Thursday, March 24, 2016

"Masalah Usus Akibat Dari Gastrik, Kebas Dan Tapak Kaki Terasa Seperti Di Cucuk Cucuk Telah Hilang" - En. Ismail, Sg. Buluh, Selangor.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ini Jumaat, 25hb. Mac 2016. Syukur alhamdulillah, saya diberikan kesihatan yang baik untuk menulis lagi di dalam blog ini.

Testimoni kali ini datangnya dari En. Ismail, Sungai Buluh, Selangor.

Buat pertama kali beliau menghubungi saya ialah pada 31hb. January 2016.

31hb Januari 2016, En. Ismail menghubungi saya, bertanyakan tentang Kapsul Buah Kulim.

Saya tidak tahu masalah usus yang bagaimana dihadapi oleh En. Ismail.
Tetapi jika anda ada masalah buasir dan sembelit, kapsul ini telah banyak membantu.

Kebetulan, 31 Januari itu jatuhnya pada hari Ahad. Jadi, saya membuat satu temujanji di sebuah restoran di Seksyen 20, Shah Alam. Tepan jam 4.00 petang seperti yang dijanjikan, En. Ismail tiba.


En. Ismail mendapatkan 1 botol terlebih dahulu untuk percubaan.
Jika kesannya positif, beliau mungkin akan terus mengamalkanmya.
Menurut beliau, gastrik yang dialami telah menyebabkan usus dalaman beliau seakan membengkak dan terasa sakit jika di tekan. Pelbagai rawatan dan ubat telah digunakan namun masih tidak berhasil untuk mengubati sakit beliau itu.

Kesan dari itu, badan beliau terasa lemah dan kurang bermaya. Pelbagai supplement digunakan untuk mendapatkan tenaga tambahan. Ada yang ok dan ada yang tiada kesan.

Selain dari itu, beliau juga mengalami sakit saraf di bahagian kaki. Beliau tidak boleh berdiri lama. Jika berdiri lama, kaki akan merasa sakit dan terasa seperti ada jarum yang mencucuk kaki. Perkara ini berlaku sejak sekian lama dan ia berpunca dari kecederaan sendi ibu jari kaki ketika sedang bersukan. Tulang sendi ibu jari kaki dirasakan seperti retak dan sakit apabila ditekan.

Beliau ingin menggunakan Kapsul Buah Kulim ini semata-mata untuk membuang toksin dan kolesterol dalam darah. Saya juga tidak mengharapkan sakit yang dialami oleh beliau akan sembuh seperti sediakala. Ini berikutan amalan memakan kapsul buah kulim ini hanyalah petua lama yang biasanya hanya diamalkan oleh orang kampung sahaja.

Perbualan berakhir satu jam kemudian. Saya hanya mampu berdoa agar kapsul buah kulim ini serba sedikit dapat memberikan khasiatnya pada En. Ismail.

Repeat Order yang pertama, 13 hari selepas beliau membeli botol percubaan.

Pada 13bh. February 2016, saya menerima panggilan telefon dari En. Ismail. Beliau ingin 2 botol lagi. Saya agak terkejut kerana tidak mungkin botol yang pertama itu sudah habis. Pada kebiasaannya, satu botol itu adalah untuk kegunaan antara satu bulan hingga satu bulan setengah.

Kebetulan pada hari yang sama, saya ingin berjumpa kawan di Sungai Buluh, Selangor. Oleh itu, saya meminta agar dapat berjumpa di kawasan Kompleks Sungai Buluh.

Menurut En. Ismail, botol yang pertama itu mempunyai 90 biji kapsul. Beliau telah memberikan kepada rakan baik beliau yang berumur dalam lingkungan 55 tahun dan mempunyai penyakit kencing manis.

Setelah seminggu kawan beliau menggunakan kapsul buah kulim itu, kawan beliau dapati badan seperti bertambah segar dan cergas. Air kencing menjadi sangat lawas. Oleh kerana itu, kawan beliau inginkan kapsul buah kulim ini.


Repeat Order seterusnya:
 1 March (4 botol), 6 March (4 botol), dan hari ini 25 Mac (4 botol).
Jumlah repeat order bulan Mac : 12 botol

Repeat Order ini adalah untuk kegunaan kawan-kawan beliau dan beliau sendiri. Terima kasih kepada En. Ismail kerana telah menceritakan tentang keistimewaan kapsul buah kulim ini.

