihidapi oleh En. Khalid. Syukur Alhamdulillah.
Saya termenung seketika dan terfikir. Tidak salah rasanya saya menggunakan perkataan 'magic' untuk produk ini kerana ia benar-benar magic walaupun ia hanya petua lama.
Segala kemungkinan boleh berlaku.
Jika kita tidak mencuba sesuatu produk itu, kita tidak akan tahu jawapannya.
Alhamdulillah, kapsul buah kulim ini nampaknya serasi dengan En. Khalid.
Saya doakan agar kesihatan beliau bertambah baik.
Saya berhenti setakat ini, terima kasih kerana membaca.
Nukilan:
Nasir Yusof, Shah Alam, Selangor.
HP: 013-6290666
sambungan cerita dari En. Khalid, BERITA BAIK DARI KOTA BHARU...
"Buah Pinggang Dah OK..."
Tarikh: 6.10.2015, Jam 10.23 pagi.
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Pagi ini saya agak gembira untuk menulis dalam blog ini, sambungan cerita En. Khalid dari Kota Bharu yang telah mencuba Kapsul Kuah Kulim pada 22.7.2015 yang lalu.
Berita gembira ini saya terima pada 3.10.2015.
Tepat jam 8.11 pagi, saya menerima message dari En. Khalid yang memesan lagi 3 botol kapsul buah kulim. Seperti kebiasaannya, saya akan memeriksa rekod pesanan sebelum ini. Beliau ada memesan 1 botol sebelum ini. Apabila beliau memesan lagi 3 botol, saya dapat merasakan bahawa kapsul ini mungkin serasi dengan badan beliau.
Saya kongsikan message whatsapp beliau:
Order Pertama, 22.7.2015 (1 botol)Order Kedua, 3.10.2015 (3 botol) |
Syukur Alhamdulillah, buah pinggang En. Khalid sudah OK. |
Creatinine Normal adalah antara 95 umol/l hingga 115 umol/l |
Saya merasa amat gembira dengan perkembangan ini. Terima kasih juga kepada En. Khalid yang memberi kepercayaan kepada Kapsul Buah Kulim sebagai supplement dan rawatan alternative kepada sakit yang dialami oleh beliau.
Saya akan dapatkan perkembangan selanjutnya dan kongsikan di sini di masa akan datang..
Nulikan;
Nasir Yusof, Shah Alam, Selangor.
013-6290666
Testimoni #10
'Creatinine Turun Dari 483 umol/L kepada 425 umol/L'
Assalamualaikum..
Jam menunjukkan jam 12.04 am. Dah tengah malam. Dah masuk 19.8.2015, hari Rabu.
Sebelum tidur, saya ingin berkongsi satu testimoni pesakit buah pinggang yang mempunyai level creatinine yang agak tinggi, iaitu menghampiri 500 umol/L.
Untuk orang yang normal, level creatinine ini biasanya dalam lingkungan 80 umol/L hingga 115 umol/L.
Pertama kali saya menerima wassap dari Pn. Rahimah (isteri pesakit buah pinggang) pada 26 June 2015, jam 6.51 pm. Beliau bertanyakan kepada saya bagaimana jika ingin membeli kapsul buah kulim ini. Seperti biasa, saya hanya copy and paste text yang telah saya siapkan.
12 hari selepas itu, iaitu pada 7 Julai 2015, jam 1.55 pm, saya menerima wassap dari Pn. Rahimah yang mengatakan beliau telah membuat bayaran untuk membeli 3 botol kapsul buah kulim ini.
7 Julai 2015 : Puan Rahimah memesan 3 botol Kapsul Buah Kulim untuk suaminya, En. Shamsul. |
Saya mengirimkan 3 botol Kapsul Buah Kulim kepada beliau pada 8 Julai 2015. |
28 Julai 2015: Saya bertaya kepada Pn. Rahimah tentang kesan pengambilan Kapsul Buah Kulim yang terdahulu terhadap suami beliau. Syukur Alhamdulillah, serba sedikit kapsul buah kulim memberi kesan positive. |
26 Jun 2015: Creatinine 483 umol/L 27 July 2015 : Creatinine 425 umol/L |
Syukur Alhamdulillah, sedikit sebanyak ada penurunan. Semoga sakit yang dihadapi oleh En. Shamsul akan bertambah baik, insyaAllah.
Nukilan Nasir Yusof, Shah Alam, Selangor.
013-6290666
Terima kasih kerana meluangkan masa membaca blog ini.
Level Creatinine Menjadi Normal, Rakan ITM Bersyukur Lega
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Syukur Alhamdulillah, saya diberi peluang lagi untuk menulis di dalam blog ini.
Testimoni ini sudah lama saya terima dari seorang rakan semasa menuntut di ITM Shah Alam suatu masa dulu. Beliau merupakan rakan satu kelas dan rakan regu ketika bermain batminton.
Saya agak terkejut ketika beliau menghubungi saya dan mengatakan bahawa beliau mengalami tanda-tanda awal untuk penyakit buah pinggang. Antaranya sakit dan lenguh dibahagian pinggang, selalu rasa kebas-kebas dan kencing terasa tidak lawas.
Saya tidak mahu berjanji tentang keupayaan kapsul buah kulim ini dalam membantu beliau. Amalan memakan kapsul buah kulim ini hanya petua lama yang kadang-kadang bagus pada sesetengah orang dan sebaliknya. Namun, petua ini telah lama digunakan oleh orang terdahulu dan hasilnya agak baik.
Beliau datang ke Shah Alam atas urusan kerja dan berjumpa dengan saya di Seksyen 20, Shah Alam pada 1.1.2016. Beliau hanya ingin mencuba satu botol (90 kapsul) sahaja dahulu. Itu cara yang terbaik. Jika nampak ok, beliau boleh teruskan dengan botol yang kedua dan seterusnya.
Pada hari kelima, saya ada menghubungi beliau dan bertanyakan bagaimana kesannya setakat 5 hari menggunakan kapsul buah kulim ini.
Saya kongsikan dengan anda di sini:
"Badan rasa ringan, kencing lawas dan level creatinine menjadi normal" |
Saya sertakan laporan ujian darah yang beliau whatsapp kan kepada saya.
Bertarikh: 24.1.2016 |
Bertarikh : 29.2.2016 |
Level Creatinine (Index Kekotoran Darah) beliau menjadi NORMAL hanya setelah DUA BULAN lebih beliau mengamalkan kapsul buah kulim ini.
Badan semakin bertenaga, terasa ringan dan kencing menjadi lawas. Ia amat menggembirakan kami. Walaupun amalan memakan kapsul buah kulim ini hanya petua lama, namun ia telah memberikan khasiat yang sangat baik pada beliau.
Bagi anda yang ingin mencuba, saya sendiri amat mengalu-alukan kerana dari pengalaman saya, kapsul ini telah terlalu banyak membantu memperbaiki sistem darah dalam badan.
Apabila darah semakin bersih, tiada toksin dan kotoran, akhirnya penyakit lain seperti kencing manis, darah tinggi, buah pinggang, resdong dan pelbagai penyakit lain lagi akan perlahan-lahan menjadi baik, insyaAllah.
Terima kasih kerana sudi membaca blog ini. Saya Nasir Yusof akan update cerita ini kelak.
Nasir Yusof, Shah Alam, Selangor.
013-6290666
19.3.2016
Jam 9.28 pm
- TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA BLOG INI -