Dari 31 January 2016 hingga 25 Mac 2016, beliau telah membeli 15 botol kapsul buah kulim ini. Menurut beliau, ia untuk kegunaan beliau dan rakan-rakan.


Hari ini, jam 10 pagi En. Ismail datang menemui saya untuk mengambil 4 botol kapsul buah kulim itu. Kami sempat minum bersama di salah sebuah restoran di Seksyen 20, Shah Alam.

Menurut beliau, hingga setakat ini, beliau sangat berpuas hati tentang keberkesanan kapsul buah kulim ini. Badan menjadi agak cergas, kencing sangat lawas dan yang paling beliau bersyukur adalah tentang kaki beliau yang dahulunya sakit kini sudah baik. Kini beliau boleh berdiri lama tanpa sebarang kesakitan. Tidur malam juga sangat lena dan darah dirasakan seperti berjalan keseluruh tubuh.

Saya sangat bersyukur dengan apa yang berlaku. Kesihatan En. Ismail kini dirasakan bertambah baik, alhamdulillah.

Bagi anda yang ingin mencuba, silalah message atau whatsapp saya, Nasir Yusof di talian 013-6290666.

Kapsul ini dipercayai mampu membuang toksin dan mencuci darah. Jika darah sudah baik, tiada halangan untuk sakit yang anda alami akan bertambah baik dan badan menjadi sihat.

Saya akhiri dengan jutaan terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca blog ini.


Nukilan:
Nasir Yusof, Shah Alam, Selangor.
013-6290666


"Resdong Isteri Semakin Baik, Badan Saya Bertambah Cergas" - En. Wan, Seksyen 19, Shah Alam, Selangor.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Testimoni kali ini datangnya dari Seksyen 19, Shah Alam. Ia hanya bersebelahan dengan Seksyen 20, iaitu tempat dimana saya tinggal.

Saya mengenali En. Wan ini agak sudah lama. Beliau berniaga buah-buahan di pasar-pasar malam dan juga setiap pagi di hadapan Kedai Pasar Segar di Seksyen 19. Pasar Basah itu sering saya kunjungi dan sering juga membeli buah-buahan dari En. Wan yang berniaga di hadapan Pasar Basah tersebut.

Saya sering juga duduk 'melepak' sambil berbual kosong dengan beliau di bawah pokok, tempat dimana beliau meletakkan buah-buahan untuk diperniagakan. Selain saya, ada juga pakcik-pakcik yang sudah pencen berehat dan duduk berbual bersama kami.

Kebanyakan mereka mempunyai pelbagai penyakit. Antaranya kencing manis, darah tinggi, gout dan ramai yang mengadu kebas-kebas ketika sedang solat. Saya ada menceritakan tentang kapsul buah kulim ini kepada mereka. Namun, tiada seorang pun yang berminat untuk mencuba dan saya anggap itu perkara biasa.

Saya menceritakan kepada mereka bahawa kapsul buah kulim ini hanyalah petua lama. Saya tidak menjamin 100% keberkesanannya. Bila saya tidak menjamin keberkesanannya, maka kebanyakan mereka tidak berminat untuk mencubanya.

Bagi saya, ubat-ubatan yang mahal sekalipun, jika tidak serasi dengan penggunanya, ubat mahal itu juga tidak akan dapat mengelokkan sakit yang dialami.

BUAH KULIM ini telah lama digunakan oleh orang terdahulu. Ia dipercayai mampu membersihkan darah dari segala toksin. Ia juga mampu untuk mencairkan darah dan membuang kolesterol. Apabila aliran darah sudah baik, segala kotoran dalam darah juga telah berkurangan, hasilnya badan kita akan sedikit demi sedikit akan berjaya mengurangkan penyakit yang dialami.

Berikutan itu, En. Wan hanya ingin mencuba pada asalnya. Jika tidak dicuba, kita tidak akan tahu bagaimana ia memberi kesan pada sistem badan kita. Beliau membeli 1 botol (90 kapsul), dan berkongsi makan kapsul buah kulim itu bersama isteri beliau.

En. Wan, telah mencuba kerana ingin membuang toksin dari dalam badan mengikut petua lama. Kini beliau dapat rasakan, badan semakin cergas dan seakan-akan bertenaga seperti orang muda.

Setelah dua minggu, saya berjumpa dengan beliau dan sempat berbual mengenai kesan kapsul buah kulim itu. Saya amat gembira kerana kesannya sangat positive.

Minggu pertama, air kencing seakan keruh. Kencing dirasakan amat lawas. Darah seakan terasa mengalir keseluruh badan. Dan yang paling istimewa, badan dirasakan sangat bertenaga dan terasa kurang letih seperti sebelumnya.

Resdong yang dialami oleh isteri beliau juga telah mula berkurangan. Jika sebelum ini, muka dirasakan gatal dan sentiasa ingin digosok, kini tidak lagi begitu.

Syukur alhamdulillah.. sedikit sebanyak, kapsul buah kulim ini telah memberi khasiatnya kepada mereka.


Bermula dengan En. Wan, kini rakan-rakan beliau juga mula mencuba kapsul buah kulim ini. Kebanyakan dari mereka merasa badan menjadi ringan, badan bertenaga, kencing dirasakan sangat lawas dan kebas-kebas badan kini sudah tiada.

Ekoran itu, kini En. Wan telah mendaftar sebagai Agen Jualan. Beliau boleh ditemui di pasar-pasar malam (menjual buah-buahan) di sekitar Shah Alam.

Tuan/puan yang ingin mencuba Kapsul Buah Kulim ini, tuan/puan boleh menghubungi En. Wan melalui talian 019-318 4599. Ia sangat baik untuk membuang toksin dari badan secara semulajadi, membersihkan dan mencairkan darah dan membuang kolesterol.


InsyaAllah, melalui petua lama ini, anda mungkin akan mendapat kesihatan yang baik.


Sekian, terima kasih.
Nasir Yusof, Shah Alam, Selangor.
013-6290666

Jam 1.11 am (25/3/2016)

Saturday, March 19, 2016

"Kencing Manis Stabil, Gout Kurang Bengkak, Badan Rasa Cergas" - Pn. Aslina, Singapura.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ini Ahad, 20 Mac 2016 adalah hari terakhir cuti sekolah. Saya mengambil kesempatan ini untuk berkongsi satu lagi testimoni tentang penggunaan kapsul buah kulim ini.

Kali ini datangnya dari jauh. Terima kasih Pn. Aslina dari Singapura kerana telah menggunakan kapsul ini sebagai makanan tambahan untuk keluarga beliau dan sudi berkongsi testimoni dengan saya.

Buat pertama kali nya beliau menggunakan produk keluaran saya ini pada 31.10.2015. Beliau membeli 10 botol pada ketika itu. 

4 bulan selepas itu, pada 29.2.2016 beliau inginkan 10 botol lagi. Saya menyarankan agar beliau mengambil pakej bisnes terus kerana ia lebih murah. Beliau bersetuju untuk membeli 15 botol kapsul buah kulim dengan harga RM420.00 sahaja. 

Selama 4 bulan beliau menggunakan kapsul buah kulim ini, saya kongsikan apa yang membuatkan Pn. Aslina memesan lagi untuk keluarga beliau. Saya kongsikan whatsapp beliau.




Setakat ni bagaimana puan? Kapsul kulim tu ada kesan baik pada puan?

"Saya makan tak selalu, buat supplement. Tapi, mak dan ayah saya makan setiap hari. 
Mak saya kencing manis stabil antara 6 -7.
Ayah saya gout ada kurang bengkaknya.
Abang saya baru juga makan dalam sebulan, katanya gout kurang dan badan rasa segar.
Kawan saya kata badan rasa cergas." - Pn. Aslina.

"Ayah saya dah lama makan kapsul kulim ni, cuma pembekal lama dah tak buat sebab sakit. Tu saya cari pengedar/pembekal baru. Sebelum ini ada satu lagi pembekal, tapi kata kawan saya, ubatnya macam lain" - Pn. Aslina.


Terima kasih kepada Pn. Aslina dari Singapura yang sudi berkongsi testimoni kapsul buah kulim ini. Ini akan membuka jalan kepada para pembaca yang ingin mencuba petua lama untuk mengubati sakit yang dihidapi sekarang.

Satu botol hanya RM40.00 (90 kapsul) dan ia boleh digunakan antara 1 hingga 1 bulan setengah. Anda boleh menghubungi saya melalui talian 013-6290666 (Nasir Yusof) untuk mendapat bekalan kapsul buah kulim ini.

Sekian, terima kasih.


Level Creatinine Menjadi Normal, Rakan ITM Bersyukur Lega

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Syukur Alhamdulillah, saya diberi peluang lagi untuk menulis di dalam blog ini.

Testimoni ini sudah lama saya terima dari seorang rakan semasa menuntut di ITM Shah Alam suatu masa dulu. Beliau merupakan rakan satu kelas dan rakan regu ketika bermain batminton.

Saya agak terkejut ketika beliau menghubungi saya dan mengatakan bahawa beliau mengalami tanda-tanda awal untuk penyakit buah pinggang. Antaranya sakit dan lenguh dibahagian pinggang, selalu rasa kebas-kebas dan kencing terasa tidak lawas.

Saya tidak mahu berjanji tentang keupayaan kapsul buah kulim ini dalam membantu beliau. Amalan memakan kapsul buah kulim ini hanya petua lama yang kadang-kadang bagus pada sesetengah orang dan sebaliknya. Namun, petua ini telah lama digunakan oleh orang terdahulu dan hasilnya agak baik.

Beliau datang ke Shah Alam atas urusan kerja dan berjumpa dengan saya di Seksyen 20, Shah Alam pada  1.1.2016. Beliau hanya ingin mencuba satu botol (90 kapsul) sahaja dahulu. Itu cara yang terbaik. Jika nampak ok, beliau boleh teruskan dengan botol yang kedua dan seterusnya.

Pada hari kelima, saya ada menghubungi beliau dan bertanyakan bagaimana kesannya setakat 5 hari menggunakan kapsul buah kulim ini. 

Saya kongsikan dengan anda di sini:


"Badan rasa ringan, kencing lawas dan level creatinine menjadi normal"

Saya sertakan laporan ujian darah yang beliau whatsapp kan kepada saya.


Bertarikh: 24.1.2016



Bertarikh : 29.2.2016

Level Creatinine (Index Kekotoran Darah) beliau menjadi NORMAL hanya setelah DUA BULAN lebih beliau mengamalkan kapsul buah kulim ini. 

Badan semakin bertenaga, terasa ringan dan kencing menjadi lawas. Ia amat menggembirakan kami. Walaupun amalan memakan kapsul buah kulim ini hanya petua lama, namun ia telah memberikan khasiat yang sangat baik pada beliau.

Bagi anda yang ingin mencuba, saya sendiri amat mengalu-alukan kerana dari pengalaman saya, kapsul ini telah terlalu banyak membantu memperbaiki sistem darah dalam badan.

Apabila darah semakin bersih, tiada toksin dan kotoran, akhirnya penyakit lain seperti kencing manis, darah tinggi, buah pinggang, resdong dan pelbagai penyakit lain lagi akan perlahan-lahan menjadi baik, insyaAllah.

Terima kasih kerana sudi membaca blog ini. Saya Nasir Yusof akan update cerita ini kelak. 


Nasir Yusof, Shah Alam, Selangor.
013-6290666
19.3.2016
Jam 9.28 pm

------------------------------------------------------------------------------

Update Terkini 12.4.2016

Syukur Alhamdulillah, semalam (11.4.2016 Isnin) saya menerima WhatsApp dari En. Zainal. Beliau mengirimkan gambar laporan ujian darah terkini (10.4.2016) dan mendapati Level Creatinine beliau semakin menurun dan cantik.

Bertarikh pada 10.4.2016, bacaan creatinie nya adalah 110 umol/L. 

Sebelum menggunakan kapsul buah kulim ini, bacaan creatinine beliau adalah seperti berikut:

24.1.2016 : 136 umol/L (normal adalah antara 71 hingga 115 umol/L)

selepas itu, beliau menggunakan supplement kapsul buah kulim dan bacaan creatinine nya adalah seperti berikut:

29.2.2016 : 114 umol/L (sudah menurun dan semakin cantik)
10.4.2016 : 110 umol/L (sangat cantik)

Syukur Alhamdulillah, kapsul buah kulim dapat membantu beliau dalam mencantikkan darah, membuang toksin dari dalam darah dan kita berharap agar kesihatan beliau akan bertambah baik, insyaAllah.

Nukilan,
Nasir Yusof Shah Alam (013-6290666)
Selasa 12.4.2016 (Jam 5.47 pm)